Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam


Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan? Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan? Bila ditanya kepada penjawat awam…
“Apa nak risau? Saya kan dah pilih untuk menerima pencen kerajaan…”
Anonymous (Penjawat awam) Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji. Oleh yang demikian, memang tak dapat dinafikan, penjawat awam memiliki kelebihan berbanding pekerja swasta. Ini adalah kerana penjawat awam mempunyai skim pencen apabila mencapai usia persaraan. Rata-rata penjawat awam memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Ada juga yang memilih usia pencen 55 tahun. Tapi tak seramai 60 tahun.
Tempoh Melabur Emas Sesuai Dengan Tempoh Pencen Jika seseorang penjawat awam mula berkhidmat pada usia 25 tahun, dan pencen pada usia 60 tahun, bermakna tempoh perkhidmatan mencecah hingga 35 tahun!
Seterusnya, pencen yang diterima selepas usia persaraan boleh dikira anggaran kasar jumlah duit pencen dan ganjaran menggunakan kalkulator Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang disediakan di laman web di Pengiraan Anggaran Pencen.
Kebiasaannya penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 30 tahun boleh merasai ganjaran persaraan mencecah enam angka! Ya! Ratus ribu.
Jadi… apa nak risau kan? Kenapa nak melabur emas pula untuk dana persaraan?
Disebabkan percaya dengan skim pencen dan rasa selesa inilah kebanyakan penjawat awam tidak mempunyai tabungan yang sepatutnya mencukupi semasa pencen nanti. Malah ada yang terpaksa mencari kerja untuk menyara hidup walaupun dalam keadaan tubuh badan dan kesihatan yang semakin uzur.
Oleh itu, pelaburan untuk dana persaraan adalah keputusan yang penting dalam merancang masa depan kewangan sebagai penjawat awam. Di antara pelbagai pilihan, pelaburan dalam emas telah muncul sebagai pilihan yang menarik, terutama bagi penjawat awam. Di sini kita akan meneroka manfaat pelaburan dalam emas sebagai dana persaraan untuk golongan penjawat awam.
1. Melabur Emas Perlindungan Terhadap Ketidakstabilan Pasaran Pertama-tama, emas dikenal pasti sebagai aset yang mantap dan mampu melindungi nilai harta dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ketika pasaran saham dan mata wang mengalami fluktuasi, emas cenderung mengekalkan nilai intrinsiknya. Ini memberikan perlindungan tambahan terhadap risiko pasaran yang mungkin mempengaruhi pelaburan tradisional.
2. Pelaburan Emas Penambah Kepelbagaian Pelaburan Dengan kata lain, memiliki pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Pelaburan dalam emas memberikan penjawat awam peluang untuk memperluaskan portfolio mereka di luar aset konvensional seperti saham dan bon. Dengan menyertakan emas dalam portfolio, penjawat awam dapat meningkatkan ketahanan mereka terhadap perubahan ekonomi global.
3. Kestabilan Nilai Semasa dan Masa Depan Berdasarkan sejarah, emas telah menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan nilai beliannya sepanjang masa. Ini bermakna, walaupun terdapat fluktuasi harga, emas cenderung meningkat seiring dengan inflasi. Untuk penjawat awam yang mencari pelaburan jangka panjang, melabur emas mungkin menjadi pilihan yang bijak untuk mengekalkan daya beli dana persaraan mereka.
4. Keupayaan untuk Mengatasi Krisis Kewangan Emas sering dianggap sebagai perlindungan semasa krisis kewangan. Sebagai contoh, semasa kemelesetan ekonomi atau kejatuhan pasaran, harga emas cenderung meningkat kerana pelabur mencari aset yang lebih selamat. Ini membuat emas menjadi pilihan yang berpotensi menguntungkan bagi penjawat awam yang ingin menjaga dana persaraan mereka semasa keadaan ekonomi tidak menentu.
5. Kedudukan Emas sebagai “Nilai Sebenar” Emas sering dianggap sebagai “nilai sebenar” atau aset yang mempunyai nilai intrinsik. Berbanding dengan beberapa bentuk pelaburan yang mungkin bergantung pada faktor-faktor luaran seperti prestasi syarikat, harga emas cenderung dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan kestabilan global. Ini menjadikan emas lebih bersifat tanggungjawab dan kurang terdedah kepada manipulasi pasaran.
Risiko Pelaburan Emas Versus Duit Pencen Penjawat Awam Sebenarnya, kedua-dua pelaburan emas dan duit pencen sebagai dana persaraan penjawat awam ada risikonya. Cuma perbandingan risiko di antara kedua-duanya ada perbezaan yang agak ketara.
Risiko No. 1 – Walaupun duit dan ganjaran pencen penjawat awam boleh mencecah hingga enam angka bila mencecah usia bersara… harta tersebut hanyalah dalam bentuk duit kertas yang dimakan inflasi dari tahun ke tahun! Kekuatan nilainya tidak sama untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Risiko No. 2 – Dasar pencen kerajaan berkemungkinan akan berubah pada masa akan datang apabila ekonomi negara tidak stabil. Risiko No. 3 – Pesara kerajaan merupakan golongan yang paling ramai menjadi mangsa “scammer” yang bijak memerangkap dan memperdaya dengan pelbagai helah agar pesara kerajaan melabur dalam skim cepat kaya (yang sebenarnya skim cepat lingkup!) Mengapa boleh jadi sampai begitu? Okay baiklah…
Contoh Inflasi Penyebab Krisis Matawang Sebagai contoh, Negara Greece telah mengalami krisis matawang dan kemerosotan ekonomi sehingga memaksa kerajaan mereka melaksanakan dasar penjimatan negara yang menyebabkan:
Peningkatan nilai hartanah dan kadar cukai yang tinggi Pengeluaran wang dari bank dikawal ketat Penetapan had pengeluaran duit sebulan bagi pekerja awam Pemotongan elaun dan pemansuhan bonus bagi pekerja awam Oleh itu, jatuhnya ekonomi negara Greece adalah kerana sistem pentadbiran yang tidak efisien, salah urus tadbir negara dan tipu angka ekonomi di dalam laporan kewangan.
Selain itu, isu yang lebih menyedihkan bila nilai matawang Greece jatuh. Golongan pesara di Greece terpaksa kembali bekerja kerana kerajaan Greece telah menghadkan pengeluaran wang persaraan mereka setiap bulan.
Disinilah pentingnya kita mempelbagaikan simpanan harta dan aset kita dan tidak hanya bergantung pada wang fiat semata-mata. Wang fiat hakikatnya tidak bernilai. Nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kuasa ekonomi ketika itu. 
Emas pula nilainya berdiri dengan sendiri. Tidak kira ekonomi dan negara mana kita berada, emas akan kekal relevan dan bernilai. Sekiranya kita secara berdikit menukar duit kekayaan kepada bentuk pelaburan emas, keadaan mungkin akan menjadi berbeza bukan?
Sebagai contoh, pasangan suami isteri berkahwn pada usia 25 tahun.
Suami daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.
Isteri daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.
Hidup susah senang bersama hingga capai 60 tahun usia bersara. Suami ada minima 420 gram emas + isteri ada minima 420 gram emas = 840 gram
Sebulan sekali jual 5 gram, cukup keperluan sepasang suami isteri selama 14 tahun.
Jangka hayat anggaran rakyat Malaysia = 72 – 75 tahun. Ngam kan? 
Akhirnya, jika cinta hingga ke Jannah, usahakan bina dana persaraan seawal perkahwinan. Bajet kecil menabung CARA KECIL. Layari Akaun Tabungan Emas Bajet Kecil Serendah RM100 di sini.
Ringkasan Wajarkah Pelaburan Emas Dijadikan Dana Persaraan? Dalam menilai pelaburan untuk dana persaraan, penjawat awam perlu mempertimbangkan pelbagai faktor. Pelaburan dalam emas menawarkan kestabilan, perlindungan terhadap ketidakstabilan pasaran, dan peluang pertumbuhan jangka panjang. Dengan menyertakan emas dalam portfolio pelaburan mereka, penjawat awam dapat meningkatkan peluang mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka semasa bersara.
Dengan kepelbagaian, ketahanan terhadap inflasi, dan perlindungan semasa krisis, emas menonjol sebagai pilihan pelaburan yang bijak bagi penjawat awam yang ingin memastikan masa depan kewangan mereka yang selesa dan selamat.
Oleh itu, kesimpulannya adalah sangat wajar penjawat awam memilih untuk jadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai dana persaraan nanti.
Jika anda nak mulakan tabungan emas pelaburan minima 1 gram (sekitar RM300) setiap bulan, Layari Panduan Pelaburan Emas di sini.
The post Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pelaburanemas.org/pelaburan-emas-sebagai-dana-persaraan-bagi-penjawat-awam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hantar Laporan Sumbangan Penjawat Awam Kepada Ksn Pm

Hantar Laporan Sumbangan Penjawat Awam Kepada Ksn Pm

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 434 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Ketua Setiausaha kementerian dan ketua jabatan agar mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan sesuatu projek kerajaan Perdan...
Hmmmm Laporan Projek Penjawat Awam Anwar Ibrahim

Hmmmm Laporan Projek Penjawat Awam Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 546 hits
Laporan projek secara bulanan sebelum ni semua projek tidak dilaporkan secara bulanan ker Bukankah setiap bulan ada KPI untuk setiap penjawat awam Sepatutnya untuk lebih telus dan mulus Laporan progress setiap projek jabatan di setiap agens...
Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya Rm3 000 Tetapi Berhutang Sampai Rm500 000 Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus

Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya Rm3 000 Tetapi Berhutang Sampai Rm500 000 Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 257 hits
Menerusi satu hantaran di Facebook seorang individu yang memperolehi pendapatan sebanyak RM3 000 membuat pengakuan dan meluahkan tentang bebanan kewangan yang ditanggungnya Lelaki yang enggan identitinya diketahui ramai itu mendedahkan dia ...
Penjawat Awam Diarah Selesaikan Program Pembelajaran Ai Untuk Rakyat

Penjawat Awam Diarah Selesaikan Program Pembelajaran Ai Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 363 hits
Imej hiasan KUALA LUMPUR Semua penjawat awam di peringkat persekutuan negeri dan kerajaan tempatan diarah menyelesaikan program pembelajaran dalam talian AI untuk Rakyat Program berkenaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anw...
Kerajaan Beri Jaminan Segerakan Skim Gaji Baharu Penjawat Awam

Kerajaan Beri Jaminan Segerakan Skim Gaji Baharu Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 249 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi memberikan jaminan bahawa pihak kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang ditangguhkan sebelum ini Perdana Menteri memberitahu skim tersebu...
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 608 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
Tips Pelaburan Emas

Tips Pelaburan Emas

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 627 hits
Nak buat pelaburan emas Sekarang dah ada banyak persaingan di antara bank bank dan syarikat syarikat malah kedai kedai menjual emas di Malaysia Sampai pening nak pilih yang mana dan beli emas di mana Barang kemas Atau Gold bar atau Jongkong...
Pelaburan Emas Maybank Islamic Miga I

Pelaburan Emas Maybank Islamic Miga I

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 402 hits
Pelaburan emas Maybank MIGA i merupakan satu akaun pelaburan emas yang popular di Malaysia Produk berbentuk akaun pelaburan emas yang diberi nama sebagai Maybank Islamic Gold Account i ini telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad pada ...
Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

Belajar Ilmu Pelaburan Emas Secara Percuma

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 703 hits
Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma Alhamdulillah pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua muda pelajar universiti pelajar kolej penjawat awam atau peker...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B