Pegawai Kanan Istana Tolak Dakwaan Cuba Sekat Ismail Paksa Kerajaan Perpaduan


Ahmad Mustakim Zulkifli

Ahmad Fadil berkata tidak risau dengan tuduhan blogger bahawa dia merupakan penyokong Anwar Ibrahim.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin. Gambar: Bernama Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin enggan melayan dakwaan seorang penulis blog yang mendakwa dirinya terlibat dalam cubaan menghalang Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekiranya tidak menubuhkan kerajaan perpaduan.
“Tolong jangan layan RPK, biarkan orang awam baca dan analisa sendiri,” katanya kepada MalaysiaNow, merujuk kepada penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Hal ini susulan gesaan pembangkang supaya Yang di-Pertuan Agong mengabaikan sokongan majoriti dari ahli-ahli Parlimen kepada Ismail dan sebaliknya menubuhkan kerajaan perpaduan yang turut melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Semalam, 114 ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan bebas dipanggil ke Istana Negara bagi mengesahkan sokongan mereka kepada Ismail.
Bagaimanapun Raja Petra dalam satu hantaran di laman Malaysia Today semalam mendakwa terdapat cubaan untuk menghalang Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekiranya tidak bersetuju melantik Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH.
Raja Petra turut menyebut Fadil dan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Perak Mohd Annuar Zaini sebagai “penyokong kuat” Anwar yang didakwanya menyebabkan dokumen-dokumen sulit Istana Negara tersebar kepada media.
“Tidak risau, berserah kepada Allah,” kata Fadil ketika ditanya berhubung dakwaan tersebut.
Sebelum ini, Raja Petra dalam satu hantaran pada 11 Ogos turut mempersoalkan “sumber istana” yang mendedahkan mengenai urusan dalaman Istana Negara.
Blogger itu seolah-olah menggambarkan Fadil adalah sumber tersebut dengan meletakkan gambarnya pada hantaran berkenaan.
Ismail dilaporkan sudah menerima sokongan 114 ahli Parlimen, sekali gus menjadikannya calon yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, manakala Anwar dilaporkan hanya mempunyai sokongan 105 ahli Dewan Rakyat.
Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang pula mencadangkan calon yang kalah dalam persaingan sebagai perdana menteri dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menubuhkan kerajaan perpaduan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/pegawai-kanan-istana-tolak-dakwaan-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Bukan Kerajaan Perpaduan Kata Ismail

Ini Bukan Kerajaan Perpaduan Kata Ismail

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 264 hits
Perdana menteri berkata kerjasama dengan pembangkang bukan bermakna memberikan mereka peranan dalam kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pentadbiran yang diketuai beliau bukan kerajaan perpaduan walaupun baru baru ini menawa...
Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 683 hits
Rentetan daripada isu 779 guru yang menolak suntikan vaksin COVID 19 pelakon Edika Yusof turut tidak ketinggalan dalam memberi pandangan tentangnya
Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 334 hits
Dengan keadaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang kini tersepit dan mungkin meletakkan jawatannya ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Johari Ghani menyeru parti parti politik untuk membentuk satu kerajaan perpaduan baharu Hakikatnya ketika ...
Ismail Sabri Hishamuddin Yang Sewaktu Dengannya Hanyalah Copy Paste Kerajaan Gagal

Ismail Sabri Hishamuddin Yang Sewaktu Dengannya Hanyalah Copy Paste Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 370 hits
Tak malu ke Ismail Sabri dan Anwar sedang gerakan KeMPEN diri mereka calon PM sedangkan sepatutnya lebih bercakap tentang covid 19 dan pelan pemulihan yang lebih baik dari PN Udara segar pls MUHYIDDIN DIPILIH SEMULA SEBAGAI PM9 DENGAN 135 K...
Ismail S Dilemma Steady The Ship Or Shake Off Kerajaan Gagal 2 0 Label

Ismail S Dilemma Steady The Ship Or Shake Off Kerajaan Gagal 2 0 Label

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 393 hits
An analyst says Ismail Sabri Yaakob will have a tough time regaining the people s confidence while steadying the ship if he becomes the next prime minister PETALING JAYA With Ismail Sabri Yaakob looking increasingly likely to become the nin...
Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit

Tiada Kabinet Perpaduan Ismail Sabri Terjempit

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 1033 hits
SUSUPAN PETANGPerdana Menteri ke 9 mesyuaratdalam jet PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam minggu ini tanpa penyertaan pihak pembangkang Pengumuman dibuat sebaik senarai anggota kabinet telah diperke...
Kerajaan Perpaduan Menjadi Pilihan Jika Tiada Siapa Punya Majoriti

Kerajaan Perpaduan Menjadi Pilihan Jika Tiada Siapa Punya Majoriti

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 460 hits
Peletakkan jawatan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin petang ini meninggalkan lompang kuasa dalam politik Malaysia Hal ini kerana tiada blok perikatan politik yang mempunyai majoriti mudah untuk dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong bag...
Tiada Siapa Cukup Majoriti Mt Umno Cadang Kerajaan Perpaduan

Tiada Siapa Cukup Majoriti Mt Umno Cadang Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 545 hits
Ketika negara menjangkakan pengunduran Muhyiddin Yassin ahli majlis kerja tertinggi Umno Johari Abdul Ghani berkata tiada calon perdana menteri yang layak berikutan jumlah sokongan majoriti yang belum cukup Bimbang dengan keadaan ekonomi da...
Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 325 hits
Cadangan Kerajaan Perpaduan atau pun Unity Government berasal dari Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi pada Disember 2013 Kali kedua cadangan ini dibangkitkan ialah pada Mei 2018 Jadi cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membentuk sat...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan