Muhyiddin Tetap Daftar Pn Adakah Umno Dan Pas Tidak Menyertainya



Sebaik saja Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah dalam kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International 28 Julai lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengumumkan parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional atau PN secara rasmi
Sebaliknya, kata beliau, UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) untuk menghadapi PRU15 akan datang
Tindakan Zahid Hamidi itu dilihat banyak pihak sebagai tanda kekecewaan UMNO terhadap keputusan mahkamah melibatkan Najib serta kebimbangan dengan nasib dirinya yang juga berdepan lebih 80 kes, termasuk sebahagiannya sedang dalam perbicaraan
Selepas itu, melalui pengumumam oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosialnya dua hari lalu, beliau memaklumkan, Pas turut sepakat dengan UMNO untuk tidak menyertai PN
Katanya, keputusan bersama UMNO dan Pas itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk MN yang dihadiri kepimpinan kedua-dua parti
Berdasarkan keengganan UMNO dan Pas menyertai PN, realitinya adalah mustahil untuk gabungan itu didaftarkan secara rasmi, meskipun Muhyiddin Yassin diketahui sangat ingin ia menjadi realiti
Berbanding MN yang mana Bersatu turut dipelawa oleh UMNO dan Pas untuk menyertainya, Muhyiddin sebenarnya lebih selesa mendaftarkan PN dan semua parti yang bersamanya dalam kerajaan sekarang menyertainya sebagai komponen
Ini kerana hanya melalui PN, beliau akan dianggap sebagai ketua, manakala jika Bersatu diterima sebagai ahli baru dalam MN, parti itu terpaksa berada di bawah UMNO yang lebih besar serta sudah diakui sebagai “abang besarnya”
Sebab itu, isu penyertaan Bersatu ke dalam MN masih lagi tergantung dan tiada apa-apa perkembangan sehingga kini kerana Muhyiddin difahamkan tidak berapa selesa berada di dalamnya
Tetapi, perkembangan terbaru memperlihatkan sementara UMNO dan Pas berpegang teguh dengan MN, soal pendaftaran PN sudah pun diuruskan dan ia kini berada di tangan RoS atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk menunggu kelulusannya
Menurut Naib Presiden Bersatu, Abdul Rashid Asari, pendaftaran PN telah dikemukakan kepada RoS pada minggu lalu dan keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat ini
“Permohonan mendaftarkan PN secara sah sudah dihantar kepada ROS minggu lalu
“Keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat,” ujarnya ringkas
Dalam hal ini, oleh kerana Zahid Hamidi telah memaklumkan bahawa UMNO tidak akan menyertai PN dan Jawatankuasa Induk MN turut membuat keputusan bahawa parti itu dan Pas tidak akan bersama dalam gabungan tersebut, adalah jelas usaha mendaftarkan PN adalah semata-mata usaha Muhyiddin bersama Bersatu serta Geng Azmin Ali
Cuma, apakah pendirian UMNO dan Pas akan terus kekal tidak mahu menyertai PN setelah ia didaftarkan secara sah nanti
Atau UMNO dan Pas melalui MN, demi untuk kekal memegang jawatan dalam kerajaan, akan menjadi sebahagian komponen PN akhirnya
Apakah penyertaan MN ke dalam PN juga nantinya mungkin ada kaitan sama dengan tolak ansur dalam kes mahkamah Zahid Hamidi? (Shahbudindotcom 11/08/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/muhyiddin-tetap-daftar-pnadakah-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Namakan Muhyiddin Bakal Pm Pas Tidak Faham Sensitviti Umno Kata Penyokong Najib

Namakan Muhyiddin Bakal Pm Pas Tidak Faham Sensitviti Umno Kata Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 335 hits
Pas tidak faham sensitiviti Umno apabila membuat kenyataan ini Samalah kalau kita kata Umno dan Pas setuju calonkan Mat Sabu jadi PM Apa perasaan Pas kata bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi ...
Pengsanlah Muhyiddin Asyraf Wajdi Sahkan Pas Ikut Umno Tidak Sertai Pn

Pengsanlah Muhyiddin Asyraf Wajdi Sahkan Pas Ikut Umno Tidak Sertai Pn

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 316 hits
Shahbudin Husin Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi pihak PAS nafi mengeluarkan surat menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional secara sah mengikut undang undang seperti yang diviralkan pihak tertentu di m...
After Umno Snubs Perikatan Nasional Pas Says Will Continue To Back Muhyiddin S Pn Govt

After Umno Snubs Perikatan Nasional Pas Says Will Continue To Back Muhyiddin S Pn Govt

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 281 hits
if the coalition is formally registered but said it would instead focus on developing the Muafakat Nasional partnership with PAS and other BN parties But Zahid had also clarified that Umno was not pulling out of PN and had also said Umno s ...
Aku Tetap Melayu Tanpa Umno Dan Tetap Islam Tanpa Pas

Aku Tetap Melayu Tanpa Umno Dan Tetap Islam Tanpa Pas

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 238 hits
Peranan parti politik di negara ini mestilah selaras dengan sistem Demokrasi kerana rakyat perlu mengambil bahagian dalam menentukan kerajaan setiap lima tahun sekali Parti politik merupakan penjaga keharmonian dan menentukan dasar sebaik d...
Snap Polls Hadi Believes Two Thirds Majority Within Reach For Pas Umno Bersatu Combo

Snap Polls Hadi Believes Two Thirds Majority Within Reach For Pas Umno Bersatu Combo

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 301 hits
PAS together with allies Umno and Bersatu could form a new government with two thirds majority should snap polls be called said PAS president Abdul Hadi Awang If you mix the support for PAS Umno and Bersatu there are many seats that we can ...
Menjawab Kritikan Mat Said Satukan Muafakat Umno Pas Diakar Umbi Dahulu Kata Mb

Menjawab Kritikan Mat Said Satukan Muafakat Umno Pas Diakar Umbi Dahulu Kata Mb

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 537 hits
KUALA TERENGGANU Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan penyatuan Muafakat Nasional di Terengganu dapat terbentuk sekiranya ia dimulakan di peringkat akar umbi antara UMNO dan Pas Beliau menjawab demikian se...
Takiyuddin Dedah Rahsia Hubungan Umno Pas

Takiyuddin Dedah Rahsia Hubungan Umno Pas

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 237 hits
MSO Apabila ada orang membuat andaian PAS akan bergabung dengan UMNO para pemimpin PAS ketika itu marah dan menafikan sekeras keranya sampai keluar urat semerih Ada yang mengatakan andaian itu dibuat oleh orang gila Semalam Setiausaha Agung...
Bantah Penyatuan Umno Pas Digelar Erdogan Dan Anwarinas

Bantah Penyatuan Umno Pas Digelar Erdogan Dan Anwarinas

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 269 hits
Golongan ini kemudiannya tersingkir dalam pemilihan muktamar PAS 2015 bagi kepimpinan penggal 2015 2017 dan menubuhkan parti Amanah Negara Khalid berkata demikian dalam temubual bersama JOM Channel malam kelmarin Menurut beliau sebelum ini ...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Yoursay Don T Let Little Napoleons Hold Nation To Ransom

Europe S War Jitters

Menu Cadangan Hidangan Rumah Terbuka Hari Raya

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Al Kisahnya Raya 2024

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Faisal Asahan Kau Bersalah Aku Mengalah Chord

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Ai Team Subscribers April 18 2024