Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri


 
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020.KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dalam masa terdekat, lebih awal daripada jangkaan akhir tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.
Bagaimanapun, katanya kerajaan sedang memperhalusi beberapa faktor agar majikan tidak mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk mengurangkan tenaga kerja.
“Kerajaan mencadangkan pelaksanaan gaji minimum baharu dalam masa terdekat, bukan pada akhir tahun ini memandangkan ekonomi negara ketika ini bertambah baik dan kebanyakan perniagaan dilihat berkembang dan menunjukkan trend pemulihan,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menegaskan perkara itu ketika menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang meminta kerajaan menyatakan alasan untuk melaksanakan kadar gaji minimum RM1,500 pada akhir tahun.
Dalam soalan tambahan, Kulasegaran yang juga Menteri Sumber Manusia ketika era pentadbiran Pakatan Harapan mempersoalkan mengapa kerajaan mengambil masa lama untuk menetapkan paras gaji minum selepas ia kali terakhir disemak pada 2020.
“Pada Jan 2020 kita (kerajaan PH) semak gaji minimum, jadi saya tanya kenapa sehingga sekarang (kerajaan) belum berbuat demikian? Adakah kerajaan tak sedar kos sara hidup sudah naik terlampau tinggi hingga ramai pekerja hadapi masalah rumit.
“Adakah kerajaan tiada ‘political will’ untuk atasi masalah yang senang saja. Janganlah kita ingat masa pilihan raya saja kita memberi keutamaan kepada B40 sebenarnya ramai di antara rakyat Malaysia tidak ingin bekerja sekarang kerana gaji minimum terlalu kurang,” kata Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu.
Bagaimanapun, soalan itu dicelah Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) yang menyindir Kulasegaran mengapa tidak melaksanakan gaji minimum ketika menjadi menteri di kementerian berkenaan.
“Saya nak tanya Ipoh Barat, dia jadi menteri 22 bulan kalau betul hebat dah buat masa itu dah… mesti ada kekangan dia bukan dia tak nak buat. Masa jadi Menteri Sumber Manusia, patutnya Ipoh Barat selesaikan, kalau ada ‘political will’ seperti yang disebutkan. Ini semua cakap tak serupa bikin, buat manifesto berpuluh-puluh,” sindir Azeez.
Menteri kemudian bangun mengulangi pendirian kerajaan Keluarga Malaysia bahawa sudah bersedia untuk mengumumkan gaji minimum RM1,500 dalam masa terdekat.
“Kerajaan dah bersedia untuk umumkan gaji minimum dalam masa terdekat tetapi kita sedang perhalusi dan meneliti beberapa faktor di mana kita tidak mahu majikan lain ambil kesempatan gaji minimum dan mengurangkan pekerja mereka, sekali gus membantutkan usaha kerajaan mengurangkan kadar pengangguran negara,” katanya.
Kadar pengangguran negara merekodkan penurunan daripada 5.3% ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp) pertama pada 2020 kepada 4.2% pada hari ini.
“…dan dalam usaha menurunkan 4% ke bawah, kami tidak mahu majikan ambil kesempatan gaji minimum dan kurangkan pekerja maka kita sedang perhalusi, dan saya bagi jaminan di dewan mulia ini kita akan umumkan dalam masa terdekat,” jelasnya.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/pelaksanaan-gaji-minimum-dalam-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Berharap Gaji Naik Tahun Ini Kata Majikan

Jangan Berharap Gaji Naik Tahun Ini Kata Majikan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 157 hits
March 18 2022 Kajian sebuah firma pengambilan menunjukkan 80 profesional di Malaysia menjangkakan kenaikan gaji pada 2022 namun majikan tidak pasti sama ada mampu melakukannya PETALING JAYA Pekerja mungkin tidak dapat menikmati kenaikan gaj...
Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan

Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 138 hits
Oleh Hassan Abdul Karim ULASAN Adalah benar KEADIILAN kalah teruk dalam tiga Pilihan Raya Negeri Melaka Sarawak dan Johor Apakah ini bermakna parti KEADILAN sudah tidak ada masa hadapan Jawapannya tidak KEADILAN bukan seperti parti Semangat...
Anak 2 Tahun Patut Dah Boleh Skil Ini Jika Belum Jangan Sedapkan Hati Kata Ok

Anak 2 Tahun Patut Dah Boleh Skil Ini Jika Belum Jangan Sedapkan Hati Kata Ok

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 186 hits
Setiap kanak kanak tahap perkembangan berbeza mengikut rentak mereka sendiri Ini kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya genetik neurologi fizikal persekitaran dan emosi Di fasa awal perkembangan itu adalah penting untuk kanak kanak...
4 Misteri Pembunuhan Yang Mengambil Masa Bertahun Tahun Untuk Terungkai

4 Misteri Pembunuhan Yang Mengambil Masa Bertahun Tahun Untuk Terungkai

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 190 hits
Kematian boleh jadi pengalaman yang amat menyakitkan tetapi kematian yang melibatkan pembunuhan dapat menimbulkan penderitaan untuk keluarga si mati Bagi sesetengah orang kematian yang telah berlaku terhadap ahli keluarga bertahun tahun yan...
Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri

Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 174 hits
Hujan berkenaan menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi menyebabkan air bertakung di kawasan terjejas kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA Hujan lebat me...
Melaka Rancang Bina Terowong Dasar Laut Ke Indonesia Dijangka Siap Dalam Masa 4 5 Tahun

Melaka Rancang Bina Terowong Dasar Laut Ke Indonesia Dijangka Siap Dalam Masa 4 5 Tahun

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 175 hits
Foto HiasanKerajaan Negeri Melaka dilaporkan sedang merancang membina sebuah terowong dasar laut bagi sistem rel yang menghubungkan negeri itu dengan Dumai Indonesia Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali berkata jika mengikut perancangan jangka ...
Ibu Kena Kencing Manis Masa Mengandung Apa Kata Amalkan Tip Pemakanan Ni

Ibu Kena Kencing Manis Masa Mengandung Apa Kata Amalkan Tip Pemakanan Ni

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 144 hits
IBU KENA KENCING MANIS MASA MENGANDUNG APA KATA AMALKAN TIP PEMAKANAN NI Dulu ingat lagi masa mengandungkan dak Aaira first time kena kencing manis Time tu pun rasanya dah nak masuk trimester kedua Jenuh gaklah ulang alik klinik pantau gula...
Pengeluaran Khas Rm10k Butiran Pengeluaran Akan Diumum Dalam Masa Terdekat

Pengeluaran Khas Rm10k Butiran Pengeluaran Akan Diumum Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 165 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan RM10 ribu kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Namun pencarum disaran agar membuat pertimbangan sewajar...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin