7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur | Tatkala negara kita kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, mula lah tekak teringin nak makan pizza. Ngada-ngada kan tekak ni, time PKP ni la teringin yang bukan bukan. Tengah PKP ni tak boleh nak jalan jauh-jauh. Makan je la pizza yang ada dekat dengan rumah ni ha. Tapi sekali sekala nak juga merasa makan pizza restoran lain. Siap pesan pada Yop, bila PKP dah tamat nanti nak cari pizza best di sekitar Kuala Lumpur. Yop dia on je. Jadi, sementara tengah PKP ni, kinah senaraikan dulu 7 restoran pizza best di KL, bukannya apa takut terlupa. Bila dah ada list seperti ni, mudah la nak cari nanti
7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
# 1. Pizza Mansion Bukit Bintang
Pizza Mansion Bukit Bintang
Nampak tempting betul pizza dari Pizza Mansion ni. Ada banyak pilihan pizza yang menarik di sini. Antara yang menarik perhatian kinah ialah The PM Pizza, Zucchini Eggplant Chickpeas Pizza, Silence Of The Lamb Pizza, Smokey Robinson Pizza eh macam-macam lagi la menu dia
Istimewanya di Pizza Mansion ni, setiap pizza yang dihasilkan di sini ianya dibakar menggunakan dapur tanah liat yang direka khas beserta dengan kayu api. Biasanya, pizza yang dibakar seperti ni rasanya lebih ummph dan lebih autentik.
# 2. US Pizza Jalan Ampang
US Pizza Jalan Ampang
Dah lama sebenarnya kinah nak cuba US Pizza yang viral ni selepas tengok beberapa kenalan telah mencubanya. Nampak macam sedap je pizzanya tu terutamanya pizza durian. Hmm mesti lain dari yang lain kan. Kalau biasa kita makan pizza ayam, pizza Hawaian tapi di US pizza ni ada pizza durian.
Satu lagi menu yang menarik perhatian kinah untuk mencuba pizza yang ada di sini ialah pizza cheese boat dia. Halah halah peminat cheese confirm tak akan lepaskan peluang untuk mencuba pizza cheese boat mereka yang kaya dengan cheese tu. Makan panas panas ni mesti sedap. Kecur air liur kot bila tengok diorang review di youtube. Aishhh cepatlah habis PKP, tak sabar nak cuba ni
# 3. Pezzo Pizza NU Sentral
Pezzo Pizza Nu Sentral
Uniknya nama kedai Pezzo Pizza di Nu Sentral ni. Korang yang berada berdekatan dengan Nu Sentral bolehlah singgah di Pezzo Pizza ni. Banyak menu pizza yang boleh korang nikmati di sini. Paling best, korang boleh pilih nak berapa slice yang korang nak sama ada 1, 3 atau 6 slices. Pezzo Pizza ni selalu ada promosi. Beli masa promosi ni lebih jimat. Ada 15 jenis pilihan pizza yang boleh korang pilih. Rambang mata cek oii
Korang yang ada plan nak buat sambutan parti hari jadi atau sebarang jamuan in house selepas PKP ni boleh cuba contact diorang, diorang boleh realisasikan.
# 4. La Risata Bar Pizzeria Ristorante
La Risata Bar Pizzeria Ristorante
Kalau korang mencari restoran pizza best di Lembah Klang, jangan lupa singgah ke restoran La Risata yang terletak di Ampang dan Medan Damansara. Dengarnya, pizza Bresaola e Rucola antara menjadi pilihan utama pelanggan yang mana pizza ni mempunyai potongan daging lembu, salad roket dan serutan parmesan sementara Mozzarella goreng Carrozza (sandwic dengan keju dan ikan teri) dihiasi dengan taburan pasli di atasnya. Halah halah mesti best ni
Satu lagi kalau korang nak tahu, restoran La Risata turut menerima anugerah Time Out KL Food Awards pada tahun 2011 dan 2013. La Risata juga telah disenarai pendek dalam kategori yang sama pada tahun 2012 dan 2010. Manakala, pada tahun 2009 pula, restoran La Risata telah disenarai pendek dalam kategori makanan Pizza Terbaik. Hmm bukan kaleng kaleng La Risata ni. Lagipun kesemua anugerah ni 100% dipilih sendiri oleh orang Kuala Lumpur.
# 5. Pizza San Francisco Wangsa Maju
Pizza San Francisco Wangsa Maju
Pizza San Francisco telah mula ditubuhkan sejak tahun 2002 lagi. Kira-kira dah 19 tahun dah mereka beroperasi. Hmm apa yang menarik menu di sini ekkkk. Okeh selepas kinah godek-godek antara menu menarik di sini semestinya pizza. Antaranya ialah Margherita, Butter Chicken Pizza, Chicken Pizzaido, San Special, dan pelbagai lagi jenis pizza. Selain pizza, ada juga menu lain yang boleh korang cuba seperti pasta, dessert, snack, dan burnt cheesecake pun ada ha
Kinah yang tengok ni pun juling mata nak pilih pizza yang mana nanti. Silap haribulan, lain yang kita teringin lain yang kita order nanti hahah. Korang yang tinggal di area Wangsa Maju, bolehlah pergi ke sana terus. Tapi dengan keadaan sekarang ni yang tak berapa mengizinkan, korang boleh je order guna online. Kinah tengok set untuk family pun ada. Berbaloi jugakla bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar
# 6. Eatalia By Brava
Eatalia By Braba
Nama restoran Eatalia By Brava atau sebelum ni dikenali dengan Restoran Pizza Brava yang terletak di Desa Sri Hartamas tidak asing lagi bagi penggemar makanan Itali terutamanya. Mereka berpengalaman dalam pembuatan pizza selama 7 tahun. Pizza dan pasta kayu api mereka diantara yang terbaik dan sering menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung ke sini. Dari segi saiz pula, korang diberi pilihan sama ada nak saiz 10 inci ataupun 12 inci, soal harga semestinya berpatutan
Lihat pada gambar di atas, itu adalah pizza Rustica yang dilengkapi dengan tomato, keju, salami, gorgonzola, kacang, serta jagung. Alahai betapa harmoninya warna pada pizza rustica tu kan
# 7. The Grato Original By Chef Yasser
The Origato Original
Hah antara yang terakhir berada dalam senarai restoran pizza terbaik di Kuala Lumpur ialah The Origato Original by Chef Yasser. Setiap pizza yang dihasilkan ada rahsianya tersendiri begitu juga dengan pizza yang dihasilkan di The Grato yang mana semua pizza di sini dibakar menggunakan ketuhar dengan bahan bakarnya menggunakan kayu api tau. So, rasanya akan lebih berbeza dari yang dibakar dengan menggunakan ketuhar elektrik. Ada 10 jenis pizza di sini, korang tinggal nak pilih je.
Bagaimana dengan 7 senarai restoran pizza best di Kuala Lumpur yang kinah senaraikan di atas? Ada tak yang menjadi senarai pilihan korang jugak. Ini adalah senarai pilihan dan pandangan kinah je tau. Bagi yang berdekatan boleh je terus walk in kedai tapi bagi yang tiada masa tu boleh je order dengan pizza delivery. Lebih mudah dan menjimatkan masa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2021/01/7-restoran-pizza-best-di-kuala-lumpur.html