Peminjam Ptptn Yang Culas Selepas Ini Tak Boleh Lari Lagi Kerana Ini Tindakan Tegas Dari Kerajaan Ph




KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini.

Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB

“PTPTN bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.

“Berdasarkan maklumat diperoleh itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan.

“Majikan akan bertanggungjawab membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman kepada PTPTN,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan mekanisme baharu bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Ketika ini PTPTN merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman masing-masing.



Wan Saiful berkata, majikan yang membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah yang dibayar.

Beliau berkata, kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apa-apa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.

“Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.

“Majikan mungkin boleh menjadikan penyelesaian hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif dalam merekrut pekerja baharu.

“Insentif ini boleh menjadi motivasi kepada pekerja dan pada waktu sama menaikkan reputasi majikan,” katanya.

Terdahulu Wan Saiful berkata, seramai 225,000 peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut skim PGB.

“Mereka yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar pinjaman PTPTN sehingga gaji mereka melepasi RM2,000. Bagi berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 jumlah bayaran mereka rendah saja.

“Bayaran balik paling rendah ialah dua peratus yang mana daripada RM2,000 gaji diterima, peminjam hanya perlu bayar RM40 saja.

“Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan mereka yang kurang berada tidak terbeban, manakala yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata, pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.

“Namun, syaratnya mereka mengikuti pengajian sepenuh masa, menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dan daripada keluarga B40 dan M40 ketika tamat pengajian,” katanya

Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.

Wan Saiful turut berkata, pihaknya masih mengkaji desakan supaya yuran pentadbiran PTPTN antara satu hingga tiga peratus dimansuhkan.

Fakta PGB

Peratusan Potongan Mengikut Pendapatan

* Kurang RM2,000- 0 peratus

* RM2,001 hingga RM2,499 - 2 peratus (RM40-49.99)

* RM2,500 hingga RM2,999 - 3 peratus (RM75-89.99)

* RM3,000 hingga RM3,999 - 5 peratus (RM150-199.99)

* RM4,000 hingga RM5,999 - 8 peratus (RM320-479.99)

* RM6,000 hingga RM7,999 - 10 peratus (RM600-799.99)

* RM8,000 dan ke atas - 15 peratus (RM1,200 ke atas)

Sumber : Berita Harian © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2018/12/peminjam-ptptn-yang-culas-selepas-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminjam Ptptn Mana Nak Lari Anak Muda Tertipu

Peminjam Ptptn Mana Nak Lari Anak Muda Tertipu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 469 hits
KREDIT BERITA HARIAN Di dalam akhbar online Berita Harian Pihak PTPTN mengatakan pemimjam kena bayar dan tidak boleh lari ini kadar potongan di bawah krdit berita harian Apa sudah jadi sekarang wahai rakyat terutama orang muda Kalau silap m...
Tiada Lagi Peminjam Ptptn Boleh Terlepas

Tiada Lagi Peminjam Ptptn Boleh Terlepas

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 328 hits
Tiada lagi peminjam PTPTN boleh terlepas Dikemas kini 46 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 5 Dec 2018 3 16PM middot
Peminjam Ptptn Sila Bayar Jangan Lari

Peminjam Ptptn Sila Bayar Jangan Lari

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 374 hits
Peminjam PTPTN Sila Bayar Jangan Lari ayat yang paling relevan dengan isu yang tengah hangat diperkatakan di negara kita Malaysia pada ketika ini Untuk maklumat penuh berkaitan dengan perkara ini admin BVT kongsikan kepada anda para pembaca...
Ptptn Himpunan Mega Jika Kerajaan Masih Angkuh

Ptptn Himpunan Mega Jika Kerajaan Masih Angkuh

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 315 hits
Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia memberi amaran untuk mengadakan himpunan bantahan lebih besar sekiranya kerajaan PH masih angkuh melaksanakan polisi pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang didakwa m...
Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu Ptptn Di Tangguhkan

Kerajaan Putuskan Skim Bayaran Baharu Ptptn Di Tangguhkan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan untuk mengantung pelaksanaan skim pembayaran semula untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata skim itu digantung buat ...
Fuziah Pbt Boleh Ambil Tindakan Sekolah Tahfiz Tak Berdaftar

Fuziah Pbt Boleh Ambil Tindakan Sekolah Tahfiz Tak Berdaftar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Pihak Berkuasa Tempatan diminta mengambil tindakan terhadap premis premis sekolah tahfiz yang tidak mendaftar dengan mana mana pejabat agama Islam negeri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh memberitahu Dew...
Asri Mahu Tindakan Terhadap Rumah Ibadat Haram Selepas Keganasan Di Subang Jaya

Asri Mahu Tindakan Terhadap Rumah Ibadat Haram Selepas Keganasan Di Subang Jaya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 506 hits
November 26 2018 4 35 PMPETALING JAYA Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadat yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Maria...
Sakit Ketika Kencing Masalah Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan

Sakit Ketika Kencing Masalah Selepas Bersalin Yang Tidak Boleh Anda Abaikan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 706 hits
Jika anda mengalami sakit ketika kencing anda mungkin menghidap kencing kotor Masalah kencing kotor sering dikaitkan dengan ibu hamil Namun sebenarnya wanita juga lebih mudah diserang kencing kotor atau urinary tract infection selepas melah...
Aktivis Pelajar Selar Bayaran Balik Ptptn Selepas Gaji Cecah Rm2 000

Aktivis Pelajar Selar Bayaran Balik Ptptn Selepas Gaji Cecah Rm2 000

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 556 hits
November 28 2018 9 23 AMAktivis pelajar berkata mereka akan terus mendesak kerajaan menunaikan janji manifesto mereka PETALING JAYA Aktivis pelajar menyelar langkah kerajaan menetapkan pemotongan gaji berjadual bagi peminjam Perbadanan Tabu...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Ralat Tak Tengok Supermoon

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah