Peletakan Jawatan Menteri Antara Keputusan Peribadi Parti Dan Negara




Amin Ahmad. 




Baru berpeluang menulis setelah selesai beberapa urusan sejak pagi tadi. Sudah tentu untuk mengulas tentang berita peletakan jawatan sdr Rafizi Ramli dan sdr Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jawatan Menteri. 


Ia bukan satu keputusan mengejut kerana sdr Rafizi telah menyebutkannya dalam kempen beliau. Namun, tetap berita penting kerana jarang sekali ia berlaku. 


Meskipun PM telah berulang-kali menyebutkan bahawa pemilihan parti tidak ada kena mengena dengan kabinet kerajaan, namun peletakan jawatan adalah pilihan peribadi. 


Jika ditanya, saya sendiri akan mengatakan tidak setuju dengan peletakan jawatan. 


Saya boleh memahami pandangan sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi yang mengaitkan kedudukan kanan dalam parti sebagai asas pelantikan ke kabinet. Namun, bagi saya ia tidak cukup kuat. 


Benar, jawatan dalam parti memberi pemberat tertentu untuk pelantikan ke kabinet. Walaupun begitu, ia bukanlah pemberat tunggal. 


Pertama sekali, prerogatif pelantikan ke kabinet adalah hak Perdana Menteri (PM). Sudah tentu kebiasaannya seorang PM akan mengambil kira kedudukan dalam parti juga. Jika kerajaan dibentuk seperti sekarang, di mana melibatkan beberapa parti, cadangan akan dimohon daripada parti-parti terlibat dan lazim juga parti-parti ini akan mencadangkan sejumlah nama mengikut kekananan dalam parti. 


Bagaimanapun, jangan dilupa bahawa terlebih dahulu PM lazimnya membuat pelantikan daripada kalangan ahli Parlimen terlebih dahulu, dan membuat beberapa pelantikan ke jawatan senator bagi mereka yang tidak menjadi ahli Parlimen. 


Ya, bukan semua pemimpin parti yang kanan bernasib baik dalam pilihan raya. Meskipun di atas kertas peluang menang 50-50, bukan semua pemimpin kanan atau pemimpin yang bagus bertanding di kerusi selamat atau kerusi mudah menang. 


Dalam kes ini, sebahagian pelantikan dibuat bukan berdasarkan menang pilihan raya. Malah ada yang dilantik tidak bertanding sama sekali. 


Berbeza dengan ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Rakyat tidak semestinya memenangkan pemimpin kanan sesebuah parti. 


Bagi saya, sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi telah dilantik sebagai Menteri berdasarkan merit bukan hanya kerana kedudukan mereka di dalam parti, tetapi juga kerana mereka dipilih oleh rakyat dalam PRU-15. Oleh kerana itu, meletakkan jawatan hanya kerana kalah pemilihan parti bagi saya bukan sebab yang cukup kuat. 


Bayangkan dalam kerajaan semasa yang berbilang parti. Jika setiap parti mengalami perubahan pimpinan dalam pemilihan masing-masing yang lazim berlaku 3-4 tahun sekali, apakah PM perlu setiap kali melakukan rombakan kabinet? 


Adakah selepas ini mungkin timbul pula tanggapan seorang wakil rakyat DUN atau Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu meletak jawatan mereka hanya kerana kalah pemilihan parti di peringkat bahagian/cabang/kawasan masing-masing?


Saya percaya ada garis halus yang memisahkan pendirian peribadi, parti dan negara. Terpulang kepada masing-masing untuk menilai dan membuat keputusan. 


Apapun, sekalung penghargaan kepada sdr Rafizi dan sdr Nik Nazmi atas khidmat yang telah diberikan di kementerian masing-masing. Kalian berdua masih ahli Parlimen dan dalam tempoh berbaki penggal ini masih mempunyai peranan legislatif untuk memastikan undang-undang negara dan dasar kerajaan berada di landasan terbaik untuk manfaat semua.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/peletakan-jawatan-menteri-antara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri

Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025 Bermula dari hari ini beliau ...
Kenyataan Media 28 Mei 2025 Peletakan Jawatan Sebagai Ahli Jemaah Menteri

Kenyataan Media 28 Mei 2025 Peletakan Jawatan Sebagai Ahli Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 174 hits
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kepada Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025 Sejak dilantik ...
Keputusan Ini Bukan Mudah Tengku Zafrul Umum Letak Jawatan Dalam Umno Umum Hasrat Sertai Pkr

Keputusan Ini Bukan Mudah Tengku Zafrul Umum Letak Jawatan Dalam Umno Umum Hasrat Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 127 hits
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengumumkan keputusan mengejutkan apabila menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat Dalam satu hantaran di Facebook Menteri Pelaburan Perdagangan ...
Permohonan Rujukan Perlembagaan Oleh Perdana Menteri Bukan Untuk Kekebalan Peribadi Agc

Permohonan Rujukan Perlembagaan Oleh Perdana Menteri Bukan Untuk Kekebalan Peribadi Agc

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 118 hits
Kuala Lumpur 1 Jun 2025 Jabatan Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa permohonan yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan bukanlah bertujuan untuk mendapatkan ke...
Selepas Pemilihan Pkr Umno Tak Tamak Jawatan Menteri Ahmad Zahid

Selepas Pemilihan Pkr Umno Tak Tamak Jawatan Menteri Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 118 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa partinya tidak tamak atau berebut untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan menteri sekiranya berlaku susulan pemilihan PKR baru baru ini Menurut Timbalan Perdana Menteri itu Umn...
Langgar Peraturan Parti Rafizi Dalam Bahaya Hilang Jawatan

Langgar Peraturan Parti Rafizi Dalam Bahaya Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 190 hits
Rafizi Ramli Didakwa Langgar Etika Kempen PKRTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah menghadapi aduan kerana didakwa melanggar peraturan dan etika kempen parti Aduan tersebut berkaitan dengan tindakan Rafizi mengeluarkan panduan pengundian...
Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 142 hits
Malaysiakini nbsp Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri berkuat kuasa 17 Jun ini iaitu kurang dua minggu dari sekarang Menurut Rafizi dia telah menyerahkan surat peletakan jawatan kep...
Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 165 hits
Malaysiakini nbsp Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan tiada keperluan untuk Rafizi Ramli keluar PKR atau melepaskan jawatan menteri selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan hujung mingg...
Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Mengenali Pembedahan Thyroidectomy Apa Yang Perlu Korang Tahu

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98