Pemimpin Berwibawa Umno Hanya Muncul Selepas Pemilihan 2021



Menurut Khairy Jamaluddin, tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin UMNO mahupun PAS untuk dijadikan calon Perdana Menteri buat masa ini
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, berdasarkan kewibawaan, ia hanya dimiliki oleh Perdana Menteri sedia ada, Muhyiddin Yassin
“Kalau kita tengok daripada segi penerimaan rakyat, telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidik yang mengakui kewibawaan Muhyiddin dan itu adalah hakikatnya,” ujar Ahli Parlimen Rembau dan bekas Ketua Pemuda UMNO itu lagi
Apa maksud kata-kata KJ ini
Rasanya tidak sukar memahami apa yang cuba diperkatakan KJ berkenaan tiada wibawanya pemimpin UMNO dan Pas yang mampu mengatasi kewibawaan Muhyiddin buat masa ini
Untuk menjadi Perdana Menteri, ia biasanya mestilah datang daripada mereka yang memegang jawatan utama dalam parti
Apabila KJ mengatakan tiada yang berwibawa daripada UMNO untuk menjadi Perdana Menteri, bermakna Presiden UMNO, Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan; Naib-Naib Presiden UNNO, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid serta Khaled Nordin dan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, semuanya tidak layak untuk menggantikan Muhyiddin
Zahid mungkin dianggap sudah hilang wibawa kerana sedang berdepan banyak kes mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram sekarang ini
Mohamad Hassan barangkali tidak dilihat berwibawa untuk menjadi Perdana Menteri kerana hanya pernah menjadi pemimpin negeri dan tidak pernah ada pengalaman sekelumit pun dalam pentadbiran di peringkat Pusat
Tak tahulah jika Mohamad Hassan turut dianggap tidak berwibawa kerana pernah mengatakan beliau akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU akan datang dan mencadangkan KJ mungkin akan dipindahkan ke kawasan yang lain
Ku Li pula mungkin kerana usianya yang sudah lebih 80 tahun ditafsirkan tidak lagi berwibawa dan tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri dalam era sekarang ini
Begitu juga dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang ada, oleh kerana mereka macam biasa-biasa dan lebih kurang seperti Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi saja serta tiada watak Hang Tuah atau Hang Jebat, mereka juga dianggap tiada wibawa pada pandangan KJ untuk menduduki kerusi Perdana Menteri
Hal yang sama juga kepada pemimpin Pas, terutamanya Presidennya, Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, pada tanggapan KJ semuanya tiada kewibawaan untuk menandingi Muhyiddin bagi menduduki kerusi Perdana Menteri
Habis, siapa yang berwibawa untuk jadi Perdana Menteri, khususnya daripada UMNO
Adakah kenyataan KJ itu bermaksud bahawa biarlah Muhyiddin kekal lagi sebagai Perdana Menteri selepas PRU awal yang mungkin diadakan dalam waktu terdekat ini, tidak kira jika Bersatu memiliki jumlah kerusi Parlimen yang paling sedikit sekali pun, dan selepas itu dalam pemilihan UMNO tahun 2021 akan datang, beliau akan mencuba sekali lagi untuk bertanding jawatan Presiden UMNO setelah tewas kepada Zahid Hamidi dalam pemilihan 2018 yang lalu
Oleh kerana sudah melambung Muhyiddin sebagai paling berwibawa untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan kiranya itu menjadi kenyataan, Muhyiddin sudah tentu ada rasa terhutang budi kepada menantu Tun Abdullah Badawi itu, lalu tidak mustahil akan memberikannya suatu kementerian yang lebih kanan untuk diterajui selepas ini yang membolehkannya lebih selesa memenangi jawatan Presiden UMNO
Adakah jika setelah KJ menjadi Presiden UMNO selepas pemilihan tahun 2021 akan datang, soal kewibawaan pemimpin UMNO untuk menduduki kerusi Perdana Menteri tidak berbangkit lagi
 (Shahbudindotcom 06/09/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/pemimpin-berwibawa-umno-hanya-muncul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbanding Pas Dan Bersatu Ramai Pemimpin Umno Layak Sebagai Pm

Berbanding Pas Dan Bersatu Ramai Pemimpin Umno Layak Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 491 hits
Sebab itulah juga TPM tidak layak diberi kepada UMNO kerana majoriti layak PM sahaja Ku li Zahid Annuar Musa mat hassan Khaled Nordin Bung mokhtar Nazri Kunan juga antara nama yg boleh Standard PM yg macamana Muhyiddin Najib Paklah Ramai ya...
Siasatan Seleweng Dana Oku Sprm Tahan Pemimpin Umno

Siasatan Seleweng Dana Oku Sprm Tahan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 476 hits
Diterbitkan Hari ini 4 00 pmSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan seorang timbalan ketua bahagian Umno di Perak berhubung dakwaan menyeleweng dana hampir RM800 000 milik sebuah persatuan orang kelainan upaya Lelaki itu merupa...
Peluang Terbentang Untuk Kuli Muncul Hero Umno

Peluang Terbentang Untuk Kuli Muncul Hero Umno

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 319 hits
Walaupun desakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah agar pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan segera meletakkan jawatan langsung tidak mendapat sambutan ketika ini ia tidak bermakna kedudukan Muhyiddin Yassin akan s...
Selepas Menang Di Slim Umno Jangan Berlengah Lagi Tarik Sokongan Untuk Jatuhkan Muhyiddin

Selepas Menang Di Slim Umno Jangan Berlengah Lagi Tarik Sokongan Untuk Jatuhkan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 345 hits
Bukanlah suatu rahsia lagi bahawa UMNO rakan Muhyiddin Yassin dalam kerajaan PN sendiri begitu inginkan PRU awal diadakan dengan segera Kalau boleh UMNO malah mahukan PRU awal diadakan sebelum tirai 2020 ini dilabuhkan Keinginan UMNO terhad...
Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

Selepas Dicemoh Di Slim Umno Pas Pula Tidak Akan Bagi Kerusi Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 454 hits
BORHAN AHMAD Selepas ahlinya dicemoh dalam siri kempen pilihan raya kecil Slim tekanan kepada Bersatu khasnya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kuat dari Umno termasuk tidak akan memberikan kerusi yang dituntut Bersatu Umno sudah be...
Pemimpin Bersatu Berang Serangan Berterusan Pemimpin Umno

Pemimpin Bersatu Berang Serangan Berterusan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 447 hits
Pemimpin pusat Bersatu Rais Hussin menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap serangan berterusan pemimpin Umno terhadap partinya Kamu serang Bersatu tanpa henti Kamu patut hargai bahawa Bersatu yang membolehkan Umno kembali mendapat kuas...
Pemimpin Umno Disyaki Seleweng Dana Oku Ditahan Sprm

Pemimpin Umno Disyaki Seleweng Dana Oku Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 331 hits
IPOH Seorang Timbalan Ketua UMNO bahagian di Perak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes menyeleweng dana sebuah persatuan orang kurang upaya pada 3 September lalu Lelaki berusia 61 tahun yang merupakan a...
Muhyiddin Terus Dikritik Oleh Pemimpin Umno

Muhyiddin Terus Dikritik Oleh Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 370 hits
Pemimpin Umno terus menerus mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Terbaru Timbalan Pengerusi BN Johor NUrjazlan Mohamad menggesa supaya berhenti ke sana ke sini bagi meraih sokongan ahli ahli Parlimen sebelum menjelang perbentangan be...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Percutian Ke Batam Indonesia

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hujung Hujung Hamil Terlebih Rajin Kemas Rumah Naluri Nesting Petanda Hampir Bersalin

Fakta Yang Ibu Ayah Wajib Tahu Bayi Sebenarnya Tak Ada Air Mata

Susu Kambing Sesuai Atau Tidak Untuk Gerd Batu Hempedu

Say Hello To Do Drama Malaysia S First Vertical Short Drama App

Makan Nasi Beriani Buluh Ayam Masak Merah Kat Restoran Nasi Beriani Buluh

Lancarkan Semua Yang Sedang Aku Usahakan Tuhan Aku Hidup Bukan Untuk Diriku Sendiri