Peluang Terbentang Untuk Kuli Muncul Hero Umno



Walaupun desakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan segera meletakkan jawatan langsung tidak mendapat sambutan ketika ini,!ia tidak bermakna kedudukan Muhyiddin Yassin akan selamat buat selama-lamanya
Tengku Razaleigh membuat desakan itu berikutan Bersatu telah bersetuju menukar wajahnya daripada parti Melayu dan Pribumi kepada parti pelbagai kaum
Bagi Ku Li, dengan perubahan itu, Bersatu tidak layak lagi berada dalam pakatan Melayu/Islam Muafakat Nasional yang didukung oleh UMNO dan Pas
“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar pemimpin UMNO yang menganggotai kabinet berundur daripada kerajaan sekarang,” ujar beliau dua hari lalu
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, tindakan keluar dari kabinet itu perlu dilakukan secepat mungkin
“Ini patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa dan dapat memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti kedudukan anak muda yang susah mencari pekerjaan dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19 yang mengancam negara pada masa ini,” tambah beliau
Jika diperhalusi, desakan Ku Li itu adalah bertujuan agar kerajaan PN tumbang dengan sendirinya, Muhyiddin dijatuhkan dan PRU awal dapat diadakan dengan segera
Desakan beliau itu sebenarnya selari dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO, termasuk Zahid Hamidi, Najib Razak dan Annuar Musa tentang perlunya Muhyiddin mengadakan PRU awal bagi mendapat mandat baru yang lebih selesa
Di sebalik desakan PRU awal itu, baik oleh Zahid Hamidi, Najib dan khususnya Ku Li, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk membolehkan UMNO dapat lebih awal menerajui semula Putrajaya sepertimana era BN dahulu
Tetapi, nampaknya pemimpin UMNO yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang lebih sayangkan kedudukan peribadi mereka berbanding masa depan parti
Apakah mereka tidak sedar apabila UMNO kembali menerajui Putrajaya nanti dan pemimpin UMNO sendiri menjadi Perdana Menteri, lebih banyak kelebihan boleh diperolehi
Tidakkah juga mereka sedar bahawa dengan Muhyiddin daripada Bersatu menduduki kerusi Perdana Menteri sekarang, UMNO hanya berada di kelas kedua dalam kerajaan di mana bukan saja UMNO tidak diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri dan kementerian yang penting, bahkan dua menteri kanan telah dilantik daripada Bersatu
Begitu pun, dalam hal ini, oleh kerana desakan Ku Li itu yang bermaksud agar PRU awal dapat segera diadakan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin UMNO yang nampaknya lebih mementingkan kedudukan peribadi berbanding maruah parti, ia juga sebenarnya adalah peluang keemasan untuk bekas Menteri Kewangan itu menonjolkan dirinya sebagai hero
Ku Li kini tidak perlu lagi mengharapkan sesiapa yang lain untuk melakukan apa yang didesaknya itu, sebaliknya beliau sendiri mesti memulakannya
Oleh kerana kedudukan majoriti PN di Parlimen hanya ada dua undi, Ku Li kini perlu mencari tiga atau empat Ahli Parlimen untuk bersamanya mengumumkan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin
Tindakan menarik sokongan itu akan segera membuatkan PN tumbang dan Muhyiddin tiada pilihan lain selain terpaksa membubarkan Parlimen untuk diadakan pilihanraya semula
Melalui pilihanraya semula di mana Najib tidak boleh bertanding dan Zahid Hamidi masih berdepan 87 kes mahkamah yang belum selesai, Ku Li sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO secara automatik berada di senarai paling atas sebagai calon Perdana Menteri
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan mungkin belum sesuai dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kerana tiada pengalaman pentadbiran di peringkat persekutuan
Lebih daripada itu, tindakan berani Ku Li menarik sokongan terhadap Muhyiddin sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan sudah tentu akan membuatkan namanya dijulang dan disanjung tinggi oleh seluruh warga UMNO
Oleh itu, apabila UMNO berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam PRU awal yang diadakan, Ku Li dengan sendirinya akan dianggap sebagai hero dan penyelamat kepada UMNO serta paling sesuai menjadi Perdana Menteri
Kemudian, dalam usianya sekarang, setelah menjadi Perdana Menteri untuk setahun dua atau sehingga PRU seterusnya, beliau masih mempunyai masa untuk menyusun dan melatih pemimpin pelapis untuk menggantikannya
PRU awal juga adalah detik terbaik melemaskan kedudukan Bersatu, malah Muhyiddin sendiri di Pagoh dengan beribu-ribu ahli Bersatu keluar parti, turut sukar untuk mengekalkan kemenangannya
Kalau kedudukan Muhyiddin pun belum tentu, nasib Hamzah Zainuddin, Azmin Ali dan lain-lain daripada Bersatu lagilah lebih gelap jadinya
Maka, ayuhlah Ku Li…jangan dilepaskan keemasan yang sedang terbentang sekarang ini!! (Shahbudindotcom 31/08/2020)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/peluang-terbentang-untuk-kuli-muncul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Berwibawa Umno Hanya Muncul Selepas Pemilihan 2021

Pemimpin Berwibawa Umno Hanya Muncul Selepas Pemilihan 2021

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 493 hits
Menurut Khairy Jamaluddin tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin UMNO mahupun PAS untuk dijadikan calon Perdana Menteri buat masa ini Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu berkata berdasarkan kewibawaan ia hanya dimiliki ol...
Umno Sang Gajah Dan Gembala Yang Sakit

Umno Sang Gajah Dan Gembala Yang Sakit

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 279 hits
ULASANKEKALAHAN dan kehilangan kerajaan pada 10 Mei 2018 memberi kesan besar kepada Umno BN Kekalahan itu seolah olah menjadi parti Melayu itu terhuyung hayang dan masih berputar kepeningan sampai kini Begitulah orang tidak pernah mengalami...
Four Parties Joining Pn Revealed Zahid Says Umno Will Stick With Bn Logo

Four Parties Joining Pn Revealed Zahid Says Umno Will Stick With Bn Logo

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 391 hits
SLIM POLLS Four of the five parties that have formally registered to join the Perikatan Nasional coalition have been revealed to be MIC STAR Bersatu and PAS Umno president Ahmad Zahid Hamidi disclosed this during an event in Slim River wher...
Umno Akan Pertahan Semua Kerusi Yang Dimenangi Pru Lalu Zahid

Umno Akan Pertahan Semua Kerusi Yang Dimenangi Pru Lalu Zahid

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 374 hits
UMNO akan mempertahankan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh parti itu dalam pilihan raya yang lalu Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai pendiria...
Gugur Talak Ke Pemimpin Pas Kerjasama Dengan Umno

Gugur Talak Ke Pemimpin Pas Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 257 hits
Nyamuk Menggigit Tulisan ambo ini mengambil kira apa yang didakwa oleh Datuk Takiyuddin bahawa usaha penyatuan Umno dan PAS telah beliau usahakan dari dari 2015 atas arahan Hj Hadi Beberapa persoalan yang melibatkan hukum hakam yang melibat...
Umno Perlu Terima Realiti Politik

Umno Perlu Terima Realiti Politik

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 316 hits
Beberapa hari ini penyokong UMNO dan Muafakat Nasional melahirkan kritikan keras kepada kepimpinan UMNO dan Pas kerana dikatakan bertindak secara bertentangan dengan semangat kerjasama itu Kritikan itu berpunca kepada dua isu iaitu jemputan...
Umno Man Debunks Pas Officials Attempts To Defend Khairuddin

Umno Man Debunks Pas Officials Attempts To Defend Khairuddin

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 272 hits
Umno supreme council member Mohd Puad Zarkashi took aim at two PAS figures who attempted to defend cabinet minister Mohd Khairuddin Aman Razali who triggered a public outcry over his quarantine gaffe Khairuddin was fined RM1 000 for breachi...
Nepotisme Umno Gesa Timbalan Menteri Bersatu Letak Jawatan

Nepotisme Umno Gesa Timbalan Menteri Bersatu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 289 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz meletakkan jawatan susulan tular surat sokongan bagi memohon anaknya dilantik dalam syarikat berkaitan kerajaan Dalam surat yang dituj...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri