Pekeliling Sspa Jpa 2024
YAB Perdana Menteri dalam ucapan semasa Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2023 pada 1 Mei 2023 menekankan mengenai keperluan untuk menambah baik Sistem Saraan Perkhidmatan AWAM (SPPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Hal ini selaras dengan RMKe-12 di bawah Bab 13 – Bidang Keutamaan A “Membangunkan Perkhidmatan Awam Yang Berprestasi Tinggi”.
Berkuat kuasa 1 Disember 2024, Kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai Awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari mulai 21 Oktober sehingga 30 November 2024.
Jadi, bagi penjawat awam yang memilih SSPA, ada banyak kelebihannya. Kenapa?
- Pencen Kekal untuk Pegawai Awam berstatus Tetap;
- Peluang kerjaya yang lebih baik; dan
- Pelarasan gaji hanya untuk Pegawai Awam yang memilih opsyen SSPA sahaja
Dengan terlaksananya SSPA ini, Kerajaan menerusi YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia di kalangan Pegawai Awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam memacu kesejahteraan Negara dan rakyat secara keseluruhannya. Laman Web untuk muat turun pekeliling:- https://sspa.jpa.gov.my/index.php/pekeliling
𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 (𝗦𝗦𝗣𝗔) 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟
📌 Pegawai Awam Berstatus Tetap dan Berpencen yang memilih SSPA - Pencen kekal dan dapat pelarasan gaji
📌 Pegawai Awam Berstatus Tetap dan Berpencen yang memilih SSM - Pencen kekal dan tidak dapat pelarasan gaji
📌 Pegawai Awam berstatus Kontrak (𝘾𝙤𝙣𝙩𝙧𝙖𝙘𝙩 𝙤𝙛 𝙎𝙚𝙧𝙫𝙞𝙘𝙚) dapat pelarasan gaji
📌 Taklimat dengan Pihak Berkuasa Melantik; 17 September 2024
📌 SLU dengan Pengurus Sumber Manusia Kementerian; 18 September 2024
📌 SLU dengan Pengurus Sumber Manusia Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; 19 September 2024
Sumber berita:
https://ecentral.my/sspa/#google_vignette
https://x.com/jpagov/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://arnamee.blogspot.com/2024/09/pekeliling-sspa-jpa-2024.html