Kenyataan Media 28 Mei 2025 Peletakan Jawatan Sebagai Ahli Jemaah Menteri













Saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa pada 4 Julai 2025. Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025.


Sejak dilantik ke dalam Jemaah Menteri, pertama sebagai Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Disember 2022-Disember 2023), dan seterusnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Disember 2023—Julai 2025), saya telah berusaha sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri dan para penjawat awam yang berdedikasi untuk melaksanakan reformasi yang amat diperlukan.


Kejayaan dua kementerian ini termasuklah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] - Fasa 1, serta peningkatan ketelusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Malaysia juga menjadi antara negara terawal yang mengemukakan National Biodiversity Strategies and Action Plan (NBSAP) bagi membendung kemusnahan alam semula jadi.
Pengurangan kadar penyahutanan yang ketara juga telah mendapat pengiktirafan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres.


Hanya dalam beberapa minggu selepas dilantik, kami berjaya melaksanakan penyasaran semula subsidi elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) di Semenanjung Malaysia. Kami juga berjaya meluluskan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga di Dewan Rakyat. Dalam sektor air, kami telah memperkenalkan Tariff Setting Mechanism yang amat diperlukan.


Pasukan NRES telah memulakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dari peringkat paling asas, dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri dan Parlimen.


Namun begitu, saya sedar bahawa kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet.


Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri.


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penjawat awam yang berwibawa, pasukan di pejabat saya yang cemerlang, serta semua pihak daripada sektor awam, swasta dan masyarakat sivil yang telah banyak mengajar saya dan memungkinkan pelaksanaan pelbagai reformasi penting sepanjang tempoh ini.


Kami sentiasa berusaha untuk mengambil pendekatan yang terbuka dan berunding dengan semua pihak dalam merangka dasar dan memperkenalkan undang-undang.


Saya kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di kawasan saya di Setiawangsa.


Mengungkapkan semula kata-kata mendiang Ahli Parlimen Britain, Tony Benn: "Saya meninggalkan Kabinet untuk memberikan lebih masa kepada politik dan khidmat awam."


NIK NAZMI NIK AHMAD






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/kenyataan-media-28-mei-2025-peletakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri

Rafizi Umum Sudah Hantar Surat Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 81 hits
KUALA LUMPUR Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa pada 17 Jun 2025 Bermula dari hari ini beliau ...
Ancaman Undang Undang Antarabangsa Sekretariat Peguam Ppim Bentuk Mahkamah Rakyat Kenyataan Media Ppim 22 05 2025

Ancaman Undang Undang Antarabangsa Sekretariat Peguam Ppim Bentuk Mahkamah Rakyat Kenyataan Media Ppim 22 05 2025

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 108 hits
Pada 19 Mei 2025 Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke 78 di Geneva secara rasmi meluluskan Perjanjian Pandemik dan pindaan kepada International Health Regulations Malaysia melalui Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan perse...
Peletakan Jawatan Menteri Antara Keputusan Peribadi Parti Dan Negara

Peletakan Jawatan Menteri Antara Keputusan Peribadi Parti Dan Negara

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 68 hits
Amin Ahmad Baru berpeluang menulis setelah selesai beberapa urusan sejak pagi tadi Sudah tentu untuk mengulas tentang berita peletakan jawatan sdr Rafizi Ramli dan sdr Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jawatan Menteri Ia bukan satu keputusan men...
Merungkai Misteri Balas Balik Bermula 29 Mei 2025 Ini

Merungkai Misteri Balas Balik Bermula 29 Mei 2025 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum hai semua Di sebalik sebuah kematian ada rahsia di sebalik rahsia ada kebencian yang membunuh kemanusiaanTIDAK semua kematian adalah penamat adakala kematian menjadi jawapan yang selama ini terperangkap dalam nafas kehidupan...
Catatan Mei Jadi Ketua Pendaftaran Konsuri 2025 Belajar Banyak Benda Baru

Catatan Mei Jadi Ketua Pendaftaran Konsuri 2025 Belajar Banyak Benda Baru

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum semua Bulan ni saya tak banyak dapat menulis Debaran bulan Mei sebagai ketua pendaftaran KONSURI 2025 memang terasa Pertama kali saya menjadi ketua urusan pendaftaran dari jarak jauh Kali terakhir saya memimpin tugasan sebes...
Top Commentator Bulan Mei 2025

Top Commentator Bulan Mei 2025

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah dengan masa yang saya ada nie saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Mei 2025 Tahniah diucapkan pada nama nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie Wa...
Ramalan Untuk Eur Usd Pada 23 Mei 2025

Ramalan Untuk Eur Usd Pada 23 Mei 2025

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 105 hits
Pada hari Khamis pasangan EUR USD mengalami penurunan kembali ke zon sokongan 1 1260 1 1282 kemudian berbalik memihak kepada euro dan meneruskan pergerakan naiknya menuju zon rintangan yang belum diuji di 1 1374 1 1380 Penolakan dari zon ri...
Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 129 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Julai 2025 Saya bercuti bermula esok hingga ...
Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Malaysia Tegaskan Komitmen Terhadap Keselamatan Digital Di Mesyuarat Menteri Apt Di Tokyo

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support

Online Debate Sparks Questions Over Anwar S True Persona Amid Ph Rule

Gas Tank Rule Came When You Were Minister Armizan Reminds Wee

Anak Lemah Subjek Matematik

Homeward Bound