Pelopor Gabungan Besar Pembangkang Dicabar Namakan Pengganti Anwar



(Malaysiakini) – Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Ahmad Syukri Razab mencabar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan “obses” dengan idea gabungan besar pembangkang untuk menamakan calon selain Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Katanya, mereka yang menyokong idea itu membayangkan PKR perlu mengalah dan mengetepikan kepentingan parti demi pembentukan gabungan berkenaan, dan hal itu, kata Syukri, mungkin termasuk juga cita-cita PKR untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.
“Adalah teramat salah dan sangat tidak bertanggungjawab jika ada kepimpinan PH yang mengatakan cita-cita untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri itu sebagai kepentingan peribadi PKR.
“Walhal perkara ini telah diputuskan secara bersama sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
“Jika ada pemimpin PH yang merasakan persefahaman ini perlu disemak semula, maka mereka perlu mengemukakan nama lain secara berani dan berterus-terang. Janganlah sekadar membaling batu dan sembunyi tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kredibiliti Anwar untuk terus mengetuai gabungan PH semakin tercalar ekoran kegagalannya membuktikan dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.
Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini menggesa satu anjakan politik semula dilakukan bagi menyatukan pihak pembangkang, yang kemudian tidak disenangi pemimpin PKR.
Beberapa tokoh PH yang lain turut mengangkat idea gabungan besar pembangkang.
Anwar sebelum ini berkata Majlis Presiden PH akan berbincang hal itu, meskipun tarikh mesyuaratnya masih belum ditetapkan buat masa ini.
Syukri mempersoalkan idea gabungan besar itu dalam keadaan Dr Mahathir Mohamad masih menolak kepemimpinan Anwar dan disifatkan pernah membelakangkan semangat persepakatan PH ketika berkuasa dahulu.
“Tanpa segan silu ada yang menyebut ‘manifesto bukan kitab suci’ yang menyebabkan rakyat meremehkan keseriusan PH dalam menunaikan janji.
“ […] Mahathir memberi posisi kepada Azmin Ali dan gerombolannya walaupun PKR tidak pernah mencadangkan nama mereka untuk diangkat sebagai Menteri. Akhirnya merekalah yang mendalangi pengkhianatan terhadap PH.
“Lalu apa sebenarnya formula ‘grand coalition’ yang dicadangkan mereka ini?” soalnya lagi.
“Nasihat saya kepada mereka-mereka yang terlalu ghairah dengan idea ‘grand coalition’ ini agar segeralah bermuhasabah diri kerana kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan sudah terlalu bernada ‘Tun M’.
“Atau mereka-mereka ini sememangnya sudah buta hati selepas disogok dengan jawatan menteri, senator dan GLC sepanjang 22 bulan PH menjadi kerajaan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/26/pelopor-gabungan-besar-pembangkang-dicabar-namakan-pengganti-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk S Gor Terbuka Idea Gabungan Besar Pembangkang Tapi Tolak Dr M

Amk S Gor Terbuka Idea Gabungan Besar Pembangkang Tapi Tolak Dr M

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 212 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 2 00 pmPemuda PKR Selangor terbuka dengan cadangan kerjasama gabungan besar di kalangan parti pembangkang tetapi menolak penglibatan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Ketua penerangannya Mohd Kha...
Gabungan Besar Pembangkang Pula

Gabungan Besar Pembangkang Pula

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 332 hits
AMANAH menyeru semua komponen blok pembangkang untuk mencapai kata sepakat dalam membentuk gabungan besar pembangkang Timbalan Presidennya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata semua parti terbabit termasuk Pakatan Harapan Pejuang Warisan Part...
Membesarkan Ph Lebih Penting Daripada Gabungan Besar Parti Kecil Mesti Terima Kepimpinan Anwar

Membesarkan Ph Lebih Penting Daripada Gabungan Besar Parti Kecil Mesti Terima Kepimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 268 hits
Melontarkan idea pembentukan gabungan besar pembangkang pada hakikatnya bukanlah suatu kesalahan malah cukup baik dalam usaha PH mengejar cita cita untuk menjadi kerajaan semula Ini kerana politik ialah permainan nombor dan bagi tujuan itu ...
Gabungan Besar Kekalkan Anwar Pengerusi Ph Salahuddin Ayub

Gabungan Besar Kekalkan Anwar Pengerusi Ph Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 325 hits
Gabungan Besar atau Grand Coalition yang dicadangkan dibentuk mengumpulkan parti parti pembangkang tidak akan mengetepikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Presiden Amanah Datuk Salahuddin Ayub berkata Gabungan Besar yang...
Desakan Pembangkang Mahu Anwar Berundur Makin Lantang

Desakan Pembangkang Mahu Anwar Berundur Makin Lantang

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 205 hits
KOTA KINABALU Pakatan Harapan semakin bergolak dengan pemimpin pembangkang semakin lantang menggesa Anwar Ibrahim untuk berundur demi kebaikan gabungan itu Ketua Pemuda DAP Sabah Phoong Jin Zhe berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk men...
Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 256 hits
Bulan lalu Setiausaha Agung BN Annuar Musa melontarkan idea perlunya diwujudkan grand coalition yang melibatkan parti parti yang menolak Pakatan Harapan atau PH Katanya sudah terlalu lama politik negara ini berlegar di sekeliling dua atau t...
Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

Ahli Parlimen Paya Besar Nafi Tandatangan Sd Sokong Anwar Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 514 hits
nbsp KUALA LUMPUR Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah menafikan ada menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ahli Parlimen UMNO Paya Besar itu menegaskan beliau sen...
Penyatuan Rakyat Atasi Kemiskinan Agenda Besar Politik Negara Anwar

Penyatuan Rakyat Atasi Kemiskinan Agenda Besar Politik Negara Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 203 hits
Agenda menyatukan berbilang kaum di Malaysia melawan korupsi dan membasmi kemiskinan seharusnya menjadi agenda paling besar ahli ahli politik Malaysia Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyatuan tidak wajar hanya terhad kep...
Mahathir Cabar Anwar Ketepikan Saya Dari Pembangkang Bersedialah Untuk Hilang Undi Melayu

Mahathir Cabar Anwar Ketepikan Saya Dari Pembangkang Bersedialah Untuk Hilang Undi Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 247 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pakatan Harapan tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya Menurut Mahathir penglibatannya ketika berada bersa...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu