Pemilik Pulang Beraya Kucing Menginap Di Hotel



WAWANCARA | Menjelang perayaan Aidilfitri, perkhidmatan ‘hotel kucing’ sebagaimana tahun-tahun sebelumnya cukup sibuk apabila mendapat sambutan dengan bertambahnya tempahan 'bilik'.

Kebanyakan pemilik kucing yang bakal berhari raya di kampung masing-masing menempah hotel kucing lebih awal sebelum hari raya Aidilfitri.

Menurut Carlos Huertas, hotel kucing miliknya sering penuh setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Hotel saya, sentiasa penuh kerana ramai golongan Melayu yang meletakkan kucing mereka di sini (hotel kucing).

“Kami (Carlos) akan menjaga kucing mereka sehingga diambil kembali oleh tuan masing-masing pada waktu yang ditetapkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Alternatif penempatan sementara

Hotel kucing merupakan penginapan yang disediakan buat kucing sekiranya pemilik haiwan peliharaan itu mahu menempatkan sementara haiwan peliharaan mereka itu.

Tambah Carlos, dia merasakan hotel kucing adalah satu alternatif terbaik bagi pemilik yang buntu untuk menempatkan haiwan peliharaan mereka sekiranya pulang ke kampung.

“Jika hendak bawa kucing ke kampung, ia pasti memberi banyak masalah, lagi sukar jika perjalanan kampung itu jauh.

“Saya merasakan ini (hotel kucing) dapat membantu mereka yang buntu hendak letak kucing mereka di mana,” katanya yang sudah menjalankan perniagaan hotel kucing itu selama 20 tahun.
Selain itu, Carlos (gambar) juga menjelaskan bahawa setiap kucing perlu dijaga dengan rapi dan diberi layanan yang baik.

“Bagi saya, kucing juga mempunyai perasaan, jadi mereka harus dijaga dengan baik.

“Ini juga adalah amanah yang diberikan oleh pemilik kucing itu,” katanya yang turut mempunyai kucing peliharaan.

Hotel kucing G-Pet di Shah Alam boleh memuatkan lebih 50 ekor kucing lengkap dengan kelengkapan seperti pendingin hawa, sangkar kucing dan perkhidmatan doktor haiwan.

Kata Carlos, pekerja di hotel tersebut juga akan memantau kucing bagi memastikan keadaannya terjaga daripada segi makanan, keselesaan dan kebersihan.

Menurutnya lagi, kemudahan yang terbaik perlu diberikan kepada kucing agar mereka mendapat persekitaran yang nyaman.
“Saya akan menyediakan penempatan yang terbaik buat kucing agar mereka selesa untuk tinggal di hotel.

“Kucing akan berasa kekok jika kita meletakkan mereka di tempat baru, jadi saya akan berusaha untuk meningkatkan fasiliti saya agar mereka (kucing) selesa di tempat baru,” katanya.

Carlos juga mengingatkan segelintir pihak supaya bersifat lebih perikemanusiaan terhadap layanan kepada binatang.

Dia merujuk kepada kes yang kerap terjadi melibatkan cara layanan kasar masyarakat terhadap haiwan.

“Saya tidak faham kenapa wujud manusia yang tidak berhati perut melayan haiwan. Tembak lah, pukul lah.

“Walaupun binatang, mereka tidak patut dilayan sebegitu rupa,” katanya.

Carlos antaranya merujuk kejadian tular seorang lelaki merakam video aksinya menembak monyet kerana tidak memanggil ‘baby sayang’ dan disebarkan ke media sosial.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/pemilik-pulang-beraya-kucing-menginap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
King Aku Dah Takde Kucing Mati Dihentak Kanak Kanak Datang Beraya

King Aku Dah Takde Kucing Mati Dihentak Kanak Kanak Datang Beraya

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 934 hits
SUSULAN kejadian seekor kucing koma akibat dihentak dengan benda tumpul pemilik kucing itu memaklumkan kucingnya gagal diselamatkan akibat dari kecederaan yang dialaminya King aku dah takde tweet pemilik kucing itu yang dikenali sebagai Nur...
Ibu Hamil Yang Ada Masalah Uri Di Bawah Tidak Digalakkan Pulang Beraya Jauh

Ibu Hamil Yang Ada Masalah Uri Di Bawah Tidak Digalakkan Pulang Beraya Jauh

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 584 hits
Membuat persediaan menyambut lebaran pastinya menjadi lebih bermakna bagi ibu hamil disebabkan keterujaan menanti kehadiran orang baru Terutama mereka yang tinggal berjauhan dengan keluarga pastinya perasaan tidak sabar untuk pulang berhari...
Pulang Beraya Isteri Hamil Suami Tak Perlulah Terkejar Kejar Elok Berhenti 2 3 Jam Sekali

Pulang Beraya Isteri Hamil Suami Tak Perlulah Terkejar Kejar Elok Berhenti 2 3 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 589 hits
Isteri sarat hamil suami perlu tahu menyusun perjalanan agar selesa dan selamat Tidak perlu terkejar kejar yang penting semuanya mesti selamat Menjelang penghujung Ramadan masing masing akan bergerak pulang ke kampung halaman Dalam keserono...
Ah Fei Seekor Kucing Asal Cina Dengan Ekspresi Paling Gemesin Kayaknya Layak Dapet Oscar Deh

Ah Fei Seekor Kucing Asal Cina Dengan Ekspresi Paling Gemesin Kayaknya Layak Dapet Oscar Deh

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 606 hits
Kayaknya nggak perlu nunggu bertahun tahun bagi Ah Fei buat menangin piala Oscar deh Wqwq 3
Untuk Kucing Anda Ini Sebabnya Perlu Dapatkan Produk Kucingku

Untuk Kucing Anda Ini Sebabnya Perlu Dapatkan Produk Kucingku

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 905 hits
KUCINGKUKan best kalau ada cara atau produk yang boleh buat semua ni dalam satu masa Kenapa Kena Guna KUCINGKU MUDAH dan CEPAT DIGUNAKANHanya perlu spray spray je pada kucing anda 2 r3 minit je dah settle BERKESANInsha Allah yang sembuhkan ...
Mempunyai 1000 Ekor Kucing Sebagai Teman

Mempunyai 1000 Ekor Kucing Sebagai Teman

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 333 hits
Wanita bernama Lynea Lattazio memilih hidup bersama kucing kucing peliharannya Lynea pun tidak keberatan jika perlu tinggal serumah dengan 1 000 ekor kucingnya Mereka semua hidup di sebuah rumah di kawasan Fresno California Amerika Syarikat...
Kit Siang Terima Cabaran Seperti Harimau Berundur Seperti Kucing

Kit Siang Terima Cabaran Seperti Harimau Berundur Seperti Kucing

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 328 hits
MALAYSIAKINI Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terperangkap dalam permainan politiknya sendiri apabila apabila menarik diri dalam cabaran debat dengan bekas perdana menteri Najib Razak Menyifatkan keputusan menarik diri itu sebagai tindaka...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Budak Kilat

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik