Asri Mahu Tindakan Terhadap Rumah Ibadat Haram Selepas Keganasan Di Subang Jaya


FMT Reporters
-November 26, 2018 4:35 PM


PETALING JAYA: Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadat yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram, ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi tadi.

“Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan,” kata mufti Perlis di Facebook hari ini.

Beliau juga mempersoalkan mengapa pampasan dan tanah dituntut apabila binaan-binaan bermasalah itu diminta berpindah.

“Mudahnya mendapat tanah pampasan kerajaan. Itupun ada yang mendakwa kononnya tertindas dan dipaksa tukar agama,” katanya.

Asri berkata kerajaan lepas terlalu menjaga undi sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut peraturan atau secara haram itu.

Beliau menggesa kerajaan hari ini menegaskan dan menegakkan peraturan-peraturan yang berkenaan, kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana orang membina rumah ibadah “di mana dia suka”.

“Apatah lagi kadang-kadang jumlah rumah ibadat itu tidak seimbang dengan taburan penganut,” katanya.

Asri berkata kerajaan hari ini perlu membetulkan kesalahan lepas dengan menegakkan undang-undang yang sepatutnya “sebelum keadaan yang lebih tidak aman berlaku”.

Polis mengerahkan elemen, termasuk Unit Simpanan Persekutuan, ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan susulan pergaduhan melibatkan 2 kumpulan pada 2.00 pagi hari ini, yang berpunca daripada salah faham berhubung penempatan semula kuil itu.

Kekecohan itu menyaksikan 18 kereta dan 2 motosikal dibakar. Polis mengumumkan setakat ini 7 orang sudah ditahan.

Kuil berkenaan dijadualkan dipindahkan pada 22 November berikutan penyelesaian mahkamah melibatkan pemaju, One City Development Sdn Bhd, kerajaan Selangor dan 2 penuntut terhadap pentadbiran kuil, K Chellapa dan M Nagaraju.

Bagaimanapun satu kumpulan dalam kalangan penganut di kuil berkenaan berkeras mahu ia dikekalkan di tapak sedia ada, dan tidak dipindahkan ke tapak baru 3km dari situ, walaupun selepas bersetuju berbuat demikian dalam satu penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi pada 2014.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/asri-mahu-tindakan-terhadap-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Tindakan Tegas Rumah Ibadat Dibina Tanpa Ikut Peraturan Mufti Perlis

Ambil Tindakan Tegas Rumah Ibadat Dibina Tanpa Ikut Peraturan Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 269 hits
Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap rumah rumah ibadat yang dibina tanpa mengikut peraturan yang sah apatah lagi didirikan secara haram di atas tanah bukan milik penganut agama itu Mufti negeri Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin...
Bina Rumah Ibadat Secara Haram Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas Maza

Bina Rumah Ibadat Secara Haram Bila Diarahkan Pindah Tuntut Tanah Pampasan Lepas Tu Jaja Kata Ditindas Maza

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 386 hits
Mufti Perlis membidas tindakan segilintir pihak yang melanggar peraturan berkaitan pembinaan rumah rumah ibadat di Facebook semalam Menurutnya negara ini tidak mengamalkan undang undang rimba yang mana penganut apa apa agama boleh secara se...
Exco Dap Selangor Tuduh Umat Islam Serang Kuil Subang Jaya

Exco Dap Selangor Tuduh Umat Islam Serang Kuil Subang Jaya

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 613 hits
26 11 2018Exco DAP Selangor tuduh umat Islam serang kuil Subang JayaV Ganabatirau muat naik tuduhan dalam FB selepas rusuhan pagi tadiBANGI 18 Rabiulawal 1440H Isnin Ahli Exco Selangor V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang ...
Tun M Cadangan Australia Tempatkan Kedutaan Di Baitulmaqdis Suatu Tindakan Keganasan

Tun M Cadangan Australia Tempatkan Kedutaan Di Baitulmaqdis Suatu Tindakan Keganasan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 223 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad Foto The Star SINGAPURA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan Australia untuk menempatkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebagai suatu tindakan keganasan Dikenali sebagai individ...
Lebai Sekor Ni Tak Serik Guan Eng Bakal Ambil Tindakan Terhadap Bendahari Pas

Lebai Sekor Ni Tak Serik Guan Eng Bakal Ambil Tindakan Terhadap Bendahari Pas

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 354 hits
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng bakal mengambil tindakan perundangan terhadap Bendahari Pas Razman Zakaria berhubung dakwaannya terhadap DAP dalam isu kononnya parti itu anti Raja Melayu kerana tidak me...
Sudah Lebih 100 Laporan Polis Terhadap Moorthy Kita Tunggu Tindakan Polis

Sudah Lebih 100 Laporan Polis Terhadap Moorthy Kita Tunggu Tindakan Polis

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membuat laporan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy Laporan polis t...
Masjid Babri India Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan Ada Kaitan Subang Jaya

Masjid Babri India Pelampau Hindu Tunjuk Perasaan Ada Kaitan Subang Jaya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 500 hits
PULUHAN ribu pelampau Hindu berhimpun untuk desak pembinaan sebuah kuil di atas masjid purba Foto EPAAYODHYA Puluhan ribu pelampau Hindu berhimpun semalam untuk pembinaan sebuah kuil di kawasan suci yang dipertikaikan di mana sebuah masjid ...
Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil

Kecoh Pergaduhan Di Subang Jaya Sebab Kuil

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 960 hits
KUALA LUMPUR Berlaku pergaduhan di antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan Kuil Sri Mariamam di USJ USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Subuh hari ini Menurut Facebook Polis Daerah Subang Jaya pergaduhan berpunca daripada salah faham di a...
16 Termasuk 3 Pekerja Pemaju Direman Atas Kekecohan Kuil Subang Jaya

16 Termasuk 3 Pekerja Pemaju Direman Atas Kekecohan Kuil Subang Jaya

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 609 hits
November 27 2018 Sebahagian daripada 16 individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya semalam PETALING JAYA Mahkama...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T

High Eq For Entrepreneurial Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa