Pembunuh Ada Kaitan Politik Diburu Bangladesh Kini Di Kuala Lumpur


 
Jeneral Aziz Ahmed (kanan) dan Haris di Eropah.PETALING JAYA: Tiga adik-beradik kepada seorang pegawai tinggi tentera Bangladesh, yang disabitkan pembunuhan ahli politik, melarikan diri dari negara itu dengan abang sulung mereka kini memiliki sebuah rumah di Malaysia, dakwa laporan siasatan Al Jazeera.
Laporan terbaru Al Jazeera itu turut mendedahkan bagaimana adik-beradik itu, termasuk Jeneral Aziz Ahmed, didakwa bersekongkol dengan pasukan keselamatan di sana dan meraih manfaat daripada hubungannya dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Aziz adalah ketua staf tentera negara itu sejak 2018.
Menurut Unit Penyiasatan Al-Jazeera (I-Unit), yang mempunyai bukti dokumentari, seorang daripada tiga beradik itu melarikan diri ke Malaysia selepas disabitkan bersalah dan memiliki sebuah rumah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika dia masih berada di negara ini.
Jeneral Aziz Ahmed.Dalam episod yang dijadual disiarkan di seluruh dunia pada 4 pagi esok, pasukan itu mengesan abang sulung, Anis Ahmed selepas mengekori adiknya, Aziz ke Malaysia dari Singapura.
Anis disabitkan bersalah atas pembunuhan Mustafa Rahman, seteru politik Sheikh Hasina, pada 1996 di Dhaka bersama dua saudaranya yang lain.
Dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2004 dan gagal dalam rayuan pada 2007, tahun sama dia membeli sebuah hartanah di Kuala Lumpur.
Seorang lagi saudara lelakinya, Josef dihukum penjara 20 tahun dan baru-baru ini diberi pengampunan luar biasa presiden. I-Unit berjaya memperoleh rakaman telefon rahsia, di mana Aziz menerangkan bagaimana adik-beradiknya bertindak sebagai anggota keselamatan peribadi Sheikh Hasina pada 1980-an dan 1990-an.
Episod itu turut mendedahkan bagaimana seorang lagi saudara kepada ketua tentera Bangladesh itu, Aziz berbangga dengan kuasanya boleh menggunakan polis dan unit separa tentera untuk menculik pesaingnya dan mendapat rasuah wang berjuta-juta.
“Dokumen diperolehi I-Unit juga menunjukkan ketua tentera itu membantu Haris Ahmed, yang disabitkan bersalah membunuh, melarikan diri ke Eropah dan mengelakkan pengadilan,” lapor Al Jazeera.
Jeneral Aziz Ahmed bersama Perdana Menteri, Sheikh Hasina.Pasukan pengawasan I-Unit mendapati ketika kunjungan Aziz ke Kuala Lumpur, mereka mengadakan perjumpaan di rumah itu, yang menurut rekod dimiliki Anis.
“Ketika perjumpaan pada 2019 itu, mereka dibawa menaiki kenderaan diplomat dan mengunjungi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur,” lapor I-Unit dalam episod itu.
“Rayuannya terhadap sabitannya ditolak pada 2007 dan dia diperintahkan mahkamah untuk menyerah diri kepada polis kerana dia dibebaskan dengan jaminan ketika itu. Tetapi, dia tidak pernah menyerah diri dan rekod hartanah menunjukkan dia membeli rumah pada tahun sama di Malaysia.”
Siasatan itu turut menjejaki Haris yang melarikan diri ke Eropah dan hidup dengan identiti palsu.
Anis Ahmed.“Dalam rakaman penyamaran, dia mendedahkan bagaimana meraih keuntungan besar daripada rasuah untuk kontrak ketenteraan atau jawatan kanan polis Bangladesh. Ia adalah sistem rasuah melibatkan pegawai kanan dalam kalangan polis dan kerajaan negara itu,” menurut laporan berkenaan.
Haris mendakwa beliau mendapat sokongan penuh ahli politik yang pernah dilindunginya.
Siasatan itu turut menjelaskan bagaimana jeneral itu membantu adik-beradiknya membeli hartanah dan perniagaan di luar negara, sambil membawa wang merentas sempadan Eropah menggunakan pasport palsu.
Dalam episod itu, jeneral terbabit turut menerangkan betapa kuatnya ikatan taat setia antara adik-beradiknya dan pemimpin Bangladesh.
Siasatan itu turut memperoleh dokumen yang menunjukkan bagaimana Bangladesh membeli sistem pemintas telefon bimbit dari Israel, negara yang tiada hubungan diplomatik rasmi dengan Bangladesh, secara rahsia.
“Pakar perisik Israel melatih pegawai dari DGFI (perkhidmatan risikan tentera) Bangladesh di lokasi rahsia di Budapest. Kontrak itu mendedahkan bagaimana Bangladesh menyembunyikan asal-usul perisian Israel dengan mendakwa ia dihasilkan di Hungary,” kata laporan itu.
Al Jazeera berkata, I-Unit menghubungi semua pihak terlibat – termasuk perdana menteri Bangladesh, menteri dalam negeri, ketua polis negara, pesuruhjaya polis, empat adik-beradik Ahmed dan Pesuruhjaya Tinggi di Kuala Lumpur – mengundang mereka untuk memberi maklum balas terhadap penemuan itu.
Namun, tiada seorang pun tampil memberi maklum balas. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/pembunuh-ada-kaitan-politik-diburu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farewell Officemate The Castle Restaurant Kuala Lumpur

Farewell Officemate The Castle Restaurant Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 540 hits
Salam The Castle ni pergi secara tak dirancang Actually kami book tempat lain untuk buat Farewell kawan Office yang bertukar keluar tapi sebab ai tak tahu restauraunt tu tak buka tengah hari Jumaat kami terpaksa cancel dan The Castle ni dek...
Festive Feast Christmast New Year Eve 2019 In Royale Chulan Kuala Lumpur

Festive Feast Christmast New Year Eve 2019 In Royale Chulan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 241 hits
FESTIVE FEAST IN ROYALE CHULAN KUALA LUMPUREnjoy the sparkle of a festive season with Royale Chulan Kuala Lumpur a curated selection of feasts prepared by our delicate chefs here at our hotel Royale Chulan Kuala Lumpur invites all guests to...
Taman Burung Kuala Lumpur Sesuai Untuk Keluarga

Taman Burung Kuala Lumpur Sesuai Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum w b t Rindu Nak Lepak Kuala Lumpur Terasa lama sangat tak pergi Kuala Lumpur dulu rasanya setiap minggu pasti akan turun ke Kuala Lumpur Last sekali Mamayanie turun Kuala Lumpur sewaktu lepas PKP 1 0 bawa Babyfh jalan jalan ...
Sultan Selangor Mahu Bangunan Bersejarah Di Kuala Lumpur Dipulihara

Sultan Selangor Mahu Bangunan Bersejarah Di Kuala Lumpur Dipulihara

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 203 hits
Bimbang jika monumen rosak sehingga tak boleh diselamatkan lagi 15 hours ago0 1 minute read SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu usaha memulihara dan memelihara bangunan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan negeri...
Makan Malam Hotel Lobby Lounge Shangri La Kuala Lumpur

Makan Malam Hotel Lobby Lounge Shangri La Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 405 hits
Salam Tahun 2020 sudah berlalu Tahun 2021 diharapnya lebih baik dan pandemik ini berlalu pergi Tahun 220 tiada Staycation bagi kami sekeluarga Hanya ada melawat Bukit Tinggi dan balik Bukan kami sahaja pasti ramai juga begitu kan Takpe kita...
Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri Untuk Hospital Kuala Lumpur

Vits Lancar Kempen Bantuan Derma Pakaian Perlindungan Diri Untuk Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 332 hits
Vit Makanan merupakan pengeluar dan pengilang jenama Vits yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 baru baru ini telah mengambil inisiatif murni bagi bersama sama membantu menangani masalah Covid 19 yang telah melanda Malaysia dan merebak...
7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur

7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 498 hits
7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur Tatkala negara kita kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 mula lah tekak teringin nak makan pizza Ngada ngada kan tekak ni time PKP ni la teringin yang bukan bukan Tengah PKP ni tak bole...
Jadikan Kuala Lumpur Bandaraya Berjati Diri Dan Beridentiti

Jadikan Kuala Lumpur Bandaraya Berjati Diri Dan Beridentiti

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 264 hits
Elakkan Kuala Lumpur dari penguasaan ultra kiasu1 Februari adalah hari Wilayah Persekutuan Ibu kota ini akan meraikan ulang tahunnya yang ke 50 pada tahun 2024 Ahli Parlimen ultra kiasu telah menghantar surat kepada Menteri Wilayah Persekut...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian