Pegawai Tolak Opsyen Sspa Tidak Nikmati Pelarasan Gaji


bharian.com.my
BERNAMA - September 14, 2024 @ 11:34am

Foto hiasan - FAIL NSTP
KUALA LUMPUR: Pegawai yang menolak opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tidak layak menerima pelarasan gaji yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada 1 Disember tahun ini bagi Fasa 1 dan 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mereka yang turut tidak layak menerima pelarasan gaji ialah pegawai yang tidak lagi berkhidmat pada 1 Disember 2024 atau 1 Januari 2026.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang layak menerima pelarasan gaji bagi Fasa 1 ialah pegawai yang dilantik sebelum 1 Disember tahun ini dan sedang berkhidmat pada tarikh sama atau pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.

"Bagi Fasa 2 pula, pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2026 atau pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026," menurut pekeliling yang disiarkan menerusi laman sesawang JPA.

Pelarasan gaji sebanyak 15 peratus diberi secara berfasa kepada kumpulan perkhidmatan iaitu pengurusan dan profesional serta pelaksana dengan lapan peratus atau minimum RM240 bagi Fasa 1 manakala tujuh peratus bagi Fasa 2.

Mengenai kaedah dan prinsip pelarasan gaji bagi Fasa 1, pekeliling itu memaklumkan pegawai dengan gaji RM3,000 ke atas diberi pelarasan gaji sebanyak lapan peratus atau pegawai dengan gaji RM3,000 dan ke bawah diberi pelarasan gaji sebanyak RM240.

"Sekiranya gaji pegawai setelah diberi pelarasan gaji adalah di bawah daripada Gaji Permulaan Terendah (GPT) atau gaji permulaan skim perkhidmatan di bawah SSPA, gaji pegawai akan dipindah ke amaun GPT atau gaji permulaan skim perkhidmatan berkenaan.

Bagi pegawai yang menerima opsyen SSPA tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan di bawah SSPA, gaji pegawai tertakluk kepada struktur gaji yang berkuat kuasa di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM).

"Selain itu, gaji pegawai akan dipindah berdasarkan skim perkhidmatan dan struktur gaji di bawah SSPA, sehari selepas pegawai memenuhi syarat pertukaran pelantikan di bawah SSPA," menurut pekeliling itu.

Pemberian pelarasan gaji bagi Fasa 2 SSPA adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2025 ditambah dengan kadar tujuh peratus pada 1 Januari 2026.

"Pegawai yang tarikh pergerakan gaji adalah pada 1 Januari 2026, pelarasan gaji hendaklah diberi terlebih dahulu dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia," katanya.

Sementara itu, pekeliling berkenaan menggariskan dua pemberian kemudahan baharu di bawah SSPA bagi memelihara kesejahteraan pegawai dengan mengimbangi kehidupan dan keperluan tugas.

Ia membabitkan pemberian kemudahan vaksin kepada pegawai yang diarahkan oleh ketua jabatan untuk mengambil vaksin atas sebab keperluan perkhidmatan atau keperluan melaksanakan tugas dengan jenis vaksin dan kadar pemberian adalah berdasarkan sokongan Kementerian Kesihatan.

Selain itu, pengwujudan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Kelompok yang lebih fleksibel, dengan bilangan hari maksimum 20 hari setahun kalendar adalah gabungan 13 CTR sedia ada dengan tujuh CTR baharu.

"Pegawai boleh mengambil mana-mana jenis CTR Kelompok mengikut syarat ditetapkan dan mengatur bilangan hari CTR yang diambil mengikut keperluan pegawai tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan," menurut pekeliling berkenaan.

Untuk makluman lanjut, boleh layari https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling.
 – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pegawai-tolak-opsyen-sspa-tidak-nikmati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Tolak Lamaran Askar Pangkat Koperal Terkejut Dapat Tahu Baki Gaji Tinggal Negative

Wanita Tolak Lamaran Askar Pangkat Koperal Terkejut Dapat Tahu Baki Gaji Tinggal Negative

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 126 hits
nbsp Dia pernah paksa saya ambil kereta Alza kononnya senang ada anak nanti padahal kahwin pun belum
Jadual Gaji Gred K Sspa Terkini Minimum Dan Maksimum Perkhidmatan Keselamatan Dan Pertahanan Awam Mulai 1 Disember 2024

Jadual Gaji Gred K Sspa Terkini Minimum Dan Maksimum Perkhidmatan Keselamatan Dan Pertahanan Awam Mulai 1 Disember 2024

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 371 hits
Jadual Gaji Gred K SSPA Jadual gaji Gred K SSPA memberikan gambaran mengenai struktur gaji minimum dan maksimum untuk pegawai yang berkhidmat dalam sektor keselamatan dan pertahanan awam Bermula 1 Disember 2024 perubahan terkini dalam SSPA ...
Elaun Sspa Prinsip Jenis Syarat Umum Kelayakan

Elaun Sspa Prinsip Jenis Syarat Umum Kelayakan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 241 hits
Elaun SSPA Prinsip Jenis Syarat Umum Kelayakan Bermula pada 1 Disember 2024 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Para penjawat awam boleh memilih sama ada untuk...
Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 276 hits
Mungkin masih ramai yang tak perasan adanya Lampiran Soalan Lazim yang lebih terperinci dalam Pekeliling SSPA Penting untuk setiap penjawat awam membaca setiap lampiran ini bagi memastikan anda betul betul faham dan dapat membuat pilihan op...
Soal Jawab Pencen Sspa Serta Faedah Persaraan Sspa

Soal Jawab Pencen Sspa Serta Faedah Persaraan Sspa

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 316 hits
Soal Jawab Pencen SSPA Serta Faedah Persaraan SSPA Persoalan berkenaan pencen dijawab dalam soal jawab pencen SSPA oleh admin Jabatan Perkhidmatan Awam di Admin tersebut menerangkan dengan terperinci soal jawab yang sering ditanyakan berken...
Pekeliling Sspa Jpa 2024

Pekeliling Sspa Jpa 2024

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 185 hits
YAB Perdana Menteri dalam ucapan semasa Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2023 pada 1 Mei 2023 menekankan mengenai keperluan untuk menambah baik Sistem Saraan Perkhidmatan AWAM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Hal ini selaras dengan RMKe ...
Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar

Perubahan Gred Sspa Senarai Jawatan Disatukan Ditukar

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 360 hits
Selari dengan pengumuman mengenai perlaksanaan Sistem Saraan Penjawat Awam atau SSPA kerajaan juga telah mengumumkan terdapat beberapa perubahan gred SSPA bagi menambahbaik sistem saraan sedia ada Untuk maklumat rasmi mengenai SSPA sila ruj...
Tolak Anak Jatuh Sungai Tapi Lapor Hilang

Tolak Anak Jatuh Sungai Tapi Lapor Hilang

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 249 hits
KOSMOGambar fail menunjukkan jambatan di sungai Khannaut pada 8 April 2018 ABP nbsp NEW DELHI Seorang lelaki di Shahjahanpur wilayah Uttar Pradesh ditahan kerana menolak anak lelakinya yang berusia lima tahun ke dalam sungai sebagai cubaan ...
Pas Tolak Ajakan Sertai Kerajaan Madani

Pas Tolak Ajakan Sertai Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 155 hits
Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya Menurut Mursyidul Am PAS Hashim Jasin parti itu tidak ...
So Apa Sudah Jadi Malaysia

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord

Fadhilah Intan Pika Iskandar Istikharah Cinta Chord

Wknd Special A Yamaha Xt600 Street Tracker From Porto

Wey Mca Sudah Pupus Lo Mana Ada

Babi Tak Senang Duduk