Elaun Sspa Prinsip Jenis Syarat Umum Kelayakan


Elaun SSPA: Prinsip, Jenis & Syarat Umum Kelayakan
Bermula pada 1 Disember 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). 
Para penjawat awam boleh memilih sama ada untuk kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) atau memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam tempoh 40 hari bermula 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024. 
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan elaun SSPA dengan lebih lanjut.
Baca juga:
Perbezaan SSM vs SSPA Soalan Lazim SSPA Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA) – Kira Kenaikan Gaji 2024 Prinsip Pemberian Elaun SSPA Berikut adalah prinsip pemberian elaun SSPA yang telah ditambah baik:
Prinsip tidak sejagat (non-universal) membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu berdasarkan keunikan sesuatu tugas fungsional yang dilaksanakannya; Prinsip tidak biasa (non-regular) menetapkan elauan hanya diberi dalam keadaan tertentu berdasarkan tugas yang dilaksanakan di luar kebiasaan oleh suatu perkhidmatan, kumpukan atau gred jawatan; Prinsip tidak kekal (non-permanent) menentukan elaun dibayar secara bertempoh/sementara dan boleh ditarik balik atau dihentikan pembayarannya pada bila-bila masa atau tempoh kelulusan berakhir; dan Prinsip kesaksamaan (fairness) memastikan pemberian elaun yang saksama dan tidak dihadkan hanya kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred jawatan tertentu sahaja. Elaun sedia ada boleh dipanjangkan kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau gred jawatan lain yang turut menjalankan tugas-tugas yang melayakkan pemberian elauan tersebut. Jenis Elaun SSPA Jenis elaun dalam perkhidmatan awam ditetapkan seperti berikut:
imbuhan tetap atau bayaran imbuhan yang diberi berasaskan kriteria sara hidup; elauan diberi berasaskan kriteria tanggungjawab tambahan; bayaran insentif diberi berasaskan kriteria kelayakan dan penempatan; dan bayaran balik yang diberi berasaskan kriteria bayaran balik perbelanjaan. Syarat Umum Kelayakan Elaun Syarat umum kelayakan menetepkan bahawa pemberian elaun akan terhenti mulai hari pertama apabila pegawai berada dalam keadaan berikut:
Cuti Tanpa (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji); Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji); menghadiri kurus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am; Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran atau; Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut. Pengukuhan Pemberian Elaun Pengukuhan elaun telah dilaksanakan melalui penambahbaikan kepada kriteria dan kaedah pembayaran elaun seperti berikut:
sara hidup iaitu menampung sebahagian keperluan perbelanjaan hidup pegawai selain gaji hakiki; tanggungjawab tambahan iaitu berdasarkan pelaksanaan tugas rasmi/tugas tambahan; penempatan iaitu berdasarkan kedudukan pegawai yang terdedah kepada elemen risiko kerja, kesusahan dan kerumitan tugas; kelayakan iaitu berdasarkan kemahiran dan kompetensi tambahan yang dimiliki pegawai dan tidak dinyatakan dalam syarat kelayakan masuk skim perkhidmatannya; dan bayaran balik perbelanjaan iaitu bayaran atas tuntutan perbelanjaan yang telah dibayar terlebih dahulu oleh pegawai bagi melaksanakan tugas rasmi yang diarahkan. Cara Pembayaran Elaun SSPA Pembayaran elaun SSPA adalah berdasarkan kelayakan pegawai antaranya mengikut gred, skim perkhidmatan, tempoh masa (jumlah jam, harian atau bulanan), bilangan operasi atau apa-apa bentuk pengiraan yang ditetapkan
Pembauaran elaun ini menjadi tanggungjawab jabatan di mana pegawai ditempatkan. Sekiranya elaun tersebut belum dibayar oleh jabatan asal dalam tempoh sebelum pegawai bertukar ke jabatan baru, bayaran dalam tempoh tersebut hendaklah dibuat oleh jabatan asal.
PENGIRAAN PRO RATA
Pengiraan pro rata terpakai kepada elaun-elaun yang dibayar secara bulanan sahaja. Contoh situasi yang melayakkan anda untuk mengguna pakai pembayaran pro rata adalah seperti berikut:
tempoh penempatan pegawai di pejabat baharu tidak genap satu (1) bulan kalendar; atau pegawai diarah menjalankan tugas yang melayakkan pemberian elaun tertentu tidak genap satu (1) bulan kalendar. Elaun Yang Dimansuh Elaun Yang Dipinda Nama Elaun Yang Berkuat Kuasa Muat Turun Rujukan Lampiran E4Download Pegun Kadar Elaun Di bawah SSPA, elaun-elaun ini akan pegun pada suatu kadar tetap dan pelaksanannya adalah seperti berikut:
bagi penerima sedia ada, kadar tetap berdasarkan amaun terakhir yang diterima sebelum tarikh kuat kuasa SSPA; dan bagi pegawai lantikan baharu atau pegawai yang baru berkelayakan mulai 1 Disember 2024 akan menerima elaun pada kadar tetap baharu. Kelebihan SSPA Berikut adalah antara kelebihan SPPA yang boleh kita dapatkan:
1. Penambahbaikan Berasaskan Prestsi dan Ganjaran
SSPA memperkenalkan lebih banyak elemen ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelukan. Ini termasuk pemberian insentif, pelarasan gaji, dan kenaikan pangkat “one-off,” yang boleh motivasi pekerja untuk mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi.
2. Fleksibiliti dan Keterangkuman yang Lebih Baik
SSPA mempunyai penambahbaikan dalam struktur gaji dan elaun yang lebih fleksibel dan terperinci, serta kemajuan kerjaya melalui laluan pakar bidang khusus (Subject Matter Expert-SME). Ini memberi lebih banyak ruang untuk menyesuaikan diri dengan keperluan perkhidmatan awam yang sentiasa berubah.
3. Penekanan kepada Pengurusan Bakat dan Latihan
Sistem ini memberi tumpuan yang lebih besar kepada pengurusan bakat, pengembangan kerjaya, dan latihan, yang penting untuk memastikan pegawai awam mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang relevan.
4. Pengurusan dan Penambahbaikan Kemudahan yang Lebih Sistematik
Terdapat usaha untuk memperkukuh pemberian elaun dan kemudahan serta memperkenalkan kemudahan baru, yang mencerminkan keperluan semasa dan perubahan dalam persekitaran kerja.
Soalan Lazim Elaun SSPA Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan elaun SSPA, anda boleh rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jabatan Perkhidmatan Awam. 
MUAT TURUN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024. https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf Pemakluman:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/elaun-sspa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=elaun-sspa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 94 hits
Mungkin masih ramai yang tak perasan adanya Lampiran Soalan Lazim yang lebih terperinci dalam Pekeliling SSPA Penting untuk setiap penjawat awam membaca setiap lampiran ini bagi memastikan anda betul betul faham dan dapat membuat pilihan op...
10 Scrub Muka Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

10 Scrub Muka Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 72 hits
Apakah scrub muka terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 10 scrub muka terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga St Ives Fresh Skin Apricot Face Scrub Pros Menggunaka...
Jenis Jenis Tabungan Selain Tabungan Usaha

Jenis Jenis Tabungan Selain Tabungan Usaha

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 417 hits
Dalam dunia bisnis memiliki tabungan yang khusus sangat penting untuk membantu pengelolaan keuangan dengan lebih baik Salah satu jenis tabungan yang wajib dimiliki adalah tabungan usaha Tabungan ini dikhususkan untuk mengatur aliran masuk d...
Rentasan 1634 Panas Ini Sebabnya Pn Pertikai Syarat Mou

Rentasan 1634 Panas Ini Sebabnya Pn Pertikai Syarat Mou

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 71 hits
1 KITA HARUS MERDEKA DARIPADA KEBEJATAN 2 KENAPA PEMIMPIN PN TAKUT DENGAN SYARAT MOU 3 PENGERUSI PN DIDAKWA SEBAB SUDAH CUKUP JUMLAH
Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

Pas Siap Sedia Terajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16 Nanti

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 85 hits
JERANTUT PAS menyatakan bahawa parti itu telah bersiap sedia untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke 16 nanti Demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka tersebut mem...
Pemandu Mabuk Dipenjara 10 Tahun Denda Rm70 000 Hilang Kelayakan Memandu 10 Tahun

Pemandu Mabuk Dipenjara 10 Tahun Denda Rm70 000 Hilang Kelayakan Memandu 10 Tahun

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 79 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com myLee Han Wee 45 didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan jalan raya dan kematian kakitangan MBMB tiga tahun lalu NSTP MEOR RIDUWAN MEOR AHMADMELAKA Penyelia syarikat h...
Portal Ihsan Madani Semak Kelayakan Bantuan Dalam 1 Minit

Portal Ihsan Madani Semak Kelayakan Bantuan Dalam 1 Minit

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 94 hits
Portal Ihsan MADANI menyediakan satu platform lengkap untuk orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan inisiatif dan bantuan Kerajaan dalam mengimbangi kos sara hidup rakyat Artikel pada kali ini kami akan berkongsi dengan lebi...
Predator Orion X Dilancarkan Bersempena Kejohanan Kelayakan Predator League 2025

Predator Orion X Dilancarkan Bersempena Kejohanan Kelayakan Predator League 2025

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 50 hits
Bersempena dengan kejohanan kelayakan Predator League 2025 Malaysia Acer Malaysia melancarkan desktop gaming terbaharu Predator Orion X bersama tiga monitor gaming dan pengawal tanpa wayar Predator Orion X dengan reka bentuk 15 4L dilengkap...
Filem Reeza Gtr

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

Unlocking The Power Of Crypto How Fokawa Simplifies Digital Asset Trading


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Aku Yang Pernah Menjadi Badut Kelas

Ambil Insulin Selalu Hypoglycemia

Ini Pelan Damai Pas Pn Teresa Kok Rakyat

Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

Finding The Right Contractor Design And Build Your Dream Home

4 373 Mangsa Banjir Di 32 Pps Kedah