Purata Hujan Lebih Sebulan Dalam 2 Jam Punca Banjir Kilat Kata Menteri


 
Hujan berkenaan menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi menyebabkan air bertakung di kawasan terjejas, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man.PETALING JAYA: Hujan lebat melebihi purata hujan sebulan yang direkodkan dalam tempoh dua jam sahaja menjadi penyebab berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur, hari ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata bacaan hujan yang tinggi direkodkan di Stesen Taman Desa Smart, di Kuala Lumpur, dengan bacaan 106.5 milimeter (mm) dan 155mm di Stesen Air Panas dalam tempoh sama.
“Dalam tempoh setahun, bacaan hujan adalah 2,500mm menjadikan purata bacaan 200mm sebulan, namun dalam tempoh dua jam sahaja bacaan yang direkodkan adalah melebihi 206mm.
“Ia menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi menyebabkan air bertakung di kawasan berkenaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Tuan Ibrahim berkata, aras air Sungai Gombak di Stesen Jalan Tun Razak berada pada aras bahaya dengan bacaan 31.99 meter (m).
“Aras air Sungai Gombak di Jalan Parlimen dan Sungai Klang di Stesen Jambatan Tun Perak masing-masing merekodkan 30.38m dan 30.12m. Insiden banjir kilat ini menyebabkan kawasan tempat letak kereta di Lebuhraya Besraya ditenggelami air sehingga kedalaman 0.6 meter.
“Dianggarkan 103 rumah terjejas di sekitar Kampung Periuk dan Kampung Pasir Baru, di sini, akibat banjir kilat,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah supaya berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga ketika hujan lebat.
“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa peka dengan bunyi siren amaran banjir bagi memantau keadaan cuaca.
“Sekiranya hujan lebat serta air pasang laut berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya.
Antara jalan yang teruk dilanda banjir kilat di sekitar ibu negara membabitkan Jalan Batu Bata, Kampung Periuk, Kampung Pasir Baru dan Kolej Telekom. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/purata-hujan-lebih-sebulan-dalam-2-jam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujan Lebat Banjir Kilat Tenggelamkan Ribuan Kenderaan Di Sekitar Ibu Negara Petang Tadi

Hujan Lebat Banjir Kilat Tenggelamkan Ribuan Kenderaan Di Sekitar Ibu Negara Petang Tadi

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Beberapa kawasan sekitar Lembah KIang termasuk ibu kota di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan beberapa lalu...
Enam Kawasan Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat

Enam Kawasan Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 566 hits
KUALA LUMPUR Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan berterusan sejak jam 3 petang tadi Agensi Pengurusan Bencana Negara mengesahkan kejadian itu dan kawasan dilaporkan dinaiki air sekitar Balai Polis Dang Wang...
Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 179 hits
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1 100 ke RM1 200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 dalam masa terdekat...
Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Kl Selangor

Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan Kl Selangor

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 246 hits
KEADAAN kereta yang ditenggelami banjir kilat di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Wisma UOA di Kuala Lumpur hari ini FOTO MEDIA SOSIAL Oleh MASZUREEN HADZMAN dan OMAR ZIN 7 Mac 2022 PETALING JAYA Banjir kilat dilaporkan melanda be...
Hampir 40 Rumah Terjejas Banjir Kilat Di Jelebu

Hampir 40 Rumah Terjejas Banjir Kilat Di Jelebu

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 249 hits
Paras air paling tinggi naik hingga 0 5 meter di beberapa kawasan bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka menurut APM SEREMBAN Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas ban...
Terperangkap Banjir 24 Jam 68 Peserta Kem Rekreasi Diselamatkan

Terperangkap Banjir 24 Jam 68 Peserta Kem Rekreasi Diselamatkan

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 174 hits
Anggota bomba membantu memindahkan 68 peserta termasuk seorang warga emas berkerusi roda yang terperangkap selama 24 jam di Kem Rekreasi Budi Kampung Belukar Bukit hari ini KUALA BERANG Seramai 68 orang termasuk 20 kanak kanak diselamatkan ...
Lelaki Poland Kalis Kesejukan Berendam Dalam Ais Lebih Tiga Jam

Lelaki Poland Kalis Kesejukan Berendam Dalam Ais Lebih Tiga Jam

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 128 hits
VALERJAN Romanovski memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan menghabiskan 3 jam 35 minit dengan menenggelamkan badan di dalam ais Guinness World Records VILNIUS Lithuania Seorang lelaki Poland memecahkan Guinness World Records dengan menengge...
Takkan Tergesa Gesa Bawa Ruu Akta Sewaan Kediaman Ke Parlimen Kata Menteri

Takkan Tergesa Gesa Bawa Ruu Akta Sewaan Kediaman Ke Parlimen Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 172 hits
RUU Akta Sewaan Kediaman antara lain bertujuan melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman PUTRAJAYA Rang Undang undang Akta Sewaan Kediaman tidak akan dibentangkan secara tergesa gesa di Parlimen selagi tidak melalui pros...
Kadar Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Tetapi Kj Kata Ia Lebih Rendah Berbanding Gelombang Varian Delta

Kadar Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Tetapi Kj Kata Ia Lebih Rendah Berbanding Gelombang Varian Delta

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 399 hits
Kadar kematian akibat Covid 19 meningkat tetapi KJ kata ia lebih rendah berbanding gelombang varian DeltaKadar kematian akibat Covid 19 kembali meningkat namun ia dilihat lebih rendah berbanding ketika negara berhadapan gelombang varian Del...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin