Nepotisme Umno Gesa Timbalan Menteri Bersatu Letak Jawatan



Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz meletakkan jawatan susulan tular surat sokongan bagi memohon anaknya dilantik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Dalam surat yang ditujukan kepada Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob itu, Ikmal memohon agar anaknya, Ikmal Hazlan – yang juga exco Pemuda Umno- dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga Berhad.
“Dalam isu ni yang bersalah adalah bapaknya. Dengan kedudukan yang ada telah menyalahgunakannya untuk kepentingan keluarga.
“Adalah wajar timbalan menteri tersebut meletakkan jawatan dan berundur terus dari politik. Bukan sekali menyakitkan dan menyusahkan kami jentera yang berjuang bagai nak gila demi rakyat.
“Letak jawatan Datuk Seri Ikmal Hisham, Timbalan Menteri Pertahanan. (Bersatu),” tulis Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo di Facebook.
Untuk rekod, Ikmal Hisham yang merupakan anggota parlimen Tanah Merah mengumumkan keluar Umno pada 2018 selepas parti itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 dan kemudiannya menyertai Bersatu.
Bagaimanapun, anaknya, Ikmal Hazlan kekal besama Umno.
Ulas Azri, isu mengenai surat sokongan itu merupakan isu integriti yang serius dan akan menjauhkan lagi sokongan golongan muda kepada kerajaan sekarang.
Terdahulu, surat tersebut mengandungi nota sokongan yang ditulis Ismail kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang mengatakan dia bersetuju cadangan itu.
Ismail mengesahkan nota ‘saya setuju’ pada surat itu merupakan tulisan tangannya, dan sokongan itu dibuat kerana pengalaman Ikmal Hazlan dalam perniagaan dan politik.
Bagaimanapun, kerana bimbang timbulnya isu nepotisme, Ismail berkata dia tidak membuat langkah susulan bagi melantik Hazlan.
Ismail juga dilapor mengatakan surat sokongan tidak menjamin seseorang individu mendapat jawatan dalam mana-mana organisasi.
LTAT melalui Boustead Holdings merupakan pemegang saham utama dalam Pharmaniaga Bhd.
‘Batalkan hasrat lantik anak’
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan menyifatkan surat sokongan tersebut sebagai tidak wajar dan timbalan menteri terbabit perlu membatalkan hasratnya.
“Kalau surat tu betul memang tak wajar. No justification (tak perlu penjelasan) untuk surat-surat macam ni apatah lagi dengan pertalian keluarga.
“Kalau sahih la benda ni, elok dia batalkan hasrat atau kalau dah dilantik, resign (letak jawatan),” ciapnya di Twitter.
Kalau surat tu betul memang tak wajar. No justification untuk surat-surat macam ni apatah lagi dengan pertalian keluarga. Kalau sahih la benda ni, elok dia batalkan hasrat atau kalau dah dilantik, resign. https://t.co/6U3hrByOgZ
— Shahril Hamdan (@ShahrilHamdan) August 21, 2020
Mengulas lanjut, Shahril berkata selepas ini, mana-mana ahli politik tidak perlu dilantik memegang jawtaan GLC meskipun berkelayakan kerana rakyat tidak suka perkara tersebut berlaku.
“Seelok-eloknya, lepas ni tak perlulah ahli politik pegang jawatan GLC. Kalaupun rasa diri memang layak sebab selain politik, hebat korporat kah, profesional kah, itu pun fikir 100 kali dulu.
“Rakyat memang tak suka,” ciapnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29343

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Menteri Umno Wajar Letak Jawatan Ku Li

Semua Menteri Umno Wajar Letak Jawatan Ku Li

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 437 hits
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyeru semua pemimpin Umno yang menjadi menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional menarik diri daripada kerajaan Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tindakan Bers...
Yang Perlu Letak Jawatan Ialah Ku Li Bukannya Menteri Umno Di Pn

Yang Perlu Letak Jawatan Ialah Ku Li Bukannya Menteri Umno Di Pn

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 316 hits
Tetapi kalau 2 x 5 terus kekal Pandi lepas jawatan Pengerusi Disiplin apabila Zahid campur tangan
Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 322 hits
Saya berada di dalam Dewan Rakyat pada 18hb Ogos 2020 ketika Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok mendedahkan bahawa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah datang ke Parlimen pada 13 Julai 2020...
Ku Li Gesa Menteri Umno Keluar Dari Kabinet

Ku Li Gesa Menteri Umno Keluar Dari Kabinet

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 262 hits
Pemimpin Umno yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional wajar menarik diri daripada kerajaan menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah Ahli politik veteran itu berkata ini kerana tindakan Bersatu membuka keanggotaan...
Timbalan Menteri Pertahanan Akui Keluarkan Surat Minta Jawatan Lembaga Pengarah Untuk Anak

Timbalan Menteri Pertahanan Akui Keluarkan Surat Minta Jawatan Lembaga Pengarah Untuk Anak

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 496 hits
Baru baru ini tersebar pula satu surat yang menyatakan cadangan permohonan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pharmaniaga membabitkan anak kepada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz Bagaimanapun timbalan m...
Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 819 hits
Adakah Timb Presiden Pas yang juga Menteri Mewa ini faham apa kepentingan dan beza tugas pemandu lori sayur yang membekalkan makanan dan pilot kapalterbang berbanding dengan seorang menteri yang ke luar negara untuk bercuti dan makan angin ...
Seret Menteri Pas Ke Mahkamah Atau Letak Jawatan

Seret Menteri Pas Ke Mahkamah Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 373 hits
FAZLI RADZI Menteri Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu diheret ke mahkamah atau meletak jawatan ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard kuarantin wajib Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin berkata n...
Menteri Tebuk Atap Perlu Letak Jawatan

Menteri Tebuk Atap Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 258 hits
Via WhatsApp Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah dengan sengaja melanggar arahan kuarantin selama 14 hari yang sepatutnya dibuat oleh beliau apabila pulang dari luar negara Namun beliau telah ...
Mahathir Kata Dia Tak Pernah Letak Jawatan Korang Layan Jer Okey

Mahathir Kata Dia Tak Pernah Letak Jawatan Korang Layan Jer Okey

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 405 hits
Kalau semalam dia minta dipujuk supaya jangan letak jawatan Kita kena layanKalau esok dia pujuk lagi supaya bergabung semua Kita kena layan Kalau lusa dia kata melayu tercorot melayu pemalas melayu jangan iri hati melayu melayu meee laa yuu...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam