Umno Kedah Sudah Hilang 40 Sokongan Akar Umbi Kata Sumber Dalaman



Sumber Umno berkata ahli parti itu sendiri telah menarik balik sokongan selepas Zahid Hamidi menyingkirkan beberapa ‘panglima perang’ parti. (FMT) – Seorang pemimpin Umno bahagian di Kedah mendakwa parti itu berdepan dengan kehancuran dalam PRN yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, sumber mendakwa sokongan daripada ahli Umno telah menurun dengan ketara selepas presiden parti Zahid Hamidi menyingkirkan ‘panglima perang’ Umno sebelum PRU November lalu.
“Kita dapat lihat 40% ahli Umno tidak lagi mengundi kita. Jika dilihat di Kuala Kedah misalnya, kita mempunyai kira-kira 21,000 ahli di kawasan itu. Pada pilihan raya lalu, Mashitah Ibrahim hanya menerima 9,000 undi daripada ahli parti.
“Kami percaya 12,000 lagi undi diberikan kepada calon Perikatan Nasional, Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi daripada PAS,” kata sumber itu lagi.
Beliau mendakwa perubahan sentimen akar umbi berlaku apabila Zahid memutuskan untuk bertanding semula selepas menghalang ‘panglima perang’ parti seperti Shahidan Kassim, Annuar Musa dan Tajuddin Abdul Rahman daripada bertanding dalam pilihan raya umum.
Sumber itu berkata ramai ahli akar umbi, terutamanya orang muda, gembira kerana pemimpin veteran tidak dapat bertanding.
Bagaimanapun, mereka kecewa apabila Zahid mengumumkan pencalonannya, melihatnya sebagai satu hipokrasi memandangkan beliau berdepan tuduhan rasuah.
Keadaan menjadi lebih buruk bagi Umno selepas ‘pembersihan’ kedua dibuat Zahid, di mana pemimpin seperti Hishammuddin Hussein dan Shahril Hamdan digantung sementara Khairy Jamaluddin dan Annuar Musa dipecat.
Beliau mendakwa sokongan pengundi di semua kawasan majoriti Melayu telah beralih kepada PN kerana muslihat pemimpin tertinggi Umno.
Umno dan Barisan Nasional disingkirkan di Kedah pada PRU 2022, selepas gagal memenangi sebarang kerusi; Pakatan Harapan pula berjaya menang satu kerusi iaitu Sungai Petani daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.
Pada pilihan raya 2018, Umno hanya memenangi dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN di Kedah, berbanding 18 kerusi oleh PH dan 15 dimenangi PAS.
Penentangan terhadap PN hanya di kawasan bukan Melayu
Seorang pemimpin kanan PAS berkata PN boleh dijangka menghadapi pertarungan sengit hanya di kawasan yang mempunyai 35% hingga 40% pengundi bukan Melayu, khususnya di Alor Setar dan Sungai Petani.
“Pada pilihan raya lalu (pada 2018), kita tahu bahawa kita akan menghadapi masalah jika masyarakat Cina membentuk 20% daripada pengundi. Ketika itu kita kalah kerana pertembungan tiga penjuru antara PAS, Bersatu dan Umno.
“Kali ini, kita bersatu dengan Bersatu dan tidak akan bertanding sesama sendiri. Kami lebih yakin untuk menumbangkan Umno dan PH dalam satu lawan satu,” katanya.
Berdasarkan daftar pemilih 2018, PN akan menghadapi pertandingan sengit di Derga, Suka Menanti, Kota Darul Aman, Gurun, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Lunas dan Kulim – hanya sembilan kawasan daripada 36 kerusi DUN.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/05/21/umno-kedah-sudah-hilang-40-sokongan-akar-umbi-kata-sumber-dalaman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 178 hits
agendaily com19 05 2023Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa ahli UMNO memangkah calon parti daripada kerajaan campuran pada PRN nanti Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa semua ahli UMNO agar melihat calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri sebagai waki...
Tanpa Bn Ph Akan Kalah Di Selangor Kata Pemimpin Umno

Tanpa Bn Ph Akan Kalah Di Selangor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 173 hits
PAKATAN Harapan berisiko hilang penguasaan di Selangor dalam pilihan raya negeri akan datang tanpa kerjasama dengan Barisan Nasional kata pemimpin Umno Ketua Pemuda Umno Selangor Mohd Imran Tamrin berkata BN yang kini menguasai lima kerusi ...
Anwar Akan Buat Pembersihan Selepas Prn Kata Sumber

Anwar Akan Buat Pembersihan Selepas Prn Kata Sumber

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 171 hits
freemalaysiatoday com24 May 2023Perdana menteri berhasrat menyingkirkan beberapa menteri tidak kompeten dan pegawai kanan awam dalam rombakan besar besaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim difahamkan bersedia menyingkirkan beberapa menteri tid...
Kalah Atau Menang Anwar Tetap Hargai Umno Kata Penganalisis

Kalah Atau Menang Anwar Tetap Hargai Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 179 hits
freemalaysiatoday com 20 May 2023 8 42amAwang Azman Pawi berkata beliau tidak melihat perdana menteri akan meninggalkan Umno atau presidennya Ahmad Zahid Hamidi Seorang penganalisis politik berkata Umno kekal sebagai pertaruhan terbaik untu...
Umno Akui Sukar Untuk Pujuk Ahli Terima Dap Kata Zahid

Umno Akui Sukar Untuk Pujuk Ahli Terima Dap Kata Zahid

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 148 hits
freemalaysiatoday com 20 May 2023Presiden Umno berkata pihaknya bersedia untuk bertemu dan menyantuni kumpulan berkenaan bagi memberi penerangan berkait dengan kerjasama antara Umno dan DAP Ahmad Zahid Hamidi berkata perspektif negatif dan ...
Umno Rubbishes Claim It Has Lost 40 Grassroots Support In Kedah

Umno Rubbishes Claim It Has Lost 40 Grassroots Support In Kedah

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 130 hits
Mahdzir Khalid said he did not know where analysts plucked the 40 figure from as no Kedah Umno members have deserted the party PETALING JAYA Claims by certain quarters that Umno has lost 40 of its grassroots support in Kedah have no basis s...
Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

Gambar Bekas Pemimpin Umno Hilang Semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Hishammuddin

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 135 hits
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 14 Mei lalu sebagai janggal Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata penjelasan kepada a...
Hisham Pertikai Gambar Pemimpin Umno Hilang Semasa Kehadiran Dap

Hisham Pertikai Gambar Pemimpin Umno Hilang Semasa Kehadiran Dap

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 151 hits
agendaily com21 05 2023Datuk Seri Hishammuddin Hussein Foto Kredit Hishammuddin HusseinBekas pemimpin UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuntut penjelasan UMNO berkait gambar bekas bekas pemimpin yang diturunkan semasa Konvensyen Nasion...
Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

Mahathir Pecat Anwar Lahir Pkr Sehingga Kini Tapi Mahathir Pula Yang Hilang Dari Umno

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 109 hits
Waktu DS Anwar dipecat daripada UMNO secara salah oleh Mahathir dulu terlahir Parti Keadilan Nasional Parti ini dasarnya berbeza sama sekali dengan UMNO terutama pada keahlian yang mana keADILan mengambil ahli dari semua kaum Berbeza dengan...
Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Tolak Autopsi Keluarga Bawa Jenazah Anggota Polres Manado Bunuh Diri Ke Sulut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bila Pak Arab Main Heli

Do You Know About Bakul Sia

Le Costil House Renovation By Anatomies D Architecture In Normandy France

Melawat Abang Di Asrama

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

When Will Govt Stop Abusing Cma Abolish Sedition Act Chegubard S Lawyer