Dah 2020 Tapi Masih Guna Jalan Berlopak


Seorang penduduk melalui jalan Kampung Hutan Palas, Kodiang di Kubang Pasu yang rosak dan berlubang.




KUBANG PASU: Kira-kira 40 penduduk daripada tujuh buah keluarga di Kampung Hutan Palas, Kodiang di sini memohon kerajaan membina jalan tar di kawasan rumah mereka untuk kemudahan serta keselamatan penduduk.

 
Salah seorang penduduk, Mohd Nizam Ahmad, 38, berkata, laluan utama mereka itu tidak berturap serta berlopak dan ditakungi air apabila hujan.

 
Menurutnya, dia bersama penduduk kampung pernah menghantar beberapa kali permohonan jalan baharu kepada pihak berkaitan, namun sehingga kini keadaan jalan itu masih tidak berubah.

 
"Pelbagai alasan kami terima. Antaranya tiada peruntukan untuk membuat jalan baharu sehinggakan penduduk kampung terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli batu bagi menambun jalan yang rosak dan berlopak ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

 
Menurutnya, keadaan itu mengancam keselamatan penduduk kerana mereka seringkali terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada keadaan jalan berkenaan.

 
Selain masalah jalan, katanya, mereka juga menghadapi masalah bekalan air bersih.

 
"Saya dan empat buah rumah jiran di sini tidak dapat bekalan air bersih. Bayangkan berpuluh-puluh tahun lalu kami hanya bergantung dengan air telaga sahaja.

 
"Air dari telaga ini kami dapat melalui pam air yang dipasang sendiri oleh penduduk. Kami terpaksa kumpul duit keluarkan modal untuk memasang pam air ini demi memudahkan ahli keluarga mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

 
Menurutnya, sekitar tiga tahun lepas, terdapat kerja-kerja pemasangan paip untuk bekalan air bersih di bawah Bekalan Air Luar Bandar di situ.

 
"Bagaimanapun, sehingga kini ia masih terbengkalai. Paip-paip ini ada tetapi air bersih tidak ada. Saya pun tidak pasti sebab apa tak siap," katanya.

 
Seorang lagi penduduk, Saodah Hanapi, 58, berkata, dia menggunakan jalan berkenaan sejak berkahwin dan menetap bersama suaminya di kampung itu kira-kira 38 tahun lalu.

 

"Sehingga masuk tahun 2020 pun, jalan masih sama, tidak ada jalan baharu, jalan tidak elok. Saya pun tidak pasti kenapa susah sangat penduduk kampung di sini hendak dapat jalan bertar sedangkan kampung berdekatan semuanya sudah ada jalan yang elok dan bertar," katanya.

 
--sinarharian

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/dah-2020-tapi-masih-guna-jalan-berlopak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

Dah Lebih Seminggu Tapi Duit Masih Belum Masuk Akaun Bank Ramai Rakyat Malaysia Yang Jadi Mangsa Skim Like Share

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 795 hits
loading Ketika ini tular satu platform yang menawarkan satu pulangan yang lumayan dengan hanya menekan tanda suka ikut dan kongsi di media sosial Sudah pastinya jaringan ini menarik perhatian sesiapa sahaja apatah lagi individu yang terkesa...
Hiburan Umur Dah 26 Tahun Tapi Masih Dapat Watak Budak Sekolah Daiyan Trisha Mahu Dikenali Sebagai Pelakon Serba Boleh

Hiburan Umur Dah 26 Tahun Tapi Masih Dapat Watak Budak Sekolah Daiyan Trisha Mahu Dikenali Sebagai Pelakon Serba Boleh

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 525 hits
Pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha mengaku dirinya gembira apabila ditawarkan dengan watak pelajar sekolah meskipun usia sudah pun mencecah 26 tahun Tidak merasa janggal Daiyan bakal membawakan watak tersebut menerusi drama siri berjud...
Apa Guna Melayu Bersatu Dalam Pn Tapi Bergocoh

Apa Guna Melayu Bersatu Dalam Pn Tapi Bergocoh

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 300 hits
Ipohmali MB Perak Melayu Semua Exco Perak Melayu Speaker Melayu Timbalan Speaker Melayu Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu Datuk Bandar Melayu Ketua Polis Perak Melayu Mufti juga Melayu Tidak ada seroang pun Exco Cina atau India Apalagi DAP ...
Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 Ppbm Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa Tapi Ppbm Masih Bernafsu Besar

Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 Ppbm Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa Tapi Ppbm Masih Bernafsu Besar

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 421 hits
Kalau di peringkat pusat Presiden PPBM Muhyiddin Yassin bergelut dalam menghadapi pengundian Bajet 2021 dan usul undi percaya serta usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat di peringkat negeri Perak pula Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faiza...
Misteri Kacamata 3d Zaman Kecil Dulu Udah Tahu Nggak Berguna Tapi Tetep Aja Masih Dibeli

Misteri Kacamata 3d Zaman Kecil Dulu Udah Tahu Nggak Berguna Tapi Tetep Aja Masih Dibeli

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 459 hits
Namanya juga masih bocah habisnya dulu penasaran banget sih sama yang katanya kacamata 3D ini Siapa yang begini juga
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang

Tanda Atau Pengikhtirafan Muslim Choice Adalah Haram

Telaga Syifa Mukjikat Nabi Muhammad S A W

Cheese Potato Crispy Snek Rangup Berkeju Yang Super Sedap Bikin Ketagih

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Monolog Jiwa Bukan Kerana Aku