Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama


Bimbang dengan kombinasi politik toksik dan ketidakcekapan pentadbiran di tengah-tengah wabak Covid-19 - yang kini telah meragut 13,000 nyawa di Malaysia, Ambiga Sreenevasan telah memulakan petisyen agar ahli politik mengutamakan rakyat berbanding diri mereka

Menekankan kestabilan politik penting pada masa ini, petisyen itu menggesa perdana menteri baru nanti menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan

"Kita berdepan krisis terbesar dalam hidup kita

"Namun kita perlu menghadapi politik toksik dan, malangnya, ketidakcekapan dalam menangani wabak," 
Bekas pengerusi Bersih itu - gabungan NGO yang berperanan mengubah landskap politik negara - berkata perdana menteri baru nanti merupakan perdana menteri ketiga sejak PRU14 pada 2018

Namun tiada keamanan di kalangan ahli politik. Mereka tidak mampu melangkaui perbezaan mereka. Sebaliknya, mereka menjadikan situasi buruk bertambah buruk

"Jadi, sudah tiba masanya mereka didesak untuk bekerjasama. Masa untuk mereka utamakan kita, bukan diri sendiri. Negara ini perlu kembali pulih," katanya lagi

Bekas presiden Majlis Peguam itu yakin kerajaan perpaduan akan menamatkan perseteruan politik dan melibatkan unsur-unsur terbaik daripada semua parti

"Tidak akan ada 'katak', tiada usaha membeli sokongan, tiada kerajaan yang goyah

"Hanya kesemua mereka bekerja untuk rakyat untuk menyelamatkan negara ini daripada menghampiri kemusnahan. Bukankah itu yang patut menjadi tumpuan sebuah kerajaan?"
Kurangkan jawatan, tambah penyertaan wanita
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat berkemungkinan besar dilantik sebagai perdana menteri kesembilan selepas mendapat sokongan 114 ahli parlimen

Semalam, Ambiga dan beberapa individu lagi berkata kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menjadikan sokongan yang diterima Ismail sepatutnya dianggap tidak sah

Meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin berkata sokongan partinya terhadap Ismail berdasarkan syarat yang ahli politik yang berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah tidak boleh dilantik ke dalam kabinet

Ia dilihat bertentangan dengan surat Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun kepada ahli parlimen, yang menjelaskan syarat ditetapkan Istana Negara berhubung bentuk surat yang perlu ditulis ahli-ahli parlimen

Perkara 4(c) surat tersebut meminta ahli parlimen menyatakan identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai perdana menteri

Sementara itu, petisyen Ambiga menyatakan penting untuk kerajaan yang kukuh dan stabil diwujudkan sepanjang tempoh penggal ini sehingga PRU seterusnya

"Kerajaan ini mesti dianggotai oleh perwakilan dari semua parti politik dari kedua-dua pihak dan disubjek kepada pengawasan Parlimen, dengan fokus utama untuk mengemudi negara ini untuk keluar dari pandemik dan ketidakpastian politik

"Lebih ramai wanita harus dilantik dalam kerajaan ini," menurut petisyen itu

Ia jugga mendesak jawatan dalam kabinet kepada yang perlu sahaja "bagi mencerminkan matlamat dan langkah berjimat cermat yang harus senantiasa dijunjung dan dipatuhi kerajaan"

Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi petisyen yang menolak Ismail sebagai perdana menteri telah mendapat 300,000 tandatangan, setakat tengah malam tadi

Petisyen itu mendakwa Ismail gagal menguruskan krisis Covid-19 ketika menjadi menteri kanan dalam pentadbiran Muhyiddin

Ia juga merujuk kenyataan yang pernah dibuat Ismail sebelum ini, yang didakwa sebagai bersifat perkauman dan membangkitkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2021/08/katak-politik-mana-nak-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politiking Dan Katak Politik Di Mana Nilai Rakyat Sebenarnya

Politiking Dan Katak Politik Di Mana Nilai Rakyat Sebenarnya

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 381 hits
Mark my words Selagi akta anti lompat parti tidak wujud dan tiada usaha serius untuk diluluskan di dalam parlimen politik negara akan berterusan kacau bilau dan menganggu gugat rakyat Rakyat mahu mana mana kerusi ahli parlimen yang menang a...
Ke Mana Negara Hendak Di Bawa Pas

Ke Mana Negara Hendak Di Bawa Pas

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 319 hits
Sehingga ada dalam kalangan yang ekstrem dibunuh memaksa masyarakat majmuk untuk menghapuskan bangsa dan bahasa lain daripada penduduk asalnya Mereka dipaksa menukar nama diri dan tidak membenarkan bahasa kaum masing masing digunakan sehing...
Apa Nak Dikata Kerajaan Dibentuk Oleh Para Mp Dan Bukan Rakyat

Apa Nak Dikata Kerajaan Dibentuk Oleh Para Mp Dan Bukan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 232 hits
Fuh kalau buat di Malaysia tiada siapa la boleh jadi PM dan Menteri menteri dalam kerajaan skg ni Nasib baik kerajaan yang ada dibentuk oleh MP bukan rakyat
Dap Penghalang Utama Perpaduan Malaysia

Dap Penghalang Utama Perpaduan Malaysia

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 459 hits
Pendapat saya tentang kepelbagaian kaum di Malaysia Saya menerima hakikat bahawa Malaysia terdiri dari masyarakat berbilang kaum dan agama Namun Kita semua hendaklah memahami konsep multiculturalisme si Malaysia berdasarkan fakta sejarah da...
Rakyat Nak Pembaharuan Nama Kerajaan Tak Penting Kata Najib

Rakyat Nak Pembaharuan Nama Kerajaan Tak Penting Kata Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 377 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata bagi memastikan strategi dicapai mengikut kehendak rakyat kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob perlu diberi masa untuk menggubal dasar baharu KUALA LUMPUR Nama kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ism...
Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Won Korea Melonjak Semula Susulan Campur Tangan Pihak Berkuasa

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Vijay Disambut Meriah Di Kuala Lumpur Menjelang Pelancaran Audio Filem Jana Nayagan

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan