Makan Malam Hotel Lobby Lounge Shangri La Kuala Lumpur
Salam.
Tahun 2020 sudah berlalu. Tahun 2021 diharapnya lebih baik dan pandemik ini berlalu pergi. Tahun 220, tiada Staycation bagi kami sekeluarga. Hanya ada melawat Bukit Tinggi dan balik. Bukan kami sahaja, pasti ramai juga begitu kan? Takpe, kita sabar. InsyaAllah kita doa sama-sama ye. Semasa pelaksanaan PKPP, sebagai penutup tahun 2020 kami meraikannya di Lobby Lounge Shangri-La Hotel Kuala Lumpur. Saja nak ambil angin hotel. 😘
Dinner tak dirancang, tengah hari di pejabat baru aku call husband tanya dia nak makan luar tak sebelum balik kampung. Aku guna apps Eatigo sebab dapat diskaun banyak ikut masa dan promosi yang ada. Kenapa Lobby Lounge Shangri-la? Shangri-la hotel ni banyak bagi kenangan pada aku semasa aku mula-mula bekerja. Pengalaman yang susah nak dilupakan. Lagipun, ini adalah promosi makan di hotel masa PKPP yang agak baik.
Waktu ni malam, so pemandangan air di luar tu tak berapa nak nampak sangat
Mak makan kueteow goreng uolls. Favourite mak. Besar portion mak tak habis. Mak memang akan kongsi dengan Tim tim.
They enjoy their food too 😊 Mama so happy
Ha.. nampak sedap.. memang sedap
Daddy punya onion ring dah kena kebas sebelum mama ambik gambar 📸
Wafri dan nasi lemaknya tak dapat dipisahkan
Husband cakap.. makan kueteow goreng nak kat hotel.. nasi lemak kat hotel.. aih.. 😹 BIasala tu bang, kasi chance la kat sini happy happy sikit kan kan.
Lepas makan kita peluk selfie satu famili
Hujung tahun tengah Christmas jadi hiasan pokok Christmas memang banyak ler
Memerhatikan pemandangan luar.. dan ikan di dalam kolam
Keluar mengambil angin sebelum pulang
Ini dia hiasan kek belon udara. Banyak betul keknya
Ginger Bread House di sudut yang lain. Budak-budak happy jerla tahunya.
Last.. asyik kome je bergambar. Kasi chance mak pulak. Wow nampak kurus mak dengan angle begitu. 👅
Makan di Lobby Lounge Shangri-La, Kuala Lumpur ni boleh dikatakan happy, ada pemandangan luar sikit, di hotel.. tukar angin pula asyik makan di restoran je kan. Sesekali kita makan di hotel, walaupun husband ai cakap order kueteow dengan nasi lemak dot dot dot. haha 😹 Tapi sedap kan makan habis je kan.. Kenyang perut budak2 pun happy. Itu yang kita mahukan ye tak? So, kalau lepas PKP ni nak ubah angin bolehla cuba di sini. Download Eatigo dulu boleh dapat diskaun baik punya. Makan sedap betul sedap. 👍
Ok... itu sahaja sharing saya harini, bye muahaha
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2021/02/makan-malam-hotel-lobby-lounge-shangri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)