Peguam Negara Berkata Parlimen Tidak Perlu Absahkan Pelantikan Perdana Menteri Baharu




KUALA LUMPUR - Pelantikan Perdana Menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, kata Peguam Negara, Tan Sri Datuk  Idrus Harun.
Dalam kenyataannya, berkata sekiranya pelantikan Perdana Menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.
“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” katanya.
Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Perdana Menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Istana Negara dalam kenyataan pada tarikh demikian, berkata, langkah itu bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Katanya, surat akuan 220 ahli Dewan Rakyat hanya bertujuan membantu baginda membuat keputusan melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Idrus, berkata Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa budi bicara kepada Seri Paduka Baginda melantik perdana menteri harus dibaca bersama Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mana perdana menteri hendaklah dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Ternyata sekali pelantikan Perdana Menteri merupakan tanggungjawab perlembagaan (constitutional responsibility) dan kuasa mutlak Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata, tatacara penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah pun diputuskan oleh Seri Paduka Baginda sendiri.
Idrus berkata, bagi tujuan berkenaan, Seri Paduka Baginda telah pun mengadakan sesi menghadap bersama ketua-ketua parti politik utama negara pada 17 Ogos 2021 apabila kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat telah diminta menyatakan nama ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri menerusi akuan berkanun (SD).
“Seterusnya, nama-nama bakal perdana menteri daripada kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara, masing-masing menerusi surat akuan pada 18 Ogos 2021 lalu,” katanya.
Beliau berkata, susulan daripada penerimaan surat akuan berkenaan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap seramai 114 ahli Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka kepada ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri iaitu  Datuk Seri Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera.
“Seterusnya, pada 21 Ogos 2021 juga Perdana Menteri baharu telah pun mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda menurut kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/peguam-negara-dakwa-parlimen-tidak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Tunjuk Jalan Yang Salah Kepada Perdana Menteri

Peguam Negara Tunjuk Jalan Yang Salah Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 210 hits
Bagi yang peka dan bukan pekak mereka tentu sedar bahawa asal usul tentang perlunya undi percaya dibentangkan di Parlimen untuk mengabsahkan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Mahiaddin Md Yasin adalah dat...
Senarai Kabinet Baharu 2021 Di Bawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 9

Senarai Kabinet Baharu 2021 Di Bawah Pentadbiran Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 372 hits
Kredit https s3media freemalaysiatoday com Assalamualaikum dan selamat pagi semua Pagi Jumaat yang barokah dan pagi ini juga Perdana Menteri Ke 9 mengumumkan barisan kabinet baharu Yang pasti semua lapisan masyarakat mahu kabinet baharu bek...
Azmin Ali Jadi Pilihan Utama Bersatu Untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri Baharu

Azmin Ali Jadi Pilihan Utama Bersatu Untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 314 hits
SHAH ALAM Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini menjadi pilihan utama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri Menurut satu sumber faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah beliau telah berjaya mendapatkan ...
Kenyataan Peguam Negara Menyalahi Konvensyen Perlembagaan Parlimen

Kenyataan Peguam Negara Menyalahi Konvensyen Perlembagaan Parlimen

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 225 hits
Kenyataan Peguam Negara menyalahi konvensyen perlembagaan Parlimen Jawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan menyifatkan kenyataan Peguam Negara berkenaan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ...
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Mb Kedah Ucap Tahniah Pelantikan Barisan Jemaah Menteri Baharu

Mb Kedah Ucap Tahniah Pelantikan Barisan Jemaah Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 239 hits
MB Kedah ucap tahniah pelantikan barisan jemaah menteri baharu Kerajaan Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet Keluarga Malaysia yang baharu dilantik pada Jumaat Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan ne...
Lantik Menteri Dari Parti Pembangkang Normala Samsudin Komen Barisan Kabinet Yang Baharu

Lantik Menteri Dari Parti Pembangkang Normala Samsudin Komen Barisan Kabinet Yang Baharu

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 235 hits
Terjawab teka teki apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinet Malaysia 2021 awal pagi tadi
Dr Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

Dr Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 257 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Dato 8217 Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Dalam satu kenyataan di laman Twitter belia
Jemaah Menteri Ismail Sabri Dan Politik Damai Di Parlimen

Jemaah Menteri Ismail Sabri Dan Politik Damai Di Parlimen

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 272 hits
Anggota Jemaah Menteri Ismail Sabri akan diumumkan hari ini Jumaat 27 Ogos seketika lagi Selesai pengumumannya maka berakhirlah juga segala spekulasi pertanyaan dan teka teki Ini kerajaan BN ke Kerajaan PN 2 0 ke Macam macam lagi Semuanya b...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan