Terpedaya Skim Pelaburan Emas Tipu


Terpedaya skim pelaburan emas tipu malah tak wujud, lebih RM6 juta lebur!
Ipoh: Seorang peniaga wanita warga emas berusia 61 tahun diberitakan telah kerugian lebih RM6 juta apabila diperdaya dengan individu yang menawarkan skim pelaburan emas tidak wujud di media sosial sejak Oktober tahun lalu (2023).
Peniaga warga emas itu dipetik baru menyedari ditipu oleh scammer skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas pada 22 Januari 2024 lalu apabila beliau gagal untuk mengeluarkan sebahagian duit pelaburannya berjumlah RM2.2 juta.
Peniaga terbabit diberitakan mula mengenali skim pelaburan emas tipu dan yang sebenarnya tidak wujud tersebut selepas melayari media sosial Facebook pada 14 Oktober 2023 lepas semasa berada di rumahnya.
Selepas beliau terpedaya dengan iklan yang ditawarkan skim pelaburan emas, beliau telah menekan pautan di Facebook tersebut dan mula berkomunikasi menerusi WhatsApp dengan seorang individu yang tidak dikenali.
Sumber berita mengenai penipuan skim pelaburan emas tipu yang tidak wujud ini dipetik daripada Harian Metro bertarikh 23 Januari 2024 seperti yang dipaparkan di atas.
Kasihan…
Begitulah nasib mangsa yang terpedaya disebabkan janji-janji manis scammer yang banyak di luar sana yang sentiasa mencari mangsa melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, Whatsapp dan lain-lain lagi.
Siapa Yang Berisiko Menjadi Mangsa Pelaburan Emas Tipu? Siapa yang berisiko jadi mangsa? Jawapannya mudah sahaja… sesiapa yang banyak duit! Ikut sejarah yang lepas, scammer biasanya target mangsa yang sudah berusia samada pesara atau peniaga atau kontraktor yang berduit.
Scammer tahu pesara sama ada penjawat awam atau swasta semua berduit sebab dapat gratuity / golden hand shake yang mencecah ratusan ribu Ringgit tak termasuk duit simpanan Tabung Haji atau ASB. Begitu juga peniaga yang mempunyai akaun bisnes dan kontraktor yang baru selesai projek.
Pesan guru emas saya, ramai orang akan melakukan kesilapan kewangan ketika ada duit simpanan yang banyak. Masa itulah, otak akan berfikir apa yang aku nak buat dengan duit sebanyak ini? Maka kebiasaannya ramai antara kita terus akan berfikir perkataan MELABUR dengan menyangka melalui pelaburan duit yang banyak itu akan bertambah banyak!
Walhal risiko dalam apa jua pelaburan ialah… Rugi Dalam Tangan, Untung Belum Tentu! Persoalannya bagaimana cara kita nak kenal pelaburan emas tipu atau tidak?
Mengenali Pelaburan Emas Tipu Nak kenal sama ada sesuatu pelaburan itu tipu sangatlah senang kalau kita ada ilmu. Kalau pun kita tidak ada ilmu tetapi ada keinginan untuk mencari ilmu atau jawapan sama ada bertanya kepada yang pakar. Kaji dahulu sebelum percaya bulat-bulat.
Masalahnya ramai antara kita yang terjebak dengan skim pelaburan yang bertopengkan emas ini disebabkan tidak mahu belajar daripada kesilapan mangsa-mangsa terdahulu.
Di sini saya nak kongsikan beberapa ciri skim pelaburan emas yang telah dikenalpasti oleh pakar-pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali dan guru emas saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Antara ciri-ciri pelaburan emas tipu ialah seperti berikut:-
1. Ada keuntungan tetap setiap bulan Apabila kita diberitahu oleh mana-mana individu atau syarikat atau kawan baik kita sendiri (paling ramai terkena), bagi deposit sekarang, mulai bulan depan dan seterusnya akan dapat keuntungan tetap setiap bulan, saya nasihatkan… lari jauh-jauh!
Biasanya kadar keuntungan yang ditawarkan melebihi 5% sebulan atau 60% setahun (5% x 12 bulan). Kadang-kadang ada yang sampai 70% hingga 100% setahun! Walhal pakar kewangan Tuan Azizi Ali menyatakan pulangan paling tinggi yang boleh diberikan oleh institusi pelaburan terbaik di Malaysia sekitar 15% sahaja setahun (1.25% sebulan).
Begitulah caranya nak tahu sama ada skim pelaburan emas itu betul atau tidak. Ambil kalkulator kiralah sendiri. Kalau lebih 2% sebulan atau 24% setahun pun kita boleh buat keputusan “angkat kaki” lari jauh-jauh lah…
2. Tunjuk kemewahan Ini memang ciri biasa scammer skim cepat kaya. Biasanya scammer akan tunjuk kemewahan dengan memandu kereta mewah dan memakai jam tangan mewah. Kalau secara atas talian, scammer juga tunjukkan bukti-bukti ada keuntungan dibayar kepada pendeposit-pendeposit terdahulu. Tunjuk video pendeposit keluarkan duit daripada ATM, screenshot resit bank atau gambar duit berkepok-kepok (diikat getah) berpuluh ribu Ringgit kononnya telah berjaya dinikmati ramai pendeposit.
3. Kena bertindak cepat, tak boleh lengah Bila scammer dah nampak tanda-tanda bakal mangsa terpedaya dengan keuntungan bulanan yang banyak, ciri yang ketiga ini pun biasa digunakan oleh scammer sama ada secara bersemuka atau secara atas talian melalui media sosial. Scammer akan menggunakan teknik mendesak secara halus seperti kalau lambat nanti rugi sebab ramai orang lain yang join awal akan dapat untung lebih banyak.
Cara Nak Jauhi Skim Pelaburan Emas Tipu 1. Buang sifat tamak Cara paling selamat daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan emas ialah buang dulu sifat tamak nak untung cepat. Sebab sifat tamak inilah yang selalu mengakibatkan kerugian. Seperti pepatah Melayu…
Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.
Pepatah Melayu Bila dah buang sifat tamak, nafsu untuk dapat segala tawaran keuntungan atau dividen besar bulanan yang tak masuk akal akan dapat dikawal. Kalau ada posting yang beri pulangan lumayan di media sosial seperti di Facebook pun kita boleh fikir sebelum tekan link Whatsapp. Contoh:-
Pelaburan emas patuh syariah… Modal RM…. untung XX% setiap bulan ATAU
Pelaburan emas dijamin untung. Modal RM…. dividen bulanan XX%
Iklan scammer 2. Berani Menolak Tawaran Untuk Melabur Bila dah buang sifat tamak, mudahlah kita nak menolak tawaran menyertai skim yang bukan-bukan.
Biasanya, orang yang ajak join skim ini ialah orang yang kita kenal. Kalau pun pelaburan itu betul, kita tak perlu takut nak ucap kepada individu scammer, “Maaf! Saya tak minat” dan terus beredar. Tolak dengan cara yang baik. Kalau individu masih mendesak, ulang sekali lagi, “Maaf! Saya tak minat”. Itu sahaja!
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi gambaran serba sedikit tentang bagaimana skim pelaburan emas tipu memerangkap mangsa. Juga kita dapat mengenali golongan yang berisiko terpedaya dengan skim pelaburan bertopengkan emas.
Adalah sangat diharapkan agar kita semua sentiasa waspada dengan skim cepat kaya seperti pelaburan emas tipu yang sejak bertahun-tahun telah menipu melalui berbagai rupa skim dan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah guru, ustaz, artis, pelajar universiti, penjawat awam dan pekerja swasta.
Pelaburan Emas Sebenar, Patuh Syariah dan Sah Sebab utama saya bina blog PelaburanEmas.org ini ialah untuk berkongsi pengalaman sejak 2014 saya berkecimpung dalam emas pelaburan. Di sini saya nak kongsikan pelaburan emas sebenar, patuh syariah, sah malah telah ada lebih 1.1 juta pemegang akaun emas di syarikat jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia.
Lihat portfolio emas pelaburan saya di SINI.
Sila baca Mengenai Saya untuk info lanjut.
Wallahu a’lam.
The post Terpedaya Skim Pelaburan Emas Tipu first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pelaburanemas.org/terpedaya-skim-pelaburan-emas-tipu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 229 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
Tips Pelaburan Emas

Tips Pelaburan Emas

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 244 hits
Nak buat pelaburan emas Sekarang dah ada banyak persaingan di antara bank bank dan syarikat syarikat malah kedai kedai menjual emas di Malaysia Sampai pening nak pilih yang mana dan beli emas di mana Barang kemas Atau Gold bar atau Jongkong...
Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 194 hits
Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan Bila ditanya kepada penjawat awam Apa nak risau Saya kan dah pili...
Pelaburan Emas Maybank Islamic Miga I

Pelaburan Emas Maybank Islamic Miga I

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 181 hits
Pelaburan emas Maybank MIGA i merupakan satu akaun pelaburan emas yang popular di Malaysia Produk berbentuk akaun pelaburan emas yang diberi nama sebagai Maybank Islamic Gold Account i ini telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad pada ...
Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar

Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 307 hits
Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas saya tercari cari jenis ...
Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 238 hits
Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma Alhamdulillah pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua muda pelajar universiti pelajar kolej penjawat awam atau peker...
Berita Baik Harga Emas Turun Mendadak Pada 28 9 2023

Berita Baik Harga Emas Turun Mendadak Pada 28 9 2023

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 213 hits
BERITA BAIK HARGA EMAS TURUN MENDADAK Harga emas turun dari rekod tertinggi minggu lepas RM320 gram pada 21 September 2023 ke RM310 gram hari ini Rekod harga emas terendah sepanjang bulan ini Jika Tuan Puan masih belum mulakan tabungan emas...
Harga Emas Tinggi Masa Untuk Jual Emas

Harga Emas Tinggi Masa Untuk Jual Emas

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 171 hits
Harga emas tinggi dan mahal Adakah dah sampai masa untuk kita jual emas yang ada atau perlukah kita teruskan menyimpan emas Kalau anda nak cari tempat jual emas dengan harga paling tinggi sila ke Ramai daripada kita telah menyimpan emas seb...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan