Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan


 
Oleh: Hassan Abdul Karim





ULASAN: Adalah benar, KEADIILAN kalah teruk dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor.

Apakah ini bermakna parti KEADILAN sudah tidak ada masa hadapan?
Jawapannya tidak. KEADILAN bukan seperti parti Semangat 46, selepas tewas dua kali Pilihan Raya Umum (1990, 1995), terus tutup kedai dan rujuk semula ke Umno.
KEADILAN yang nama penuhnya Parti Keadilan Rakyat adalah parti reformasi dan parti perjuangan. Jika disusur galur sejarahnya, KEADILAN bukan hanya bermula dari letusan reformasi tahun 1998. Parti Keadilan Rakyat merupakan percantuman dua buah parti politik iaitu Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003.
KeADILan mewarisi gerakan reformasi 1998 manakala PRM mewarisi perjuangan sejak Kesatuan Melayu Muda,KMM (1930an), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM (1946) dalam menentang penjajahan Inggeris untuk kemerdekaan tanahair.
Parti reformasi dan parti yang mewarisi perjuangan kebangsaan untuk kemerdekaan yang ada pada batang tubuh KEADILAN ini, tidak akan lumpuh dan mati hanya kerana kalah beberapa pilihan raya.
Ada hikmah kepada KEADILAN sebenarnya setelah melalui beberapa kekalahan dalam pilihan raya peringkat negeri. KEADILAN akan dapat segera mempelajari, menilai, menganalisis keadaan untuk bangkit kembali menjelang PRU ke-15 dengan strategi yang ampuh dalam menangani keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa yang banyak berubah sekarang ini.
Proses peremajaan KEADILAN terus berlaku
KEADILAN masih merupakan antara blok politik terbesar di parlimen dengan memiliki jumlah ahli parlimen yang ramai. Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Anwar juga masih mengetuai Pakatan Harapan (PH) iaitu blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat.


KEADILAN sebuah parti demokrasi yang mengamalkan sistem terbuka dan bebas, satu anggota satu undi untuk memilih pucuk pimpinan termasuk presiden akan menjalankan pemilihan parti pada bulan April depan dan diikuti dengan Kongres Nasional pada bulan Mei berikutnya.
Proses peremajaan KEADILAN sentiasa berlaku. Tiada sesiapa akan dihalang untuk mencabar Anwar Ibrahim sebagai Presiden. Sesiapa yang bersedia dan berani, semua lorong dan jalan dibuka untuk jawatan Presiden KEADILAN dicabar.
Oleh kerana KEADILAN parti reformasi dan parti perjuangan, maka tidak ada sesiapa akan dianugerahkan jawatan kepimpinan di atas dulang perak. Juara tinju Muhammad Ali tidak menjadi seorang juara jika dia tidak mencabar Sony Liston, juara menanti. Begitu juga John F Kennedy tidak akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang penuh karismatik jika dia tidak menumbangkan pencabarnya Richard Nixon dari Parti Republikan.
Begitu juga halnya dengan Anwar Ibrahim. Dia tidak diberi kepimpinan di atas dulang perak. Dia berjuang untuk dinobatkan sebagai seorang pemimpin sejak zaman muda. Anwar bersaing sesama rakan pimpinan seangkatannya untuk akhirnya beliau muncul sebagai Presiden Belia Malaysia (MBM) sebuah gabungan pergerakan belia pelbagai kaum dan agama yang menjadi badan induk belia Malaysia pada tahun 1974.
Orang di luar KEADILAN boleh bersuara supaya Anwar Ibrahim berundur setelah KEADILAN dan PH kalah dalam PRN Melaka, Sarawak dan Johor.
Tetapi hanya anggota KEADILAN sahaja yang mempunyai hak dan keistimewaan jika mereka mahu menukar Anwar Ibrahim. Jadi cabaran terletak kepada anggota KEADILAN sendiri untuk menentukan masa hadapan parti.
Tiada yang menandingi karismatik Anwar
Jika ada di kalangan anggota KEADILAN merasakan Anwar sudah tidak lagi relevan, maka pemilihan parti pada bulan April depan adalah masanya. Tetapi masing-masing perlu bercermin diri. Misalnya dalam PRN Johor yang baru berlalu ini, siapakah yang paling kuat berkempen untuk calon-calon KEADILAN jika bukan Anwar Ibrahim?Begitu juga sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Tidak ada sesiapa yang akan menghalang untuk orang lain menggantikan Anwar sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang. Jawatan-jawatan itu bukan dipegang selama ini oleh Anwar atas alasan tidak bersebab. Ada meritnya yang ada pada diri Anwar. Jika sudah sampai ketikanya kini, Anwar sudah tidak lagi relevan dan PRU-15 akan datang perlukan seorang jeneral baru untuk memimpin PH dan blok pembangkang, tidak ada siapa yang akan menghalang. Silalah pilih jeneral baru kalau ada.
Anwar Ibrahim tidak akan melepaskan tanggungjawabnya pada rakyat dan negara secara mudah, santai-santai begitu sahaja. Beliau seorang pejuang yang tahu tugas sejarahnya. Bukan sia-sia beliau bertahan berbelas tahun di dalam penjara. Itu harga yang perlu dibayar demi idealisme perjuangannya.
Anwar tidak mendapat secara percuma mendaki saf kepimpinan di zaman dia di dalam Umno. Untuk menjadi Ketua Pemuda Umno pun, Anwar bertarung mengalahkan Shuhaimi Kamarudin. Dari jawatan itu beliau menjadi Naib Presiden Umno juga melalui persaingan yang sengit. Dia menang.
Jawatan Timbalan Presiden Umno kepadanya tidak datang menggolek. Anwar perlu mencabar Tun Ghafar Baba dan menewaskannya di gelanggang politik. Begitulah seterusnya Anwar Ibrahim tidak ke penjara jika dia tunduk dan akur menyerah kalah kepada Tun Mahathir Mohamad, Presiden Umno dan Perdana Menteri yang menzaliminya.
Jadi adalah satu kesilapan jika ada sesiapa yang menganggap Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan dan KEADILAN sudah tidak ada masa hadapan.



______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/silap-jika-kata-keadilan-tiada-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Guna Minda Rasional Tolak Bn Pn Demi Masa Hadapan Syed Ibrahim

Anak Muda Guna Minda Rasional Tolak Bn Pn Demi Masa Hadapan Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 307 hits
Pusingan terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Johor menyaksikan BN menyajikan himpunan besar dan pelbagai pelancaran program untuk memamaikan minda pengundi bagi meneruskan kemenangan mereka Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Joh...
Ibu Kena Kencing Manis Masa Mengandung Apa Kata Amalkan Tip Pemakanan Ni

Ibu Kena Kencing Manis Masa Mengandung Apa Kata Amalkan Tip Pemakanan Ni

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 132 hits
IBU KENA KENCING MANIS MASA MENGANDUNG APA KATA AMALKAN TIP PEMAKANAN NI Dulu ingat lagi masa mengandungkan dak Aaira first time kena kencing manis Time tu pun rasanya dah nak masuk trimester kedua Jenuh gaklah ulang alik klinik pantau gula...
Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 172 hits
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1 100 ke RM1 200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 dalam masa terdekat...
Keadilan Akan Bawa New Game Jadikan Ekonomi Johor Rakan Kongsi Singapura

Keadilan Akan Bawa New Game Jadikan Ekonomi Johor Rakan Kongsi Singapura

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 172 hits
Sumber tenaga manusia tanah yang luas dan hasil bumi Johor telah disia siakan selama 60 tahun Umno BN memerintah Bagi calon KEADILAN DUN Layang Layang Dr Maszlee Malik Johor bukan sahaja memiliki potensi yang ada di Selangor atau Pulau Pina...
Elok Gak Berambus Menyemak Keluar Keadilan Orang Sama Isytihar Keluar Parti 2 Kali

Elok Gak Berambus Menyemak Keluar Keadilan Orang Sama Isytihar Keluar Parti 2 Kali

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 144 hits
KEADILAN Cabang Sembrong menafikan isu yang tular di akhbar Chinese Press menyatakan 87 anggota KEADILAN Cabang dan 45 anggota Angkatan Muda KEADILAN Cabang membuat perisytiharan keluar parti Menurut Ketua Cabang Sembrong Mohd Shahrun Radzi...
Undi Keadilan Dun Kempas Calon Ini Kuat Bekerja Dan Masih Bertenaga

Undi Keadilan Dun Kempas Calon Ini Kuat Bekerja Dan Masih Bertenaga

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 124 hits
KEMPAS SEJAHTERA Dari lewat petang membawa ke malam Rasa macam tak cukup masa jer sebelum sampai ke hari pengundian Kita dah cuba sehabis baik dan sekarang mengharapakn bantuan daripada rakan2 untuk sama2 bantu hubungi kenalan atau saudara ...
Keadilan Tawar Aliansi Ekonomi Johor Singapura Tambah Peluang Kerja Besar Besaran

Keadilan Tawar Aliansi Ekonomi Johor Singapura Tambah Peluang Kerja Besar Besaran

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 154 hits
Peluang kerja yang kurang di Johor menyebabkan ratusan ribu penduduknya terpaksa berhijarah ke Singapura akan diatasi oleh KEADILAN dan Pakatan Harapan sekiranya diberi mandat pada 12 Mac ini Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILA...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik