Pekebun Kecil Kelapa Sawit Diseru Guna Teknologi Untuk Tingkatkan Hasil


Bernama
Industri kelapa sawit, terutamanya pekebun kecil yang kini mencecah setengah juta, disaran menggunakan mekanisasi dan teknologi. - REUTERS KUALA LUMPUR: Industri kelapa sawit, terutamanya pekebun kecil yang kini mencecah setengah juta, disaran menggunakan mekanisasi dan teknologi bagi meningkatkan hasil saiz ladang mereka yang agak terhad, menurut kumpulan pemikir indusrti perladangan
 Lapan panelis dari kumpulan yang berkongsi pandangan mereka pada hari kedua Sidang Kemuncak Minyak Sawit Bukti Masa Depan (FPPO) 2020 hari ini berkata pekebun kecil ini perlu berubah untuk menguruskan ladang mereka dengan lebih baik dan meningkatkan hasil mereka
 "Mereka tidak perlu berbelanja lebih bagi mendapatkan peranti yang paling canggih tetapi cukup sekadar mendapatkan telefon pintar asas bagi memantau keadaan kerja melalui telefon bimbit termasuk mengambil gambar tanaman, memantau hasil, air dan penggunaan baja
 "Mereka perlu merekodkan apa sahaja yang sedang berlaku di ladang mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif PT e-Komoditi Solution, Ferron Haryanto
 Sama dengan pandangan beliau, Pengurus Jualan Serantau Asia Tenggara Planet Labs Inc, Shih Shen Wong berkata gangguan yang dibawa oleh teknologi baharu ini boleh digunakan penanam ke atas ladang sawit mereka dan boleh meningkatkan hasil
 "Ini amat penting memandangkan Malaysia telah berikrar untuk mengehadkan jumlah kawasan tanamannya kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023, dalam usaha menangani dakwaan bahawa pengembangan ladang kelapa sawit telah membawa kepada penebangan hutan," katanya
 Menurut Shih, isu ini boleh diselesaikan dengan penggunaan kecerdasan buatan dan teknologi rantaian blok (lejar teragih bagi kebolehkesanan)
 Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan dan Ketua Unit Pembiakan serta Pengkulturan Tisu Lembaga Minyak Sawit Malaysia Dr Meilina Ong-Abdullah ketika bercakap mengenai peningkatan hasil berkata lembaga itu sedang berusaha untuk mempercepatkan percambahan benih melalui pengklonan sawit dengan ciri-ciri khas serta baka yang tinggi dalam karotena dan vitamin E
 Bagaimanapun, akan ada beberapa cabaran seperti kos yang lebih tinggi termasuk pihak mana yang akan menanggung kos berkenaan walaupun terdapat potensi besar dalam pengembangan hasil serta meningkatkan pendapatan
 "Perlu ada perubahan dasar untuk menyokong inisiatif ini. Penyelesaian yang bagi penerimaan klon mungkin perlu melibatkan arahan dasar oleh kerajaan, model perniagaan yang berpotensi dan model kemakmuran bersama
 "Bagi arahan dasar, untuk menggalakkan penanaman klon, sekurang-kurangnya 10 peratus bahan klon perlu dimasukkan dalam program penanaman semula dan pengeluar klon perlu memperuntukkan lima hingga 10 peratus pengeluaran mereka kepada pekebun kecil atau mana-mana pihak lain sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat mereka," jelas beliau
 Seorang lagi ahli panel telah mencadangkan peningkatan hasil dengan mengintegrasikan industri kelapa sawit dengan Industri 4.0 dan bioteknologi perindustrian, yang juga dikenali sebagai Industri X
 "Industri X boleh membuka potensi hasil tersembunyi tanpa pengembangan hektar. Bioteknologi adalah teknologi yang terbukti untuk proses pengilangan minyak sawit yang lebih cekap dan mesra alam agar mampu maju ke hadapan
 "Ia juga membolehkan pengeluar minyak sawit memproses sisa menjadi wang yakni sebagai sumber biodiesel. Industri pengilangan minyak sawit masih berkembang dan untuk penambahbaikan, ia memerlukan campur tangan ramai termasuk saintis serta jurutera," kata Setiausaha Kehormat, IChemE di Lembaga Malaysia dan Pengerusi IChemE Palm Oil Processing Special Interest Group, Hong Wai Onn
 Selain meningkatkan hasil, kumpulan pemikir ini juga percaya bahawa teknologi pengilangan minyak sawit perlu berkembang
 "Keadaan operasi jentera dan peralatan di kilang sawit juga menjadi faktor dominan yang memberi kesan ke atas kehilangan minyak dan kadar perahan minyak (OER)
 "Oleh itu, penambahbaikan dalam pengoperasian mesin mungkin boleh meningkatkan OER yang seterusnya, akan membantu mengurangkan kerugian kilang sawit," kata Prof Robiah Yunus, Pengarah Institut Kajian Perladangan dan Profesor Kumpulan Penyelidikan Produk serta Teknologi Berdasarkan Bio, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia
 Beberapa penyelidikan mendapati menjelang 2050, dunia memerlukan 156 juta tan minyak sawit mentah berbanding 65 juta tan yang dihasilkan pada 2019
 Memandangkan batasan untuk memenuhi permintaan pasaran minyak sawit akibat had tanah dan kekurangan tenaga kerja, oleh itu adalah kritikal bagi industri untuk meningkatkan hasil melalui pemodenan serta penyelidikan dan pembangunan, kata Robiah
 FPPO 2020 adalah acara empat hari yang bermula semalam, bertujuan menangani isu-isu berkaitan minyak sawit dan mengesyorkan penyelesaian melalui perbincangan mengenai pasaran, dasar, strategi, teknologi, dan inovasi.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pekebun-kecil-kelapa-sawit-diseru-guna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 500 Pokok Harumanis Ditanam Bakal Tingkatkan Hasil

4 500 Pokok Harumanis Ditanam Bakal Tingkatkan Hasil

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 204 hits
Program Penanaman Serentak 4 500 lagi Pokok Mangga Harumanis Perlis di seluruh negeri ini pada hari ini dilihat sebagai satu inisiatif yang baik bagi merancakkan lagi industri Harumanis Perlis Para peserta yang terlibat dalam program ini ha...
Kelapa Sawit Berterabur Depan Rumah Pemuda Keluar Periksa 3 Angsa Peliharaannya Dulu Tengah Syok

Kelapa Sawit Berterabur Depan Rumah Pemuda Keluar Periksa 3 Angsa Peliharaannya Dulu Tengah Syok

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 215 hits
Kelapa sawit berterabur depan rumah pemuda keluar periksa 3 angsa peliharaannya dulu Tengah syok tengok TV dengar bunyi berdentum SEORANG pemuda melalui detik cemas apabila digemparkan dengan bunyi dentuman kuat di luar rumah ketika asyik m...
Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni Jangan Takut Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

Habislah Rosak Kulit Si Kecil Ni Jangan Takut Guna Cara Ini Untuk Lindungi Mereka

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 299 hits
Sebagai ibu bapa kita sangat mengambil berat dan memastikan anak anak kita sentiasa dalam keadaan yang baik Ini termasuklah memastikan kulit anak kita bersih sihat dan selesa untuk mereka Tetapi ada perkara yang membimbangkan kita ketika an...
Rincian Tarif Pungutan Ekspor Produk Kelapa Sawit Usai Alami Kenaikan

Rincian Tarif Pungutan Ekspor Produk Kelapa Sawit Usai Alami Kenaikan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 183 hits
Penyesuaian tarif pungutan ekspor tersebut merupakan tindak lanjut keputusan Komite Pengarah Badan Pengelola Dana Perkebunan Kelapa Sawit yang diketuai Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto
Kecoh Meeting Secara Maya Guna Peruntukan Rm25 Juta

Kecoh Meeting Secara Maya Guna Peruntukan Rm25 Juta

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 262 hits
Persidangan Dewam Rakyat hari ini mencuri tumpuan apabila penganjuran PersidanganEkonomi Asia Pasifik secara maya dan digital oleh Malaysia telah menelan kos berjumlah RM25 juta Malaysia menjadi tuan rumah APEC sejak 11 hingga 20 November l...
Penganggur Cuba Samun Guna Pistol Tiruan Diberkas

Penganggur Cuba Samun Guna Pistol Tiruan Diberkas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 205 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM KUALA LUMPUR Polis memberkas seorang penganggur kerana disyaki melakukan cubaan samun menggunakan pistol tiruan di kawasan tempat letak kereta sebuah restoran di Kuchai Lama di sini semalam Dalam kejadian kira k...
Diy Rak Dapur Dengan Hanya Guna Tiga Barang Ini Kreatif

Diy Rak Dapur Dengan Hanya Guna Tiga Barang Ini Kreatif

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 632 hits
Kalau nak jimat lebih baik DIY rak dapur sendiri Kosnya lebih murah cuma memerlukan sedikit kesabaran Yang penting jimat Kali ini kami akan kongsikan cara nak buat rak dapur menggunakan bakul seperti yang dikongsi oleh Abe Nik Selamat mencu...
Wanita Ini Guna Lintah Untuk Rawat Masalah Jerawat Di Muka Buat Netizen Meremang

Wanita Ini Guna Lintah Untuk Rawat Masalah Jerawat Di Muka Buat Netizen Meremang

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 348 hits
The ReporterMasalah jerawat di wajah sememangnya sungguh tidak menyenangkan dan bagi yang mengalami masalah tersebut pastinya telah mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan jerawat agar wajah bersih dan tampil berkeyakinan apabila berdepan ...
Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak

Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 247 hits
Seorang penduduk melalui jalan Kampung Hutan Palas Kodiang di Kubang Pasu yang rosak dan berlubang KUBANG PASU Kira kira 40 penduduk daripada tujuh buah keluarga di Kampung Hutan Palas Kodiang di sini memohon kerajaan membina jalan tar di k...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya