Pembangkang Meroyan Teruk Mahu Tubuh Kerajaan Perpaduan Kabinet Perang



(Suara Merdeka) – Blok pembangkang kini ibarat gila talak, Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan penubuhan kerajaan rentas parti atau kerajaan perpaduan, mereka menolak dengan keras serta sinis.
Kononnya mereka dapat melakukan lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Muhyiddin yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu.
Pemimpin pembangkang telah terhidu ‘darah’ lantas mereka mahu memastikan Muhyiddin bersama-sama seluruh anggota kabinetnya ditendang dari Putrajaya.
Sedangkan tawaran Muhyiddin bukan kerana bersifat kepentingan peribadi, tetapi memikirkan situasi getir negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19.
Usaha itu lebih kepada cubaan menstabilkan politik negara hingga populasi mencapai kekebalan kelompok setelah program vaksinasi mencapai 80 peratus penduduk negara ini secepatnya pada bulan hadapan.
Setelah itu akan diberi kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu melalui pilihan raya yang dijangka dapat dilakukan sekitar akhir tahun ini atau awal tahun hadapan, ketika situasi pandemik semakin baik, melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang digerakkan kerajaan.
Akhirnya percaturan mereka tersilap dan Muhyiddin seorang berjiwa besar telah meletakkan jawatan dan kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu.
Tiba-tiba sahaja isu kerajaan perpaduan bergema lagi. Naratif keperluan sebuah kerajaan sedemikian dengan Kabinet perang kononnya bagi melawan pandemik ditimbulkan oleh blok pembangkang yang kemudian turut disambut segelintir pemimpin UMNO yang sama ada berkepentingan peribadi atau dangkal ilmu politiknya. Bahasa orang Perak ‘tengin’.
Sedangkan PN berjaya memperoleh majoriti 114 ahli Parlimen bagi membolehkan sebuah kerajaan baru dibentuk dengan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Ismail Sabri pastinya cukup bijak untuk memastikan kabinet yang bakal dibentuk bukan berbentuk kabinet perang, tetapi bagi mengekalkan keterangkuman.
Pembangkang setelah gagal pusingan pertama untuk mengambil-alih kerajaan dengan melabelkan kerajaan PN sebagai kerajaan gagal, mereka tidak berputus asa kerana melihat peluang masih terhidang di hadapan mata apabila Ismail Sabri masih perlu membuktikan keabsahan sokongan melalui undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan hadapan.
Pembangkang cuba mengelirukan rakyat dan lebih penting mengeliru ahli-ahli parlimen yang menyokong Ismail Sabri supaya termakan hasutan untuk membentuk kerajaan perpaduan yang kononnya solusi terbaik untuk masa hadapan negara, kerana kerajaan baharu ini tidak akan stabil dengan majoriti yang terlalu kecil iaitu empat ahli parlimen.
Mereka juga sedar bahawa pembentukkan kabinet oleh Ismail Sabri selaku perdana menteri kesembilan akan menentukan sokongan 114 ahli parlimen itu kekal atau tergugat.
Blok pembangkang sebenarnya telah ‘mati langkah’ apabila menolak mentah-mentah pelawaan Muhyiddin tempoh hari dan usaha menghidupkan balik naratif keperluan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan yang kononnya bertujuan menangani pandemik Covid-19, sudah memakan diri sendiri. Sedangkan semua yang disebut itu telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan PN menerusi Pelan Pemulihan Negara yang jelas menampakkan kejayaan terutama dalam aspek pemberian vaksin kepada rakyat.
Sebagai contoh, setakat semalam Operasi Lonjakan Kapasiti yang dilancarkan bulan lalu, sejumlah 76.2% penduduk dewasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah menerima lengkap dua dos. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 51.6% atau 12.07 juta populasi dewasa negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Blok pembangkang memang telah terbukti tidak mampu bersatu kerana masing-masing bersikap seperti jeneral perang yang mahu mencapai kepentingan peribadi dan kelompok masing-masing sahaja.
Datuk Seri Shafie Apdal dari parti Warisan yang mempunyai lapan ahli parlimen meletakkan harga mati iaitu dipilih sebagai calon perdana menteri, manakala Tun Dr. Mahathir Mohamad dari parti Pejuang yang mempunyai empat ahli parlimen, tetap dengan pendiriannya mahu mengetuai Majlis Pemulihan Negara dengan diberi kuasa eksekutif seperti perdana menteri.
Itu belum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak sekian lama tidak pernah padam memasang cita-cita untuk menjadi perdana menteri sejak 1993 lagi.
Ini bermakna jika mahu menyatukan kesemua blok pembangkang perlu disediakan tiga kerusi untuk jawatan perdana menteri dalam bentuk apa jua. Bagaimana di satu puncak gunung ada tiga ekor singa yang galak untuk berkuasa? Pastinya ia tidak akan berlaku. Akhirnya mereka berbunuh sesama sendiri.
Jadi tiga ekor singa itu kini cuba mengalih tumpuan kepada usaha menjatuhkan kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh Ismail Sabri.
Selain perlu membuktikan keabsahan di parlimen pada bulan hadapan, Ismail Sabri juga akan berdepan dengan satu lagi rintangan iaitu untuk meluluskan belanjawan negara pada bulan November.
Jika kerajaan mampu melepasi dua halangan itu, blok pembangkang akan berusaha mendapatkan sokongan rakyat melalui pilihan raya walaupun dengan apa cara juga termasuk menyebarkan fitnah sebagaimana mereka lakukan pada pilihan raya lalu.
Anwar pastinya mahu mengetuai jentera pilihan raya pembangkang kali ini, kerana pada pilihan raya yang lalu beliau masih merengkok di dalam penjara dan hanya dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja, selepas pilihan raya.
Jadi ini juga peluang terakhir buat Anwar untuk menjadi perdana menteri ke-10 dan penentu hidup atau mati karier politik beliau.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/21/pembangkang-meroyan-teruk-mahu-tubuh-kerajaan-perpaduan-kabinet-perang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Tertinggi Pembangkang Bincang Cadangan Kerajaan Perpaduan

Pemimpin Tertinggi Pembangkang Bincang Cadangan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 228 hits
August 16 2021 Pemimpin parti pembangkang termasuk dari Sabah dan Sarawak mengadakan mesyuarat secara maya di ibu pejabat PKR untuk mencadangkan calon perdana menteri dengan sokongan kuat PETALING JAYA Pemimpin tertinggi parti pembangkang t...
Tiada Kerajaan Perpaduan Dengan Pembangkang Pm

Tiada Kerajaan Perpaduan Dengan Pembangkang Pm

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comDiterbitkan 23 Aug 2021 4 53 pmDikemaskini 5 01 pmTiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti parti pembangkang kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Katanya kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu berkai...
Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama

Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 298 hits
Bimbang dengan kombinasi politik toksik dan ketidakcekapan pentadbiran di tengah tengah wabak Covid 19 yang kini telah meragut 13 000 nyawa di Malaysia Ambiga Sreenevasan telah memulakan petisyen agar ahli politik mengutamakan rakyat berban...
Tiada Lagi Gelaran Ahli Parlimen Kerajaan Atau Pembangkang

Tiada Lagi Gelaran Ahli Parlimen Kerajaan Atau Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 212 hits
Oleh Media Mulia WAN AHMAD FAYSHAL WAN AHMAD KAMAL PETALING JAYA Situasi semasa yang begitu getir sehingga mengancam kesihatan dan nyawa orang ramai hanya akan bertambah membarah jika sebuah pertikaian politik baharu sekali lagi menjerumusk...
Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit

Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 885 hits
SUSUPAN PETANGPerdana Menteri ke 9 mesyuaratdalam jet PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam minggu ini tanpa penyertaan pihak pembangkang Pengumuman dibuat sebaik senarai anggota kabinet telah diperke...
Pegawai Kanan Istana Tolak Dakwaan Cuba Sekat Ismail Paksa Kerajaan Perpaduan

Pegawai Kanan Istana Tolak Dakwaan Cuba Sekat Ismail Paksa Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 228 hits
Ahmad Fadil berkata tidak risau dengan tuduhan blogger bahawa dia merupakan penyokong Anwar Ibrahim Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin Gambar Bernama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Sh...
Mesej Tular Mengenai Kerajaan Perpaduan Adalah Palsu

Mesej Tular Mengenai Kerajaan Perpaduan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 191 hits
Astro AwaniOgos 19 2021 Dakwaan kononnya Yang di Pertuan Agong menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut adalah tidak benar Foto Astro AWANIKUALA LUMPUR Dakwaan kononnya Yang di Per...
Ke Arah Mewujudkan Kerajaan Perpaduan

Ke Arah Mewujudkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 371 hits
PANDANGANBESOK sekali lagi Raja Raja Melayu akan berangkat ke Istana Negara menjelang pemilihan perdana menteri baru Begitulah menurut maklumat media Pertemuan itu mungkin ada kaitan dengan perkembangan hari ini setelah para wakil rakyat se...
Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 227 hits
Cadangan Kerajaan Perpaduan atau pun Unity Government berasal dari Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi pada Disember 2013 Kali kedua cadangan ini dibangkitkan ialah pada Mei 2018 Jadi cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membentuk sat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin