Pemimpin Umno Beri Amaran Mengenai Pembelotan Akar Umbi Kepada Pn


freemalaysiatoday.com
Elill Easwaran 03 Jun 2023, 10:45am

Wan Agyl Wan Hassan berkata Umno perlu menjelaskan kepada akar umbinya tentang peralihan dalam pemilihan sekutunya.
Wan Agyl Wan Hassan berkata ahli yang setia kepada bekas pemimpin yang telah meletak jawatan atau dipecat oleh parti boleh membuat undi protes pada PRN.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno memberi amaran bahawa parti itu berisiko kehilangan sokongan akar umbinya kepada Perikatan Nasional (PN) jika tidak dapat menjelaskan “anjakan paradigma” dalam pemilihan sekutunya.

Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Wan Agyl Wan Hassan, berkata ramai ahli akar umbi masih setia kepada bekas pemimpin yang sama ada telah meletak jawatan atau dipecat oleh parti.

“Mereka ini sebenarnya tidak setia kepada parti tetapi kepada individu tertentu maka mereka akan mengikut mereka (keluar daripada Umno).

“Jadi, dengan mengambilnya sebagai penanda aras bersama-sama situasi dihadapi parti dengan isu DAP, akan terdapat sejumlah besar sokongan akar umbi (beralih) kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada FMT.

Wan Agyl merujuk kepada gesaan baru-baru ini oleh pemimpin parti supaya ahli akar umbi mengundi calon parti dalam gabungan perpaduan, termasuk DAP, pada PRN akan datang.

“Kenyataan itu akan menyebabkan orang ramai menjauhi parti yang mereka percaya memperjuangkan perkara yang betul, terutama melindungi kepentingan Melayu.

“Umno pernah menjadi (parti) itu dan masih lagi, cuma dinamik sudah berubah, musuh menjadi kawan.”

Wan Agyl berkata parti itu mesti membantu akar umbi memahami sebab di sebalik perubahan itu.

Katanya, kegagalan berbuat demikian akan mendorong akar umbi Umno mengundi PN sama ada sebagai protes atau kerana mereka benar-benar percaya kepada pakatan pembangkang.

Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi Umno yang enggan namanya didedahkan, berkata beberapa ahli terdekat telah menyuarakan hasrat mereka untuk memboikot parti itu pada PRN akan datang.

“Kami masih ahli Umno tetapi kami tidak nampak (apa gunanya) membantu parti (mendapatkan) kerusi kerana ia telah kehilangan prinsipnya.

Pemimpin itu berkata beliau masih belum mahu keluar parti kerana masih percaya Umno boleh kembali ke landasan perjuangannya untuk orang Melayu.
Katanya, masalah terbesar parti sekarang ialah kepimpinannya.

Menurutnya, ramai ahli akar umbi percaya bahawa pemimpin tertinggi tertentu dalam parti “sedang melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri” dan bukannya melakukan yang terbaik untuk parti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/pemimpin-umno-beri-amaran-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Bossku Atau Kami Tak Bantu Kempen Prn Akar Umbi Umno Beri Amaran

Tolong Bossku Atau Kami Tak Bantu Kempen Prn Akar Umbi Umno Beri Amaran

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 313 hits
freemalaysiatoday com 09 Jun 2023Seorang pemimpin akar umbi berkata ramai ahli berharap bekas presiden Umno itu akan kembali dan menyelamatkan parti Najib Razak menandatangani sepanduk tertera Bossku dalam salah satu kemunculannya di khalay...
Umno Kedah Sudah Hilang 40 Sokongan Akar Umbi Kata Sumber Dalaman

Umno Kedah Sudah Hilang 40 Sokongan Akar Umbi Kata Sumber Dalaman

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 281 hits
Sumber Umno berkata ahli parti itu sendiri telah menarik balik sokongan selepas Zahid Hamidi menyingkirkan beberapa panglima perang parti Seorang pemimpin Umno bahagian di Kedah mendakwa parti itu berdepan dengan kehancuran dalam PRN yang d...
Sokongan Umno Akan Terhakis Jika Pemimpin Terus Desak Ahli Sokong Dap Isham Beri Amaran

Sokongan Umno Akan Terhakis Jika Pemimpin Terus Desak Ahli Sokong Dap Isham Beri Amaran

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 524 hits
freemalaysiatoday com 25 May 2023Ahli MKT Isham Jalil berkata walaupun Umno berada dalam kerajaan perpaduan bersama DAP dan dikatakan mampu memberi kelebihan kepada parti itu namun hati akar umbi masih perlu dijaga Ahli MKT Isham Jalil berp...
Pau 2023 Akar Umbi Umno Perlu Lapang Dada Anwar Hadir Kata Ahmad Maslan

Pau 2023 Akar Umbi Umno Perlu Lapang Dada Anwar Hadir Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 269 hits
AKAR umbi Umno perlu berlapang dada dengan kehadiran wakil parti dalam kerajaan perpaduan khususnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung Umno 2023 dari 7 hingga 10 Jun ini kata ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan Beliau be...
Dap Harus Mohon Maaf Biar Dikata Biadab Kerana Ia Suara Akar Umbi Tegas Ketua Pemuda

Dap Harus Mohon Maaf Biar Dikata Biadab Kerana Ia Suara Akar Umbi Tegas Ketua Pemuda

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 269 hits
freemalaysiatoday 08 Jun 2023Ketua Pemuda Akmal Saleh berkata beliau hanya menyuarakan suara akar umbi Umno Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan bahawa DAP perlu memohon maaf kepada part...
Puad Dakwa Bekas Pemimpin Mahu Lihat Umno Ranap Dan Zahid Lemah

Puad Dakwa Bekas Pemimpin Mahu Lihat Umno Ranap Dan Zahid Lemah

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 324 hits
agendaily com07 06 2023Puad Zarkashi Bekas pemimpin yang menyerang UMNO sebenarnya mahu melihat parti itu ranap pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti kata Datuk Puad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu membidas bekas pemimpin pa...
Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 309 hits
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu sebagai janggal Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata penjelasan kepada a...
Hisham Pertikai Gambar Pemimpin Umno Hilang Semasa Kehadiran Dap

Hisham Pertikai Gambar Pemimpin Umno Hilang Semasa Kehadiran Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 327 hits
agendaily com21 05 2023Datuk Seri Hishammuddin Hussein Foto Kredit Hishammuddin HusseinBekas pemimpin UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuntut penjelasan UMNO berkait gambar bekas bekas pemimpin yang diturunkan semasa Konvensyen Nasion...
Ahli Ahli Umno Akan Ajar Pemimpin Parti Itu

Ahli Ahli Umno Akan Ajar Pemimpin Parti Itu

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 291 hits
harakahdaily com04 06 2023Pembohongan dan penafian dibuat telah memperkecilkan merekaPERMATANG PAUH Ahli ahli Umno kini sedang menunggu masa untuk mengajar pembohongan dan penafian dibuat oleh para pemimpin parti itu yang jelas memperkecil ...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal