Perdana Menteri Umum Senarai Kabinet Berorientasikan Hasil


Ismail Sabri umum Senarai Ahli Jemaah Menteri Baharu


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan senarai barisan 'Kabinet Berorientasikan Hasil' yang merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Mengumumkannya di Perdana Putra di sini, beliau membentuk kabinet itu yang merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia.

"Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lepas di Istana Negara.

Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan kepada pelantikan Ahli Parlimen Bera itu selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menamakan anggota Jemaah Menterinya hari ini, dan 4 menteri kanan. 4 menteri kanan yang diumumkan Hishammuddin Hussein (Umno), Mohamed Azmin Ali (Bersatu), Radzi Jidin (Bersatu), dan Fadillah Yusof (Gabungan Parti Sarawak).

Setakat pengumuman hari ini, tiada seorang wakil rakyat dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perkembangan ini di sebalik spekulasi seorang pemimpin Bersatu akan dinamakan sebagai timbalannya.

Ismail mengangkat sumpah perdana menteri ke-9 Sabtu lalu. Berikut anggota Jemaah Menteri dan portfolio masing-masing: 1. Kewangan: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
2. Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Mohamed Azmin Ali
3: Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Alexander Nanta Linggi
4. Tenaga dan Sumber Asli: Takiyuddin Hassan
5: Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Zuraidah Kamaruddin
6: Pertanian dan Industri Asas Tani: Ronald Kiandee
7: Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan: Nancy Shukri
8. Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Noh Omar
9. Pembangunan Luar Bandar: Mahadzir Khalid
10: Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Reezal Merican Naina Merican
11. Sumber Manusia: Saravanan Murugan
12. Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
13. Pendidikan: Mohd Radzi Md Jidin
14. Pengajian Tinggi: Noraini Ahmad
15. Hal Ehwal Dalam Negeri: Hamzah Zainuddin
16. Hal Ehwal Luar Negeri: Saifuddin Abdullah
17. Pertahanan: Hishammuddin Hussein
18. Kerja Raya: Fadillah Yusof
19. Pengangkutan: Wee Ka Siong
20. Komunikasi dan Multimedia: Annuar Musa
21. Alam Sekitar: Tuan Ibrahim Tuan Man
22. Sains, Teknologi, dan Inovasi(MOSTI): Adham Baba
23. Wanita, Keluarga, dan Masyarakat: Rina Harun
24. Belia dan Sukan: Ahmad Faizal Azumu
25: Perpaduan Negara: Halimah Mohamed Sadique
26. Wilayah Persekutuan: Shahidan Kassim Berikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan portfolio masing-masing: 1. Ekonomi: Mustapa Mohamed
2. Hal Ehwal Sabah dan Sarawak: Maximus Johnity Ongkili
3. Undang-undang: Wan Junaidi Tuanku Jaafar
4. Hal Ehwal Agama: Idris Ahmad
5. Tugas-tugas Khas: Abdul Latiff Ahmad


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/perdana-menteri-umum-senarai-kabinet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Kabinet Baharu 2021 Di Bawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 9

Senarai Kabinet Baharu 2021 Di Bawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 432 hits
Kredit https s3media freemalaysiatoday com Assalamualaikum dan selamat pagi semua Pagi Jumaat yang barokah dan pagi ini juga Perdana Menteri Ke 9 mengumumkan barisan kabinet baharu Yang pasti semua lapisan masyarakat mahu kabinet baharu bek...
Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 583 hits
gerakmalaysia com by PUTRAJAYA Ogos 16 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira kira pukul 8 07 pagi ini Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol malah sempat menurunk...
Tunggu Saya Umum Dulu Jangan Percaya Nama Menteri Kabinet Yang Keluar Pm

Tunggu Saya Umum Dulu Jangan Percaya Nama Menteri Kabinet Yang Keluar Pm

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 264 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob YAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan barisan menteri Kabinet kerajaan baharu minggu ini Beliau berkata pada masa ini beliau belum menyiapkan senarai penuh barisan...
Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 495 hits
Berikut merupakan senarai penuh Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali Timbalan Lim Ban Hong Menteri Kanan P...
Perdana Menteri Menghadap Yang Di Pertuan Agong Persembahkan Senarai Jemaah Menteri

Perdana Menteri Menghadap Yang Di Pertuan Agong Persembahkan Senarai Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 337 hits
KUANTAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini tengahari tadi Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua ja...
Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Senarai Kementerian Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 582 hits
Umum telah tahu bahawa Malaysia telah mempunyai Perdana Menteri yang kesembilan setelah Perdana Menteri kelapan iaitu Tan Sri Dato Haji Mahiaddin bin Md Yasin meletakkan jawapan kerana kegagalan mendapatkan sokongan ahli Parlimen bersandark...
Keputusan Bijaksana Perdana Menteri Bukti Ini Kabinet Ismail Sabri

Keputusan Bijaksana Perdana Menteri Bukti Ini Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 437 hits
Keputusan bijaksana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan dengan Pakatan Harapan adalah isyarat jelas pembentukan kabinet baharu kerajaan yang bakal diumumkan tidak lama lagi adalah Kabinet ...
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 388 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu