Umno Perlu Terima Realiti Politik


Beberapa hari ini penyokong UMNO dan Muafakat Nasional (MN) melahirkan kritikan keras kepada kepimpinan UMNO dan Pas kerana dikatakan bertindak secara bertentangan dengan semangat kerjasama itu.
Kritikan itu berpunca kepada dua isu iaitu jemputan kepada Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional dan penyertaan Pas sebagai Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional.
Kemarahan sebahagian penyokong UMNO kepada Bersatu yang dianggap menjadi pengkhianat dalam menjatuhkan kerajaan BN dan pendakwaan bersifat politik, masih belum reda.
Kumpulan itu berpandangan UMNO dan Pas tidak harus mengadakan apa-apa kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka turut menyerang Pas kerana dianggap mengkhianati Piagam Muafakat Nasional.
Pemimpin UMNO wajar berasa bimbang kerana berdasarkan tinjauan di media sosial, kumpulan itu mempunyai jumlah yang agak signifikan dan boleh menjejaskan kestabilan parti jika tidak diurus dengan baik.
Pada hemat saya UMNO hari ini berhadapan masalah komunikasi dengan ahli dan rakyat. Kadangkala pemimpinnya bercakap tidak selaras dengan hala tuju politik yang sedang mereka usahakan.
Ini menyebabkan timbul pelbagai salah faham dalam kalangan ahli dan penyokong.
Jarang sekali kita melihat parti terbesar ini mengadakan sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT). Keputusan penting MKT seperti bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa MN untuk menjemput Bersatu tidak dimaklumkan secara telus kepada umum.
Komunikasi Ini menimbulkan salah tanggapan bahawa ia dilakukan secara sulit dan diputuskan oleh Presiden parti sahaja. Justeru, adalah penting proses komunikasi kepimpinan UMNO dan rakyat harus dibuat dengan lebih baik.
Realiti politik yang perlu disedari oleh penyokong UMNO ialah BN telah kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Walaupun UMNO beranggapan kekalahan itu kerana manifesto palsu dan fitnah, namun realitinya parti itu telah mengalami kemerosotan sokongan sejak 2008.
Benar BN kembali popular dalam enam PRK lepas. Namun harus diingat sebahagian populariti itu diraih kerana kemarahan orang Melayu kepada DAP dan Pakatan Harapan, bukannya kerana UMNO menampilkan pilihan yang terbaik.
Hari ini, senario politik negara telah berubah. Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, pembentukan kerajaan Perikatan Nasional dan penularan pandemik Covid-19 telah mewujudkan landskap baharu politik negara.
Jika dulu orang Melayu hanya meletak harapan kepada UMNO dan Pas, kini mereka juga agak yakin dengan kepimpinan Muhyiddin.
Justeru, pengundi mempunyai pilihan selain BN, iaitu Muhyiddin yang dilihat hero dalam perang menentang Covid-19. Dan perlu diingat Muhyiddin juga kini mempunyai sokongan Pas.
Dalam keadaan ini, penyokong UMNO perlu menerima hakikat bahawa jika mahu kekal relevan, mereka harus merendahkan ego dan mempunyai kebijaksanaan politik agar tidak dikambinghitamkan sebagai penentang agenda ummah.
Pengundi khususnya orang Melayu di luar sana mahu melihat UMNO ikhlas dalam usaha memperjuangkan kepentingan rakyat.
Andaian negatif sebelum berunding dan membuat keputusan bukanlah cara politik bijak. Bincang semua permintaan, jika tiada jalan penyelesaian boleh sahaja BN bertanding sendiri nanti.
Penyokong parti politik perlu memahami bahawa kesetiaan kepada parti memerlukan pengorbanan ego. Kesetiaan bukan jalan untuk meraih sanjungan dan hak membangga diri.
Sebaliknya ia memerlukan pengorbanan ego dalam memastikan parti mendapat sokongan majoriti pengundi di luar sana. Pengorbanan kedudukan dan pandangan peribadi juga penting untuk memastikan parti kembali diterima rakyat.
*Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
The post UMNO perlu terima realiti politik appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/23/umno-perlu-terima-realiti-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyelami Realiti Apa Kebaikan Penubuhan Pn Kepada Umno Dan Bn

Menyelami Realiti Apa Kebaikan Penubuhan Pn Kepada Umno Dan Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 236 hits
1 Ia akan memaksa UMNO keluar dari zon selesa dan menyedari realiti politik semasa bahawa kita harus membina kekuatan sendiri bukan bergantung kepada parti lain 2 Memberi kefahaman kepada pemimpin dan penyokong UMNO bahawa Muafakat Nasional...
Terima Proyek Kominfo Rp10 83 M Untuk Melatih Influencer Aktivis Politik Kpk Harus Periksa Yosi Project Pop

Terima Proyek Kominfo Rp10 83 M Untuk Melatih Influencer Aktivis Politik Kpk Harus Periksa Yosi Project Pop

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 275 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi harus memeriksa Yosi Mokalu atau Yosi Project Pop yang telah mendapat proyek Rp10 3 miliar dari Kominfo untuk melatih influencer KPK harus periksa Yosi Project Pop yang mendapat proyek Rp10 3 miliar dari Kominfo...
Penganalisis Politik 80 Kerusi Parlimen Dalam Genggaman Umno Barisan Nasional Sekiranya Pru 15 Di Adakan Sekarang

Penganalisis Politik 80 Kerusi Parlimen Dalam Genggaman Umno Barisan Nasional Sekiranya Pru 15 Di Adakan Sekarang

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 502 hits
UMNO bersama sama parti komponen dalam Barisan Nasional kini berada di dalam landasan terbaik umtuk menghadapi PRU 15 Kajian terkini mendapati sekiranya PRU 15 diadakan sekarang atau dalam tempoh yang terdekat ini UMNO Barisan Nasional dija...
Hakim Dakwa Salah Laku Kehakiman Terima Surat Tunjuk Sebab

Hakim Dakwa Salah Laku Kehakiman Terima Surat Tunjuk Sebab

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 306 hits
Seorang hakim kanan yang mendakwa berlaku salah laku dalam kehakiman menerima surat tunjuk sebab Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer membuat dakwaan berkenaan dalam afidavitnya pada Februari tahun lalu mendorong kerajaan PH ketika...
Dayini Tak Boleh Terima Dia Dah Ada Adik Isteri Aman Graseka Tak Halang Telefon Digodam

Dayini Tak Boleh Terima Dia Dah Ada Adik Isteri Aman Graseka Tak Halang Telefon Digodam

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 502 hits
Saya suruh Aman supaya hubungi anaknya tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burukkan saya dan adiknya yang kini berusia setahun Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa Malah semasa neneknya meninggal pun mereka...
Bersatu Harus Bersetuju Terima Bilangan Kerusi Yang Lebih Kecil Nur Jazlan

Bersatu Harus Bersetuju Terima Bilangan Kerusi Yang Lebih Kecil Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 324 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia diingatkan supaya lebih matang dalam menuntut pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 15 selepas parti itu menyertai Muafakat Nasional Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Bersat...
505 Agropreneur Muda Di Sabah Terima Geran Rm7 23 Juta

505 Agropreneur Muda Di Sabah Terima Geran Rm7 23 Juta

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 371 hits
KOTA KINABALU 15 Ogos Seramai 505 orang Agropreneur Muda telah menerima bantuan geran berjumlah RM7 23 juta menerusi Geran Agropreneur Muda antara 1 Jan 2016 hingga 31 Mei lepas kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk ...
Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

Sambut Hari Jadi Ke 40 Song Jihyo Ucap Terima Kasih Atas Ingatan Peminat

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 465 hits
Diam tak diam pelakon dan ahli Running Man popular iaitu Song Ji hyo menyambut hari jadi yang ke 40 hari ini Nampaknya wanita itu menerima penghargaan ramai apabila dia menerima ucapan kasih sayang yang banyak menerusi penghantaran hadiah k...
Perkongsian Pa21 Terima Kasih Ppd Kemaman

Perkongsian Pa21 Terima Kasih Ppd Kemaman

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 435 hits
Alhamdulillah selesai sudah misi perkongsian di Kemaman untuk kali ini Jutaan terima kasih yg tak terhingga buat PPD Kemaman terutamanya SI Partner Pn Hajjah atas kepercayaan untuk saya berkongsi sedikit pengalaman amalan PA21 dalam kelas d...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation