Bukan Buat Buat Sakit Ini Perjuangan Dalam Senyap
Bukan Buat-Buat Sakit — Ini Perjuangan Dalam Senyap
Mungkin pada pandangan orang,
aku buat-buat sakit.
Mungkin juga ada yang menyangka
aku sekadar meminta simpati.
Sedangkan hakikatnya,
orang yang tidak melalui
tidak akan pernah tahu
apa yang aku hadapi setiap hari.
On morning briefing,
aku bukan duduk saja-saja.
Bukan kerana malas.
Bukan kerana sengaja mahu kelihatan lemah.
Everything has a reason.
Setiap perlakuan ada sebabnya,
walaupun sebab itu tidak selalu kelihatan di mata manusia.
Segalanya bermula pada
30 November 2020.
Hari itu bukan sekadar tarikh.
Ia adalah titik mula kepada sebuah perjalanan panjang
yang memerlukan lebih daripada sekadar kekuatan fizikal.
Dari hari itu,
hidup menjadi rutin ulang-alik hospital,
pemeriksaan demi pemeriksaan,
follow up yang tidak pernah benar-benar tamat.
Sehingga hari ini,
aku masih berada dalam kitaran itu —
berharap sambil bertahan.
Dan kini,
satu lagi fasa sedang menunggu.
April 2026 —
doktor menasihatkan sesuatu yang berat untuk diterima,
tetapi terpaksa dihadapi:
Kimoterapi.
Bukan semua orang tahu
betapa kuatnya seseorang
yang masih mampu datang bekerja,
masih mampu tersenyum,
walaupun tubuhnya sedang berperang dari dalam.
Bukan semua orang faham
betapa penatnya berpura-pura “aku ok”
hanya supaya orang lain tidak rasa terbeban.
Jika hari ini aku duduk,
itu kerana badanku benar-benar perlukan rehat.
Jika hari ini aku diam,
itu kerana aku sedang mengumpul
sisa-sisa tenaga untuk esok
yang belum tentu lebih mudah.
Aku tidak meminta simpati.
Aku hanya berharap untuk difahami.
Dan jika memahami itu terlalu sukar,
cukuplah sekadar tidak menghakimi.
Kerana pejuang sebenar
bukan yang paling kuat bersuara,
tetapi yang terus bertahan
walaupun berjuang dalam senyap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2025/12/bukan-buat-buat-sakit-ini-perjuangan.html