Pemimpin Umno Jumpa Pas Malam Esok Ahmad Zahid

PEMIMPIN Umno akan mengadakan pertemuan dengan Pas, malam esok bagi  mendapatkan penjelasan mengenai penyertaan parti itu dalam pendaftaran  Perikatan Nasional (PN). 
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjumpaan  itu akan diadakan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di  Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River pada 9 malam. 
Menurutnya, perjumpaan itu dibuat susulan Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pendaftaran PN. 
 "Malam esok ada perjumpaan Muafakat Nasional apabila Presiden Pas (Abdul Hadi) dan saya akan bersama-sama (dalam pertemuan itu).
"Ada mesej tertentu kami mahu sampaikan. Sebagaimana diketahui kini  Pas sudah bersama dengan Bersatu mendaftarkan partinya sebagai gabungan  rasmi di dalam PN.
"Ini akan diperjelaskan esok, tentunya ada mesej tertentu di mana MN  akan terus diperkasa dan diperkukuhkan, bukan hanya Umno dan Pas, tetapi  parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC tetap  bersama," katanya selepas mengadakan ziarah kasih di Felda Besout 2,  Slim River, hari ini. 
Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan  sudah mengesahkan bahawa parti itu bersama Bersatu dalam proses  menubuhkan PN.
Katanya, walaupun gabungan MN tidak didaftarkan, ia adalah sebuah gabungan kesepakatan politik parti yang menyokong PN.
Sementara itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam pusingan minggu  terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun)  Slim, BN mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah. 
"Semua pemimpin Umno, Pas dan parti lain yang membantu kita menggunakan pendekatan sama," katanya. 
#Sumber : HMetro      


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/pemimpin-umno-jumpa-pas-malam-esok.html