Peguam Negara Tunjuk Jalan Yang Salah Kepada Perdana Menteri


 
Bagi yang peka dan bukan pekak, mereka tentu sedar bahawa asal usul tentang perlunya undi percaya dibentangkan di Parlimen untuk mengabsahkan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Mahiaddin Md Yasin adalah datang daripada Yang Dipertuan Agong sendiri.
Agong bertitah berkenaan perkara tersebut pada 18 Ogos lalu, dua hari setelah Mahiaddin mengutus surat perletakan jawatannya dan ketika baginda dalam proses melantik Perdana Menteri yang baru.
Dalam titah yang disampaikan melalui kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, baginda bertitah, Perdana Menteri yang dilantik menerusi surat akuan atau SD daripada Ahli-Ahli Parlimen hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Menurut baginda, langkah tersebut bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
“Surat akuan 220 Ahli Parlimen hanya bertujuan membantu Agong membuat keputusan melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” kata kenyataan Istana Negara itu seterusnya.
Berdasarkan titah tersebut yang mudah difahami, tidak harus ada mana-mana berlagak lebih daripada Raja dengan berhujah kononnya tidak perlu lagi undi percaya dibentangkan di Parlimen setelah Perdana Menteri dilantik oleh Agong.
Hakikatnya, Agong sendiri yang mahukan perlantikan Perdana Menteri oleh baginda itu diabsahkan di Parlimen agar tidak timbul pertikaian yang berterusan mengenai kesahihannya.
Dengan yang demikian, kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun yang menyebut tiada keperluan lagi usul undi percaya dibentangkan di Parlimen setelah perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Agong adalah tidak relevan sama sekali.
Kenyataan beliau bukan saja menunjukkan sikap derhakanya sekali lagi terhadap Agong setelah dalam era Mahiaddin sebelum ini beliau mempertikai kuasa baginda dalam memanggil sidang Parlimen, malah menunjukkan keghairahannya mahu mengampu Ismail Sabri.
Mungkin cubaan mengampu itu agar dirinya terus dikekalkan lagi sebagai Peguam Negara, tetapi ia dalam masa yang sama adalah tindakan merbahaya kepada masa depan Ismail Sabri sendiri.
Jika Ismail Sabri terperangkap dan setuju dengan pendapatnya itu, ia pasti akan mendedahkan beliau kepada penderhakaan yang sama kepada Agong, selain sengaja mengundang kecaman ramai.
Sebagai anak kelahiran Pahang, tentulah buruk benar rupanya jika Ismail Sabri turut derhaka kepada Agong yang juga merupakan Sultan Negeri Pahang.
Lantaran itu, Ismail Sabri tidak perlu sama sekali melayan pandangan Idrus itu kerana beliau lebih perlu menunjukkan kesetiaan kepada Raja berbanding sesiapa yang lain.
Untuk kebaikan masa depannya juga, adalah lebih baik Ismail Sabri mencari calon Peguam Negara yang baru berikutan Idrus telah cuba menunjukkan jalan yang salah kepadanya dari segi kesetiaan kepada Raja dan keperluan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri diabsahkan di Parlimen sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang jelas Agong sendiri lebih memahaminya.
Tidak dapat tidak, oleh kerana keperluan usul percaya itu adalah titah Agong, Ismail Sabri mesti melaksanakannya dan tidak sesekali cuba lari daripadanya.
Ismail Sabri harus belajar daripada apa yang dilalui Mahiaddin di mana tindakan cuba lari daripada menguji keabsahannya di Parlimen itulah yang akhirnya menjatuhkannya.
Hadapilah dengan keberanian ujian keabsahan melalui usul percaya di Parlimen agar kemudiannya tiada apa-apa lagi yang dapat menggugat kedudukannya – 


ShahbudinHusin 05/09/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/peguam-negara-tunjuk-jalan-yang-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Berkata Parlimen Tidak Perlu Absahkan Pelantikan Perdana Menteri Baharu

Peguam Negara Berkata Parlimen Tidak Perlu Absahkan Pelantikan Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 278 hits
KUALA LUMPUR Pelantikan Perdana Menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda kata Peguam Negara Tan Sri Datuk Idrus Harun Dalam kenyataannya berkata sekiranya pelantikan Perdana Menteri ...
Perdana Menteri Menghadap Yang Di Pertuan Agong Persembahkan Senarai Jemaah Menteri

Perdana Menteri Menghadap Yang Di Pertuan Agong Persembahkan Senarai Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 267 hits
KUANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini tengahari tadi Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua ja...
Lelaki Ini Kongsikan Ilustrasi Kesemua Perdana Menteri Malaysia

Lelaki Ini Kongsikan Ilustrasi Kesemua Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 1423 hits
Semangat Kemerdekaan pastinya membara apabila tibanya bulan Ogos yang juga digelar bulan Kebangsaan Dimana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun pada 31 Ogos Dalam masa yang sama pula bulan Ogos ini juga kita telah mendapat seor...
Keputusan Bijaksana Perdana Menteri Bukti Ini Kabinet Ismail Sabri

Keputusan Bijaksana Perdana Menteri Bukti Ini Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 286 hits
Keputusan bijaksana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan dengan Pakatan Harapan adalah isyarat jelas pembentukan kabinet baharu kerajaan yang bakal diumumkan tidak lama lagi adalah Kabinet ...
Perdana Menteri Umum Senarai Kabinet Berorientasikan Hasil

Perdana Menteri Umum Senarai Kabinet Berorientasikan Hasil

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 187 hits
Ismail Sabri umum Senarai Ahli Jemaah Menteri Baharu PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan Kabinet Berorientasikan Hasil yang merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rak...
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Kali Kedua Dalam Sejarah Tiada Timbalan Perdana Menteri Dilantik

Kali Kedua Dalam Sejarah Tiada Timbalan Perdana Menteri Dilantik

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 242 hits
Buat kali kedua dalam sejarah sekali lagi tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dinamakan dalam barisan jemaah Kabinet baharu pada kali ini
Azmin Ali Jadi Pilihan Utama Bersatu Untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri Baharu

Azmin Ali Jadi Pilihan Utama Bersatu Untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 274 hits
SHAH ALAM Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini menjadi pilihan utama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri Menurut satu sumber faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah beliau telah berjaya mendapatkan ...
Perdana Menteri Ziarah Ahmad Zahid

Perdana Menteri Ziarah Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 219 hits
bharian comOleh Ogos 24 2021 10 50pmIsmail Sabri menziarahi Ahmad Zahid di hospital Foto facebookKUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hospital swasta di Sha...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation