Jangan Berharap Gaji Naik Tahun Ini Kata Majikan


 
'Ainin Wan Salleh -March 18, 2022     
Kajian sebuah firma pengambilan menunjukkan 80% profesional di Malaysia menjangkakan kenaikan gaji pada 2022 namun majikan tidak pasti sama ada mampu melakukannya.
PETALING JAYA: Pekerja mungkin tidak dapat menikmati kenaikan gaji seperti yang dijangkakan pada tahun ini, menurut majikan dan kumpulan perniagaan.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman berkata ia terlalu awal untuk mengatakan sekiranya majikan dapat memenuhi jangkaan pekerja bagi kenaikan gaji itu memandangkan mereka masih dalam mod pemulihan.
“Pekerja perlu mengambil kira bahawa kebanyakan perniagaan masih cuba pulih daripada kemerosotan teruk yang dialami akibat pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021 serta banjir besar akhir tahun lalu,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata sekiranya ada kenaikan gaji, ia lebih rendah pada 2022 berbanding 2021.
“Kajian MEF mendapati pada 2021, purata kenaikan gaji untuk eksekutif dan bukan eksekutif adalah masing-masing pada 4.4% dan 4.43%,” katanya.
“Bagaimanapun, unjuran purata kenaikan gaji pada 2022 adalah lebih rendah, pada 4.37% untuk eksekutif dan 4.17% untuk bukan eksekutif.”
Ini susulan kajian oleh firma pengambilan pekerja Hays Malaysia mendedahkan bahawa lebih 80% profesional di Malaysia menjangkakan berlaku kenaikan gaji pada 2022 apabila 19% daripadanya melihat kenaikan antara 6% kepada 9% manakala 24% daripadanya pula berharap kenaikan sebanyak 10% atau lebih.
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) pula berkata terdapat dua sebab ketidaksepadanan antara kemahuan pekerja dengan apa yang boleh diberikan oleh majikan.
“Pertama sekali, kos sara hidup melonjak akibat pandemik,” kata Pengarah Eksekutif MICCI Shaun Cheah.
“Keduanya, terdapat kekurangan bakat profesional yang serius kerana terdapat kekurangan graduan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam perancangan kebolehkerjaan.”
Katanya, memandangkan terdapat lebih banyak permintaan berbanding bekalan bagi bakat profesional, mereka boleh meminta imbuhan yang lebih tinggi, walaupun majikan mungkin tidak berada dalam kedudukan kewangan untuk menyamai harga mereka.
Cheah juga berharap Kementerian Sumber Manusia mempunyai dasar yang lebih longgar bagi membantu syarikat pulih secara berterusan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/jangan-berharap-gaji-naik-tahun-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 202 hits
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1 100 ke RM1 200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 dalam masa terdekat...
Anak 2 Tahun Patut Dah Boleh Skil Ini Jika Belum Jangan Sedapkan Hati Kata Ok

Anak 2 Tahun Patut Dah Boleh Skil Ini Jika Belum Jangan Sedapkan Hati Kata Ok

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 207 hits
Setiap kanak kanak tahap perkembangan berbeza mengikut rentak mereka sendiri Ini kerana ia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya genetik neurologi fizikal persekitaran dan emosi Di fasa awal perkembangan itu adalah penting untuk kanak kanak...
Muhyiddin Kata Pengundi Cina Jangan Takut Pas Sudah Tinggalkan Hudud

Muhyiddin Kata Pengundi Cina Jangan Takut Pas Sudah Tinggalkan Hudud

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 800 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin cuba meredakan kebimbangan pengundi Cina tentang kerjasama partinya dengan PAS yang pada masa lalu mendesak pelaksanaan hudud Bercakap pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina semalam Muhyiddin meneg...
Tragedi Mh370 8 Tahun Menanti Dan Masih Berharap

Tragedi Mh370 8 Tahun Menanti Dan Masih Berharap

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 180 hits
SHAH ALAM Waris kepada anak kapal Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang secara misteri lapan tahun lalu masih mengharapkan keajaiban agar pesawat itu ditemui sekali gus menjawab segala teka teki dan teori pelbagai pihak selama ini...
Jangan Resah Harga Barang Naik

Jangan Resah Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 282 hits
Pernah disampaikan kepada Abu Hazim Tidakkah engkau mengetahui bahawa harga barang naik Beliau pun membalas Lantas apa yang kalian resahkan dengan lonjakan harga tersebut Sesungguhnya Allah yang memberi rezeki kepada kita pada ketika harga ...
Jangan Lampaui Batas Desak Pru15 Elak Dilihat Ambil Alih Kuasa Agong Kata Pm

Jangan Lampaui Batas Desak Pru15 Elak Dilihat Ambil Alih Kuasa Agong Kata Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 189 hits
freemalaysiatoday com March 17 2022 6 45 PMIsmail Sabri Yaakob berkata isu menyegerakan PRU15 belum dibincang di peringkat parti dan tiada pihak menemuinya untuk membincangkan perkara itu setakat ini PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sab...
Kerajaan Melaka Akan Ke Belanda Tuntut Artifak 200 Tahun Kata Exco

Kerajaan Melaka Akan Ke Belanda Tuntut Artifak 200 Tahun Kata Exco

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 239 hits
Muhammad Jailani Khamis dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Saari Basiron menunjukkan risalah promosi pelancongan negeri itu di Ayer Keroh hari ini PETALING JAYA Kerajaan Melaka akan ke Belanda pada November ini untuk mem...
Jangan Ikut Taktik Pembangkang Lagakan Lawan Kata Hishammuddin

Jangan Ikut Taktik Pembangkang Lagakan Lawan Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 169 hits
SIMPANG RENGGAM Bendahari Agung Barisan Nasional Hishammuddin Hussein menasihatkan pemimpin dan penyokong gabungan itu tidak terikut ikut taktik pembangkang melaga lagakan lawan mereka Beliau menyifatkan taktik itu perkara biasa lebih lebih...
Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics