Ke Arah Mewujudkan Kerajaan Perpaduan


PANDANGAN

BESOK sekali lagi Raja-Raja Melayu akan berangkat ke Istana Negara menjelang pemilihan perdana
menteri baru. Begitulah menurut maklumat media. Pertemuan itu mungkin ada kaitan dengan perkembangan hari ini, setelah para wakil rakyat selesai membuat pemilihan perdana menteri. 
Raja-Raja Melayu sebelum ini dipanggil untuk bertemu di Istana Negara semasa kemelut politik dan masa pembentukan kerajaan sebelum ini.
Apakah pertemuan itu nanti bagi membincang dan bermuzakarah mengenai hal sama, jawatan perdana menteri kemudian merintis perdamaian sementara politik? 
Walaupun keputusan tidak diumum dengan rasmi, tetapi ia menunjukkan calon daripada Umno ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob telah dipilih sebagai perdana menteri. Ini berpandukan kepada carta keputusan pengundian apabila beliau mendapat sokongan 114 wakil rakyat berbanding dengan seorang lagi calon Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat 105 sokongan.
Kemungkinan ini diperkuatkan lagi apabila hari ini kesemua 114 orang wakil rakyat yang membuat SD menyokong Ismail Sabri dipanggil ke Istana Negara untuk mengesahkan sokongan mereka. Adapun tidak seorang pun wakil rakyat daripada pembangkang diundang.  
Apa yang boleh ditafsirkan dengan keberangkatan Duli-Duli Tuanku Raja-Raja esok, perkara utama mungkin Yang di-Pertuan Agong mahu memaklumkan secara rasmi kepada Raja-Raja Melayu hasil sokongan daripada wakil rakyat kepada Ismail Sabri itu.
Walaupun baginda boleh membuat keputusan bersendirian mengikut kehendak Perlembagaan, tetapi sebagai tertib dan adat, baginda memanggil Timbalan Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja sebagai kekanda tua baginda bersama. Tujuan juga mahu mempamerkan apa-apa keputusan dipersetujui semua pihak.  
Perlu difahamkan sebelum ini, semasa Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menerima mengadap ketua-ketua parti semalam 18 Ogos. Dalam pertemuan itu baginda ada bertitah agar dicari satu konsensus sesama parti-parti politik memandangkan kemelut politik telah mengganggu urusan pentadbiran negara. 
Perkara ini dijelaskan dalam kenyataannya bersama timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah yang turut sama dalam majlis itu.
Memetik kenyataan itu, “Baginda berdua turut menzahirkan pandangan supaya semua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik dengan memberi fokus kepada isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang berlaku dengan kadar segera,”

Kenyataan itu juga menyebut baginda berdua, menzahirkan pandangan itu memandangkan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika kita masih diancam pandemik COVID-19

Memahami pandangan dizahirkan kedua baginda itu menunjukkan baginda gusar dengan keadaan negara muasir ini dan satu penyelesaian tuntas hendaklah dicapai segera.

Pandangan itu seharusnya diambil perhatian oleh semua ahli-ahli politik yang sedang berebut kuasa ketika ini. Penzahiran itu ia juga menunjukkan keprihatinan besar oleh baginda. Permainan politik merebut kuasa juga hendaklah ditamatkan sebaik sahaja perdana menteri baru sah dilantik. Dan perkara itu seperti dipersetujukan oleh semua pihak yang menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. 

Dengan mengambil kira hasrat dan intipati itu, mungkin pertemuan sesama Raja-Raja esok akan besar kemungkinan membincang perkara itu dan berusaha agar wujud satu persefahaman dari kalangan ahli politik. Untuk tujuan itu mungkin satu mekanisme dicari bagi merealisasikan apa yang terpancar dari sanubari Yang di-Pertuan Agong dan Timbalannya itu. 
Adalah tidak logik kalau Raja-Raja dipanggil hanya untuk menerima maklum keputusan pemilihan itu. Ia membazirkan masa dan waktu sahaja. 

Seluruh rakyat kini tertumpu kepada pertemuan Raja-Raja esok. Apa diharap pertemuan esok akan memandu ahli politik bergerak ke arah perwujudan perpaduan atau pun perdamaian bersifat sementara sementara parlimen dibubarkan. Dan hasil perbincangannya nanti biarlah ke arah menamatkan permasalahan yang berlaku kini

Seperti dinyatakan tadi apakah tujuan dan maksud pertemuan itu nanti? Apakah ia akan memfokuskan kepada idea yang dizahirkan itu? Kalau itulah tujuan dan maksudnya apakah rangka kerajaan yang ada selepas ini dibentuk dengan persetujuan dan perkenan Raja-Raja? Apakah Raja-Raja esok berangkat membawa pelan atau cadangan masing-masing yang matlamatnya sama. 
Jika itulah maksudnya ia adalah sangat baik. Kerana orang politik tidak boleh dipercayai lagi. Mereka hanya sanggup di hadapan tetapi akan memungkirinya di belakang nanti. Orang politik tidak ubah seperti Anjing dengan Kucing yang tidak pernah akan damai. Adalah elok kalau Raja-Raja dalam pertemuan esok merangka satu solusi ke arah pembentukan kerajaan baru nanti. Setelah disiapkan rangka itu nanti barulah diserahkan kepada perdana menteri. 
Sekiranya cadangan itu lahir daripada aspirasi dan impian Raja-Raja tentu ia akan dihormati dan tidak ada mana-mana pihak untuk membantahnya. 
Perdana Menteri pun tidak ada helah lagi untuk mengabaikannya. Saya rasa tepat kalau Raja-Raja menjadi pembentuk, pengawal dan pemutus kerana suara dan titah Tuanku tidak ada yang berani menyangkalnya. 
Dalam hubungan ini sukacita dicadangkan kalau boleh semua jemaah kabinet kerajaan nanti disertai oleh semua wakil-wakil parti politik termasuk daripada pembangkang. Idea ini mungkin aneh dan ia agak kontradik dengan kehendak naluri dan nafsu parti politik dan menyimpang daripada semangat demokrasi, tetapi demi negara apalah kiranya kalau Tuanku Raja-Raja "memejamkan mata" untuk melaksanakan hal ini, asalkan ia dibayangi oleh Perlembagaan. 
Untuk tujuan ini sebaik-baiknya jemaah menteri atau mereka yang hendak dilantik menganggotai kabinet biarlah dari kalangan tokoh muda, yang berfikiran terbuka, educated dan berpandangan jauh untuk masa depan negara serta bersemangat kenegaraan. Elakkan daripada mengambil atau melibatkan pemimpin veteran khususnya yang kontroversi berada dalam kabinet. 
Mana-mana wakil rakyat muda khasnya berusia dibawah 50 tahun yang menyerlahkan bakat kepimpinan, idea bernas, keperibadian boleh dipilih menganggotai kabinet perpaduan ini

Mungkin kita dapat mengenali satu persatu watak-watak atau pemimpin muda ini. Apa yang boleh saya sebutkan di sini beberapa nama yang boleh dipertimbangkan daripada pembangkang; Ahli Parlimen Permatang Pauh (Nurul Izzah Anwar), Lembah Pantai (Fahmi Fadzil), Hang Tuah Jaya (Shamsul Iskandar Md Akin) dan lain-lain.  
Daripada Amanah, Ahli Parlimen Parit Buntar (Dr Mujahid Yusof Rawa), daripada DAP, ahli Parlimen Seremban (Anthony Loke), ahli parlimen Bakri (Yeo Bee Yin), ahli Parlimen Bukit Mertajam (Steven Sim Chee Keong), dan Puchong (Gobind Singh Deo) dan dua anggota bebas, Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli Parlimen Simpang Renggam (Maszlee Malik)  
Daripada Umno, wakil rakyat seperti ahli Parlimen Rembau (Khairy Jamaluddin), Pontian (Ahmad Maslan), Lenggong (Shamsul Anuar Nasarah), Kepala Batas (Reezal Merican Naina Merican) dan lain-lain

Manakala daripada Bersatu, ahli Parlimen Gombak (Mohamed Azmin Ali), daripada Pas ahli Parlimen Kubang Kerian (Tuan Ibrahim Tuan Man).
Itulah antara nama-nama yang mungkin boleh dimasukkan dalam kabinet baharu nanti sekiranya idea untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Mereka ini sebagai generasi pasca merdeka mempunyai pemikiran terbuka dan waras serta tidak lagi rigid dengan pandangan dan pendekatan politik lama yang tepu dengan sifat chauvinist dan rasisme. 
Sekiranya hal ini dapat direalisasikan maka akan wujudkan sebuah kerajaan perpaduan seperti mana yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya. Insya-Allah. [wm.kl. 7:29 pm 19/08/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/ke-arah-mewujudkan-kerajaan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesej Tular Mengenai Kerajaan Perpaduan Adalah Palsu

Mesej Tular Mengenai Kerajaan Perpaduan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 186 hits
Astro AwaniOgos 19 2021 Dakwaan kononnya Yang di Pertuan Agong menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut adalah tidak benar Foto Astro AWANIKUALA LUMPUR Dakwaan kononnya Yang di Per...
Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama

Katak Politik Mana Nak Kerajaan Perpaduan Pas Dap Nak Bersama

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 290 hits
Bimbang dengan kombinasi politik toksik dan ketidakcekapan pentadbiran di tengah tengah wabak Covid 19 yang kini telah meragut 13 000 nyawa di Malaysia Ambiga Sreenevasan telah memulakan petisyen agar ahli politik mengutamakan rakyat berban...
Tiada Kerajaan Perpaduan Kerana Ph Tidak Boleh Disatukan Dengan Kerajaan Tebuk Atap

Tiada Kerajaan Perpaduan Kerana Ph Tidak Boleh Disatukan Dengan Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 202 hits
PM panggil Anwar Guan Eng dan Mat Sabu hanya untuk bincang soal pandemik Covid tak lebih dari itu Ada yg kata Pak Mail nak tawarkan Anwar jawatan TPM untuk tarik PH bagi memperkuatkan kerajaan Pak Mail Kelakar Sewaktu kerajaan PH jadi keraj...
Titah Agong Pemangkin Kerajaan Perpaduan Atau Gabungan Perdana

Titah Agong Pemangkin Kerajaan Perpaduan Atau Gabungan Perdana

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 195 hits
August 17 2021 Titah Agong berhubung perpaduan dilihat mampu membawa kepada penubuhan kerajaan stabil dan kuat namun persoalan terus berkisar mengenai siapa paling layak menjadi perdana menteri PETALING JAYA Titah Yang di Pertuan Agong kepa...
Tiada Kerajaan Perpaduan Dengan Pembangkang Pm

Tiada Kerajaan Perpaduan Dengan Pembangkang Pm

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 187 hits
malaysiakini comDiterbitkan 23 Aug 2021 4 53 pmDikemaskini 5 01 pmTiada kerajaan campuran akan dibentuk dengan parti parti pembangkang kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Katanya kerjasama dengan pembangkang hanya melibatkan isu berkai...
Ini Bukan Kerajaan Perpaduan Kata Ismail

Ini Bukan Kerajaan Perpaduan Kata Ismail

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 176 hits
Perdana menteri berkata kerjasama dengan pembangkang bukan bermakna memberikan mereka peranan dalam kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pentadbiran yang diketuai beliau bukan kerajaan perpaduan walaupun baru baru ini menawa...
Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

Cadangan Kerajaan Perpaduan Berasal Dari Anwar Dan Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 220 hits
Cadangan Kerajaan Perpaduan atau pun Unity Government berasal dari Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi pada Disember 2013 Kali kedua cadangan ini dibangkitkan ialah pada Mei 2018 Jadi cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk membentuk sat...
Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 253 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan kembali menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus memberi ruang pakatan itu mewujudkan kerajaan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik Pengarah Kom...
Kerajaan Perpaduan Hanya Berfungsi Dengan Syarat Jelas Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Hanya Berfungsi Dengan Syarat Jelas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 319 hits
August 17 2021 8 30 AM Muhyiddin Yassin cuba mendapatkan sokongan parti lain sebagai usaha terakhir menyelamatkan kerajaan pimpinannya tetapi ditolak pada saat akhir PETALING JAYA Sebuah kerajaan perpaduan hanya akan berfungsi sekiranya sem...
Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Curang Itu Pilihan Tapiiii

Doa Nabi Daud

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Rony Parulian Tak Ada Ujungnya Chord

Lirik Lagu Rakit Nadzira Shafa

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar