Pas Tolak Ajakan Sertai Kerajaan Madani


 


Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan, pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya.

Menurut Mursyidul Am PAS Hashim Jasin parti itu “tidak akan memenuhi ajakan” untuk menyertai kerajaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Alasan Hashim, kerana di dalam kerajaan sekarang ada Anwar Ibrahim dan DAP iaitu pihak yang pernah menjadi rakan kerjasama PAS sebelum ini.

“PAS tidak akan memenuhi ajakan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno untuk bersama dan bercampur dalam kesepakatan politik yang adanya DAP,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Hashim sebagai berkata PAS sedang mengkaji kesan baik dan buruk jika mereka menyertai kerajaan sekarang, sekali gus mengakui ada usaha pihak tertentu menarik mereka menjadi kerajaan.

Malah, laporan Utusan Malaysia itu menyatakan, perkara tersebut ada dibangkitkan pada Majlis Syura UlamaPAS dan dibincangkan secara sepintas lalu, justeru belum ada sebarang keputusan muktamad.

“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. 

“Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat,” kata Hashim sebelum ini. 

Dalam laporan Harakahdaily hari ini pula Hashim berkata pengalaman bekerjasama dengan DAP dulu menunjukkan parti tersebut “tak boleh dipercayai” dan membawa “agenda lain.”

Mengulas lanjut Hashim berkata suatu ketika dulu Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyebut dia mahu mentadbir Pulau Pinang seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Pengakuan Lim itu, kata Hashim membuatkan PAS terbuka hati untuk berkawan.

“Puas hati apabila dia (Lim) nak memerintah seperti itu. Tapi rupa-rupanya tak boleh percaya, bohong sahaja, dia ada agenda lain,” katanya.

Hashim juga memberitahu pihaknya memutuskan untuk tidak lagi bersama DAP kerana parti berkenaan menolak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Apabila keputusan ini kita dah buat, dah kita rasa, dah tahu dah selok-belok DAP ni, (sekarang) Umno nak ajak kita pergi bersama semula? 

“Saya rasa kalau dibawa dalam majlis syura pun, tak akan ada seorang pun yang menyokong untuk kita (PAS) bersama (DAP). 

“Sebab itu kita (PAS) tak mahu DAP, kita tak mahu Anwar. Ini keputusan kita,” katanya yang ditemui Harakahdailybaru-baru ini.

Sumber – Anwar, DAP punca PAS enggan sertai kerajaan

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/pas-tolak-ajakan-sertai-kerajaan-madani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Berisiko Pecah Jika Sertai Kerajaan Perpaduan

Pas Berisiko Pecah Jika Sertai Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 212 hits
N Faizal GhazaliPenganalisis politik berpendapat sekiranya PAS menyertai kerajaan perpaduan parti itu berisiko berdepan perpecahan dan kehilangan sokongan besar pengundi tradisi mereka Pensyarah sains politik Universiti Sultan Zainal Abidin...
Anwar Dap Punca Pas Enggan Sertai Kerajaan

Anwar Dap Punca Pas Enggan Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 390 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 30 2024 Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya Menurut Mursyi...
Tak Payah La Terima Selagi Hadi Awang Ada Pas Kaji Baik Buruk Sertai Kerajaan Setuju Ka Anda Semua Pas Sertai Ker

Tak Payah La Terima Selagi Hadi Awang Ada Pas Kaji Baik Buruk Sertai Kerajaan Setuju Ka Anda Semua Pas Sertai Ker

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 249 hits
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Malah katanya perkara itu juga ada dibangkitkan pada Majlis...
Siapa Orang Kerajaan Madani Yang Dihantar Berjumpa Pas

Siapa Orang Kerajaan Madani Yang Dihantar Berjumpa Pas

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 269 hits
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Malah katanya perkara itu ada dibangkitkan pada Maj...
Cubaan Burukkan Kerajaan Madani Gagal Lagi

Cubaan Burukkan Kerajaan Madani Gagal Lagi

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 171 hits
Zuwairi Cubaan memburukkan MADANI PHBN pimpinan PMX tidak berjaya lagi Allah SWT melindungi kerajaan perpaduan MADANI PHBN pimpinan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi dari serangan dan niat jahat seteru politik iaitu PN Anda perlu menolak polit...
Pas Kaji Buruk Baik Jika Bersama Kerajaan Perpaduan Mursyidul Am

Pas Kaji Buruk Baik Jika Bersama Kerajaan Perpaduan Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 484 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 27 2024 6 08 PMMursyidul Am PAS Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Malah katany...
Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 360 hits
JERANTUT PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke 16 nanti Demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka tersebut mem...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri