Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar


Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas (buka buku akaun pelaburan emas) atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas.
Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas, saya tercari-cari jenis akaun emas di bank-bank yang saya rasa lebih secure seperti akaun emas Maybank, akaun emas CIMB, pelaburan emas Bank Islam atau Bank Rakyat kot-kot saya jumpa kaedah terbaik membuat pelaburan emas.
Namun bila saya search perkataan-perkataan tu di Google saya dapati berbagai jenis pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank dan juga pelbagai syarikat dengan jenama emas yang belum pernah saya dengar…
Jika anda tidak waspada, mungkin kita akan terjerat dengan skim cepat kaya yang bertopengkan harga emas dengan tawaran “dividen” bulanan yang sangat menarik… ribu-ribu bro….
Atau kita mungkin akan terdaftar di platform atas talian yang menawarkan kemudahan jual beli emas berdasarkan harga komoditi emas dunia seperti plus500, xm.com, gcmasia.com dan banyak lagi.
Suka saya ingatkan kepada sahabat-sahabat semua agar menjauhi amalan RIBA yang haram ni.
Bersabarlah… jangan terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan. Carilah kekayaan dengan jalan yang halal dan baik.
Apabila saya meneliti pelaburan emas di bank pula, terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas:
Maybank Gold Investment Account Maybank Gold Investment Account (MGIA) yang menawarkan pelaburan emas melalui akuan emas secara online atau atas talian menggunakan Maybank2u.com.my. Saya difahamkan kalau dahulu anda boleh mendapat emas yang anda beli tetapi sekarang sudah tiada lagi. Pihak bank akan menyimpan emas yang kita beli untuk tujuan pelaburan manakala nilai emas yang kita simpan akan dicetak di dalam buku akaun emas tersebut. Maknanya, kita hanya boleh melihat angka nilai pelaburan kita dalam buku akaun (emas kertas) dan tidak boleh mengeluarkan emas sebenar yang kita beli untuk dipajakkan sekiranya kita perlukan duit. Oleh kerana tiada emas fizikal yang boleh saya pegang, saya terpaksa cari platform lain dahulu. Saya dah sediakan info lanjut di Pelaburan Emas Maybank.
Kuwait Finance House Gold Account-i Kuwait Finance House Gold Account-i menawarkan emas fizikal sebenar yang patuh syariah. Kita boleh mula buka akaun simpanan emas KFH dengan minima 10g emas 995 (ketulenan 99.5%) dan penambahan 1 g berikutnya. Kalau nak keluarkan dari akaun kena tinggalkan minima 2 g emas dalam akaun.
Namun kita tidak boleh buka seal plastik dan jika seal terkoyak atau rosak, maka nilai emas akan jatuh susutnilai sebanyak 25%! Tambahan pula, kita hanya boleh berjualbeli di kaunter cawangan KFH sahaja dan tidak diterima di bank-bank lain. Kalau cari di laman web, cawangan-cawangan KFH tidak terdapat di serata Malaysia.
Jadi susah kepada sebahagian besar pelabur yang ingin berurusan di kaunter KFH pada waktu pejabat sahaja. Walaupun patuh syariah, tapi masih banyak kelemahannya. Oleh itu, saya pun tak berminat nak melabur di KFH. Maklumat yang tersebar dimedia sejak 2015 menunjukkan bahawa Kuwait Finance House (KFH) dilaporkan mahu menjual operasinya di Malaysia selepas 10 tahun menjalankan perniagannya di negara ini. Maka, sudah pasti saya dan anda tidak akan berfikir panjang untuk itu kan…
Akaun emas Al-Rajhi Gold-i Pelaburan Emas Al-Rajhi Gold-i menawarkan akaun emas sebenar / fizikal berlandaskan syariah seperti KFH Gold Account-i juga. Anda boleh mula buka akaun dengan pembelian emas minima 10 gram dan penambahan berikutnya sebanyak 5 gram. Emas yang diniagakan ialah Pamp Suisse Gold Bar 999.9. Namun terdapat dua kelemahan ketara di Al-Rajhi iaitu (1) kadar spread yang tinggi iaitu 12.8%, (2) cawangan Al-Rajhi amat terhad di Malaysia. Pada ketika ini saya dapati hanya ada 5 cawangan Al-Rajhi sahaja di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya tak mencadangkan anda untuk pilih pelaburan emas Al-Rajhi untuk melabur emas.
CIMB Gold Investment Account CIMB Gold Investment Account menawarkan pelaburan emas CIMB secara maya atau emas kertas (paper gold) juga tanpa membekalkan emas sebenar kepada anda. Tiada banyak maklumat diperolehi daripada laman web CIMB namun apabila anda mencari ulasan tentang pelaburan emas CIMB, anda akan jumpa beberapa perkara yang membuatkan saya pasti bahawa pelaburan emas di CIMB tidak mematuhi pelaburan emas yang berlandaskan syariah. Yang ini pun saya tak perlu melabur duit saya ke dalam akaun pelaburan emas CIMB. Tak boleh…
Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas UOB (United Overseas Bank) boleh didapati di sini.
Pelaburan emas Bank Islam / Pelaburan emas Bank Rakyat / Agrobank / Pos Malaysia Kalau kita cari pelaburan emas Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia, istilah yang sama sebenarnya yang digunakan ialah pelaburan emas Ar-Rahnu kerana institusi kewangan seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.
Tapi apa yang sedih adalah apabila kebanyakkan daripada kita mudah terpedaya dengan segelintir pelabur emas yang menawarkan skim cepat kaya menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu dengan mengambil kesempatan daripada kenaikan harga emas.
Dari segi hukum Ar-Rahnu tiada masalah, namun, apa yang perlu kita tahu bahawa terdapat kekeliruan maqasid syariah apabila teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu digunakan untuk mendapat keuntungan daripada beli-pajak, beli-pajak emas.
Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas Ar-Rahnu dan boleh didapati di sini. Saya dapati tiada apa-apa maklumat atau tawaran melabur emas yang boleh anda dapati di mana-mana cawangan bank atau pejabat pos kecuali sistem pajakan Islam Ar-Rahnu.
Pelaburan emas Public Gold
Pelaburan Emas Public Gold. Setelah saya membuat perbandingan dengan lain-lain syarikat yang menjual dan membeli emas seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan, saya dapati Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, boleh lock harga beli dan jual, menjual dengan harga yang terendah di pasaran, kadar spread yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.
Emas jenis apa pun pihak Public Gold akan terima bila kita nak jual balik kepada mereka walaupun emas Public Gold yang kita simpan tu kemek atau calar! Insya Allah saya yakin bahawa sahabat-sahabat pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya. Banyak lagi kelebihannya dan Insya Allah saya akan terus memberi penjelasan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.
Bila difikirkan semula, rupa-rupanya, bila nak melabur emas, rasa secure sahaja tidak cukup. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu kita fikir, nilai dan kaji sebelum kita memulakan tabungan dan pelaburan emas. Jika tidak… sesal kemudian tidak berguna…
Sahabat-sahabat tak perlu risau sebab saya dah kaji berminggu-minggu dan insya Allah saya sedia beri bimbingan percuma kepada anda yang mahu memulakan pelaburan atau simpanan emas pertama. Sejak 2014 lagi, saya beli emas dan saya dapat emas tanpa masalah. Alhamdulillah.
Beli emas di Public Gold dan dapat emas fizikal bukan dapat nombor atas kertas (paper gold). Sehingga ke hari ini, hanya terdapat dua sahaja cara menyimpan emas pelaburan iaitu:
Simpanan di dalam akaun Simpanan emas pelaburan secara fizikal di rumah atau safe deposit box. Jawapan mudah kepada persoalan samada anda sesuai simpan di akaun atau di rumah ialah bergantung kepada situasi anda. Jika anda rasa tenang dan boleh tidur dengan lena bila simpan sendiri emas secara fizikal, maka anda bolehlah mulakan dengan pembelian emas Goldbar atau Dinar secara fizikal.
Jika anda rasa risau dan tidak tidur lena jika simpan emas di rumah, maka anda dinasihatkan beli dan simpan emas dalam akaun. Namun, pastikan akaun simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan emas secara fizikal.
Jika anda telah berpuas hati dan bersetuju dengan penjelasan di atas, anda boleh terus memulakan pelaburan emas di Public Gold dengan mendaftar di Pelaburan Emas Public Gold secara percuma. Panduan terkini boleh juga didapati di Tutorial Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas di sini.
Mulai hari ini mulakanlah untuk simpan emas kerana emas akan melindungi kekayaan anda berbanding menyimpan wang kertas yang kekuatan nilainya akan semakin turun berbanding emas.
Elakkan menabung emas atau melabur emas dalam sistem pelaburan emas kertas kerana sudah semestinya bila tiada emas fizikal, kekayaan masih bukan di tangan kita.
Sebarang kemusykilan boleh dimajukan kepada saya di “SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN“. Saya tak suka SPAM sebagaimana anda juga. Jadi tiada nombor telefon diperlukan. Insya Allah saya akan segera memberi respon kepada persoalan anda.
Layari panduan terkini yang saya sediakan di Tutorial Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas di sini.
The post Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar? first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pelaburanemas.org/pelaburan-emas-kertas-atau-emas-sebenar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Emas Maybank Islamic Miga I

Pelaburan Emas Maybank Islamic Miga I

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 181 hits
Pelaburan emas Maybank MIGA i merupakan satu akaun pelaburan emas yang popular di Malaysia Produk berbentuk akaun pelaburan emas yang diberi nama sebagai Maybank Islamic Gold Account i ini telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad pada ...
Selama Simpan Dalam Wallet Ingat Tiada Harga Warga Emas Terkejut Nilai Sebenar Syiling Antik

Selama Simpan Dalam Wallet Ingat Tiada Harga Warga Emas Terkejut Nilai Sebenar Syiling Antik

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 175 hits
Seorang warga emas di Kampung Sedim dekat sini dengan bangganya menunjukkan pelbagai koleksi duit syiling lama yang ditemuinya kira kira 40 tahun yang lalu Abdullah Sharif 73 berkata dia menemukan enam syiling termasuk Dolar Selat satu sen ...
Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 194 hits
Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan Bila ditanya kepada penjawat awam Apa nak risau Saya kan dah pili...
Tips Pelaburan Emas

Tips Pelaburan Emas

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 244 hits
Nak buat pelaburan emas Sekarang dah ada banyak persaingan di antara bank bank dan syarikat syarikat malah kedai kedai menjual emas di Malaysia Sampai pening nak pilih yang mana dan beli emas di mana Barang kemas Atau Gold bar atau Jongkong...
Terpedaya Skim Pelaburan Emas Tipu

Terpedaya Skim Pelaburan Emas Tipu

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 357 hits
Terpedaya skim pelaburan emas tipu malah tak wujud lebih RM6 juta lebur Ipoh Seorang peniaga wanita warga emas berusia 61 tahun diberitakan telah kerugian lebih RM6 juta apabila diperdaya dengan individu yang menawarkan skim pelaburan emas ...
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 229 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 238 hits
Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma Alhamdulillah pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua muda pelajar universiti pelajar kolej penjawat awam atau peker...
Waspada Dengan Video Hantaran Atau Mesej Palsu Yang Menyalahgunakan Nama Logo Atau Nama Pegawai Kanan Bnm

Waspada Dengan Video Hantaran Atau Mesej Palsu Yang Menyalahgunakan Nama Logo Atau Nama Pegawai Kanan Bnm

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 368 hits
Menurut Bank Negara Malaysia Orang ramai dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan video hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama logo atau nama pegawai kanan Bank Negara Malaysia Tindakan akan diambil terhadap pelaku
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong

Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 168 hits
Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak anak tidak menjadi Dek kerana sikap ibu bapa maka anak anak tidak mahu mendengar kata degil dan sebagainya Dalam mendidik anak anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan den...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas