Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri




KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri.
Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025. Bermula dari hari ini, beliau akan menghabiskan baki cuti tahunan hingga 16 Jun 2025.
"Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
"Seperti mana amalan di negara-negara yang menitik berat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan," dalam kenyataan di Facebook.
Menurut Rafizi, beliau ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuhnya sepanjang berkhidmat.
"Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan," katanya
Rafizi berkata, beliau yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir beliau sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang membabitkan Kementerian Pendidikan.
Sehubungan itu, Rafizi berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang membabitkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun beliau tidak lagi berada dalam Jemaah Menteri.
"Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
"Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan," katanya.
Pada 10 Mei lalu, Rafizi menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR.
Rafizi berkata, walaupun berundur daripada Kabinet, tugas sebagai Ahli Parlimen Pandan akan tetap diteruskan dan ketika itu, beliau bebas untuk berbicara dalam apa saja perkara.
Pada Pemilihan PKR 2025 peringkat pusat pada 23 Mei, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar selepas memperoleh 3,866 undi berbanding Nurul Izzah 9,803 undi, dalam persaingan satu lawan satu bagi jawatan itu.
Media semalam melaporkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sudah memanggil barisan kepimpinan baharu parti itu untuk bermesyuarat dan menjalankan 'post-mortem' terhadap pemilihan parti serta membuat keputusan mengenai lantikan jawatan parti.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan antara agenda mesyuarat adalah perbincangan mengenai jawatan lantikan untuk Rafizi.
Antara jawatan lantikan dalam PKR, termasuk Setiausaha Agung dan beberapa jawatan Naib Presiden. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/rafizi-umum-sudah-hantar-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media 28 Mei 2025 Peletakan Jawatan Sebagai Ahli Jemaah Menteri

Kenyataan Media 28 Mei 2025 Peletakan Jawatan Sebagai Ahli Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 254 hits
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam kepada Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025 Sejak dilantik ...
Rafizi Beri Bayangan Akan Letak Jawatan Menteri Ekonomi

Rafizi Beri Bayangan Akan Letak Jawatan Menteri Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 142 hits
Rafizi dan Desmond Lee ketika majlis MoU mengenai JS SEZ di Johor Bahru pada 11 Januari 2024 Rafizi mungkin berundur sebagai Menteri Ekonomi tidak lama lagi KUALA LUMPUR 19 Mei Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi ...
Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 Saya bercuti bermula esok hingga ...
Peletakan Jawatan Menteri Antara Keputusan Peribadi Parti Dan Negara

Peletakan Jawatan Menteri Antara Keputusan Peribadi Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 179 hits
Amin Ahmad Baru berpeluang menulis setelah selesai beberapa urusan sejak pagi tadi Sudah tentu untuk mengulas tentang berita peletakan jawatan sdr Rafizi Ramli dan sdr Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jawatan Menteri Ia bukan satu keputusan men...
Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 199 hits
Malaysiakini nbsp Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan tiada keperluan untuk Rafizi Ramli keluar PKR atau melepaskan jawatan menteri selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan hujung mingg...
Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

Panas Rafizi Umum Letak Jawatan Akui Hilang Mandat Parti Lepas Kalah Pemilihan

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 208 hits
Malaysiakini nbsp Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri berkuat kuasa 17 Jun ini iaitu kurang dua minggu dari sekarang Menurut Rafizi dia telah menyerahkan surat peletakan jawatan kep...
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majikan Wanita Siram Air Panas Kepada Pekerja Perempuan Kerana Jalin Hubungan Romantik

Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil

Metmalaysia Issues Thunderstorm Warning For Multiple States

Mcis Life Ncsm Unveil Lungshield For Early Lung Cancer Detection