Peguam Hina Kdmr Setuju Bayar Sogit 7 Kerbau


Peguam Marcel Jude Joseph (duduk kiri) menandatangani surat perjanjian bersetuju membayar 'sogit' tujuh kerbau di hadapan Timbalan Presiden KDCA, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (duduk kanan) dan pegawai KDCA.
Marcel berdamai dengan komuniti KDMR

PENAMPANG: Seorang peguam bersetuju membayar 'sogit atau denda tujuh ekor kerbau mengikut hukuman adat masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) berikutan tindakannya membuat kenyataan menyinggung perasaan masyarakat itu berhubung pertandingan Unduk Ngadau atau Ratu Cantik Kaamatan, baru-baru ini.

Peguam terbabit Marcel Jude Joseph hari ini menandatangani perjanjian mengenai persetujuan membayar denda terbabit selain menyiarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka di akhbar tempatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata perjanjian itu ditandatangani selepas Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dan Marcel mencapai persetujuan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Jeffrey yang juga Timbalan Presiden KDCA, berkata Marcel bersetuju untuk menyelesaikan 'sogit' yang berupa tujuh ekor kerbau itu kepada masyarakat KDMR melalui KDCA dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Marcel Jude (duduk kiri) dan Dr Jeffrey (duduk kanan) menandatangani perjanjian tersebut. "Perjanjian ini akan didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri (MAN) Penampang. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mencabar syarat perjanjian ini di mana-mana mahkamah di Sabah.

"Bagi pihak KDCA dan semua persatuan yang bersekutu dengannya, kita bersetuju tidak mengemukakan tindakan mahkamah terhadap Marcel dan kita beranggapan perkara ini sudah selesai.

"Sehubungan itu, kita meminta kepada semua masyarakat KDMR untuk membuang kebencian, sebaliknya melakukan apa yang kita selalu buat ke arah mempromosikan keamanan dan perpaduan," katanya.

Penyelesaian itu juga mendapat persetujuan daripada Presiden KDCA yang juga Huguon Siou atau pemimpin agung Kadazandusun, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang meminta agar isu dicetuskan Marcel tidak dipanjangkan.

Jeffrey berkata, jumlah 'sogit' yang dikenakan itu ditentukan berdasarkan tujuh jenis adat dan tradisi yang diamalkan masyarakat KDMR.

"Marcel juga perlu membuat permohanan maaf secara terbuka kepada masyarakat KDMR walaupun sudah meminta maaf kepada Jawatankuasa Unduk Ngadau dan peserta pertandingan itu," katanya.

Bagi memastikan isu itu tidak berulang, Jeffrey berkata KDCA sudah diarahkan untuk mendirikan batu sumpah di perkarangan Hongkod Koisaan KDCA, di sini sebagai simbol persetujuan yang menjadi antara adat dan tradisi masyarakat KDMR.

Pada Jun lalu, isu pertandingan Unduk Ngadau timbul selepas seorang pegawai penganjur pertandingan didakwa mencabul salah seorang peserta sebelum Marcel yang mewakili lelaki terbabit mengeluarkan kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap peserta Unduk Ngadau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/peguam-hina-kdmr-setuju-bayar-sogit-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Setuju Runding Dengan Parti Luar Pn Untuk Usul Percaya Muhyiddin

Pn Setuju Runding Dengan Parti Luar Pn Untuk Usul Percaya Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 179 hits
Muhyiddin dalam perutusan khas sebentar tadi PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kerajaan Perikatan Nasional mencapai kata sepakat untuk berunding dengan parti di luar PN untuk mengusulkan undi percaya PN capai ka...
Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 242 hits
Najib berkata pembentangan laporan kepada PAC perlu dipertimbangkan dan dirancang dengan berhati hati bagi mengelakkan fakta atau isu isu syarikat tersebut diputarbelitkan misalnya melalui pembocoran maklumat kepada pihak ketiga dan dijadik...
Ketua Bahagian Lancar Gerakan Singkir Zahid Tak Setuju Keluar Pn

Ketua Bahagian Lancar Gerakan Singkir Zahid Tak Setuju Keluar Pn

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 431 hits
agendadaily com7 8 2021Pemimpin akar umbi UMNO lancar gerakan menyingkirkan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pemimpin akar umbi UMNO seluruh negara kini sudah melancarkan gerakan untuk menyingkirkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahi...
30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

30 Ahli Parlimen Umno Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 325 hits
bebasnews myBy 06 08 2021SHAH ALAM Seramai 30 Ahli Parlimen UMNO didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO demi kebaikan parti tersebut Menurut laporan Astro Awani Ahli Majlis Tert...
Najib Persoal Kenyataan Ahli Parlimen Bn Nafi Terlibat Setuju Langgar Arahan Mkt Semalam

Najib Persoal Kenyataan Ahli Parlimen Bn Nafi Terlibat Setuju Langgar Arahan Mkt Semalam

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 371 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan mengenai Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih setia menyokong pemerintahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin Jelas bekas Perdana Menteri itu beliau ...
Kerajaan Setuju Taman Rekreasi Di Negeri Fasa 1 Dibuka

Kerajaan Setuju Taman Rekreasi Di Negeri Fasa 1 Dibuka

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 372 hits
Taman rekreasi awam dibuka esok untuk riadah Taman rekreasi negeri PPN Fasa 1 dibenar buka PUTRAJAYA Individu yang telah menerima vaksinasi Covid 19 lengkap di negeri negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara kini dibenarkan beriadah di taman ta...
Pm Mahiaddin Kabinet Dipandang Hina Derhaka Perintah Agong Tutup Parlimen

Pm Mahiaddin Kabinet Dipandang Hina Derhaka Perintah Agong Tutup Parlimen

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 342 hits
Kerajaan Perikatan Nasional yang telah hilang keabsahan dehaka kepada Yang di Pertuan Agong serta mengunci Parlimen sewajarnya dipandang hina oleh rakyat Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Malaysia mempunyai Yang di Pertu...
Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2 0 Mengaku Tak Salah Hina Islam Di Fb

Bekas Timbalan Pengerusi Bersih 2 0 Mengaku Tak Salah Hina Islam Di Fb

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 306 hits
FMT ReportersSarajun Hoda Abdul Hassan 65 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping atas tuduhan memulakan penghantaran menggunakan komunikasi jelik berkaitan Islam di Facebook April lalu PETALING JAYA Bekas timbalan pengerusi Bersih 2 0 dihada...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord