Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi Benar Atau Sekadar Cakap Kosong


Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak-anak tidak menjadi. Dek kerana sikap ibu bapa maka anak-anak tidak mahu mendengar kata, degil dan sebagainya.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi
Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak Bagaimanapun setelah ada usaha bimbingan dari ibu bapa tetapi anak-anak masih berkelakuan tidak baik maka ia merupakan ujian terhadap ibu bapa atau Allah SWT ingin memberi kebaikan dan ganjaran pahala kepada mereka.
Firman Allah SWT:
يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman (17)
Benar Atau Sekadar ‘Cakap Kosong’
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan perihal Luqman seorang hamba Allah yang soleh yang menasihatkan anaknya, agar menjauhi perbuatan syirik, mengerjakan amal-amal soleh serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Allah SWT memberi peringatan dengan jelas kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dan keluarga dengan membimbing ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” Surah al-Tahrim (6)
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak. Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أو يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” Riwayat Muslim(4805)
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami ada menyebutkan jika ibu bapa bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan mempermudahkan segala urusan zuriat mereka dengan memberi keberkatan serta petunjuk dalam kehidupan zuriat-zuriatnya.
Namun sebaliknya, jika ibu bapa mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan Allah, nescaya anak-anak mereka akan berkelakuan sebagaimana kelakuan ibu bapa mereka.
Jika sekiranya ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pendidikan agama anak-anak tetapi anak-anak masih tidak berakhlak dengan akhlak yang baik maka itu adalah satu ujian bagi ibu bapa. Mereka perlu bersabar atas ujian itu dan ia menjadi sebab kepada ganjaran pahala di sisi Allah kepada ibu bapa.
Kesimpulannya tidak ada nas yang jelas yang menujukkan bahawa akhlak tidak baik anak-anak adalah disebabkan dosa ibu bapa. Nas-nas yang ada ialah tentang kewajipan ibu bapa memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah dan hubungan yang baik sesama manusia.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
 
 
The post Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi, Benar Atau Sekadar ‘Cakap Kosong’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dosa-ibu-bapa-sebabkan-anak-tidak-menjadi-benar-atau-sekadar-cakap-kosong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Melawan Ibu Bapa Hilang Sabar Ini Fakta Mesti Ambil Tahu

Anak Suka Melawan Ibu Bapa Hilang Sabar Ini Fakta Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 238 hits
Bila yang masih dibangku suka melawan bukan sahaja jadi hilang sabar tetapi juga sedih yang dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya mula bercakap menyakitkan hati selain menunjukkan perlakuan yang menguji kesabaran Anak Suka Melawan Ibu B...
Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru

Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 269 hits
mana yang tidak mengidamkan yang berilmu dan beradab Paling penting sudah tentulah kita mahu kita menghormati guru guru mereka Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid murid menggunakan akal dengan bermoral Setiap ...
Tip Jadi Ibu Bapa Yang Cool Barulah Tugas Mendidik Anak Jadi Mudah

Tip Jadi Ibu Bapa Yang Cool Barulah Tugas Mendidik Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 166 hits
perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dengan seikhlas hati Semuanya bakal dipertanggungjawabkan ke atas mereka di akhirat kelak merupakan cermin terbaik kepada anak anak Dalam mendidik anak anak juga perlu menjadi contoh teladan de...
Anak Belajar Daripada Tingkah Laku Ibu Bapa Hati Hati Bila Depan Anak Anak

Anak Belajar Daripada Tingkah Laku Ibu Bapa Hati Hati Bila Depan Anak Anak

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 206 hits
Anak sememangnya belajar daripada tingkah laku ibu bapa Ramai ibu bapa tidak perasan bila berada di hadapan anak anak Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan se...
Anak Anak Serap Apa Yang Dilihat Ibu Bapa Tunjuklah Perbuatan Yang Baik Baik

Anak Anak Serap Apa Yang Dilihat Ibu Bapa Tunjuklah Perbuatan Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 126 hits
menyerap apa yang mereka lihat dan dengar Dalam mendidik anak anak menjadi contoh teladan kepada Maka sebab itulah ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak anak akan belajar menggunakan deria penglihatan d...
Anak Perfectionist Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang

Anak Perfectionist Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 151 hits
Bila ada anak yang perfectionist ibu bapa perlu bersedia untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada mereka Dalam masa yang sama ibu bapa juga tidak perlu menekan anak dengan jangkaan dan harapan yang tidak realistik kerana bimban...
Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 225 hits
AssalamualaikumBismillahMengeluh merupakan suatu bentuk ketidakpuasan terhadap sesuatu hal atau perasaan kurang menyenangkan yang dialami dalam diri seseorang samada keluhan disebabkan oleh pasangan keadaan ekonomi masa lalu pekerjaan dan l...
Tips Nak Tahu Anak Betik Jantan Atau Betina

Tips Nak Tahu Anak Betik Jantan Atau Betina

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 279 hits
TIPS NAk TAHU ANAK BETIK POKOK JANTAN ATAU POKOK BETINA Jom ketahui Untuk yang belum tahu Cara saya nak semai anak betik biji yg hitam Dan kurang hitam di asingkan Yang berwarna hitam pekat itu nanti akan di semai Itu biji betik yg akan men...
Makanan Ini Sangat Baik Untuk Ibu Menyusukan Anak

Makanan Ini Sangat Baik Untuk Ibu Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 162 hits
Ternyata biji ini sangat berguna untuk ibu yang menyusukan anak Kepada dah tentu tidak mahu alamai masalah kekurangan susu badan atau pun masalah berkaitan ketika dalam proses penyusuan susu ibu Kekurangan nutrisi pada seorang bayi bukan sa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023