Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat



UMNO perlu menjadi pelopor usaha besar-besaran rakyat negara ini sebagai satu gerakan massa untuk menolak Pakatan Harapan (PH) yang terbukti gagal menjadi kerajaan, gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, ia adalah satu gerakan rakyat yang benar-benar rasa tertipu, terpedaya dan dibohongi oleh PH serta setelah lapan belas bulan menjadi kerajaan, mereka telah menggagalkan negara ini dan rakyatnya secara sistematik.

“Gagal melaksanakan pembaharuan yang mereka janjikan. Mereka adalah Pakatan yang gagal! Pakatan yang bukan sahaja menjadikan negara ini negara rapuh, malah Pakatan yang telah melemahkan kedudukan, pengaruh dan kekuasaan Bangsa Melayu dan kedudukan Islam.

“Keutamaan mereka bukan menguruskan negara ini. Tetapi siapa yang bakal nak menjadi Perdana Menteri. Sehingga timbul, pelbagai perbalahan dalaman dan percakaran kuasa, yang sangat memalukan.


“Yang pasti, kita sama sekali tidak boleh memperjudikan Malaysia dan masa depannya,” tegasnya ketika berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan serta barisan ahli jawatankuasa pusat masing-masing.

Turut hadir barisan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta PAS.

Ulas Mohamad yang mesra digelar Tok Mat lagi, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini merupakan satu bukti yang jelas rakyat benar-benar telah muak, benci dan meluat kepada PH hingga ke tahap yang sudah tidak boleh dibendung lagi.

“Tanjung Piai adalah referendum yang memutuskan bahawa PH adalah sebuah kerajaan yang lemah, gagal berimaginasi dan gagal mengurus negara ini.

“Ia adalah referendum bahawa kebajikan dan kedudukan Malaysia dan rakyatnya tidak pun menjadi lebih baik sebaliknya semakin deras menyusut.

“Ia adalah referendum, bahawa kepimpinan utama negara gagal mengemudi perjalanan negara ini seperti yang dijanjikan. Dan mereka telah mungkir dalam semua ikrar mereka untuk Malaysia,” tambahnya.

Berucap di hadapan hampir tiga ribu perwakilan sayap pergerakan, Tok Mat berkata adalah sesuatu yang amat memalukan apabila PH sering meminta masa untuk memperbaiki negara.

“Seakan-akan Malaysia merupakan suatu eksperimen dalam tabung uji kaji yang boleh dibuang jika ia gagal dan tidak menjadi.

“Malaysia bukan sebuah eksperimen sains. Tidak ada masa untuk dibazirkan. Setiap detik yang terbuang, setiap anak Malaysia yang akan menanggung ruginya.

“Percayalah, kegagalan lapan belas bulan PH hanyalah permulaan kepada lebih banyak kegagalan yang bakal menyusul,” bidasnya lagi.

Sehubungan itu, Tok Mat mengesyorkan mekanisme yang perlu dilaksanakan bagi menggagalkan kerajaan PH.

“Setiap kita mesti menjadi agen semak dan kritik yang benar-benar efektif. Saya maksudkan kita semua, bukan UMNO. Ini adalah era demokrasi digital.

“Setiap ahli UMNO boleh berperanan secara bertanggungjawab dan beretika untuk mencari pelbagai kelemahan, kegagalan dan kepincangan PH. Dan mendedahkannya kepada semua rakyat Malaysia melalui pelbagai medium media sosial,” ujarnya.

Antara lain juga kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau itu lagi, agenda Muafakat Nasional hendaklah diperkukuhkan dengan sebenar-benarnya.

“Maknanya, kita semua mesti menjiwai Muafakat Nasional, memperjuangkan ideanya dan menjayakannya dengan pelbagai cara.

“Kitalah ‘roadmap’ sebenar Muafakat Nasional. Kitalah yang mesti menterjemahkannya di akar umbi.

“Muafakat Nasional ini mesti dirakyatkan. Ia mesti difahami oleh rakyat kebanyakan dan diterima oleh mereka. Dan tugas tersebut adalah pada kita semua bukan sekadar Presiden dan pasukannya sahaja,” jelasnya.

Katanya lagi, kemenangan empat PRK sebelum ini melalui kerjasama erat UMNO, Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan sahabat yang lain khususnya PAS juga bukti yang jelas Muafakat Nasional adalah formula dan strategi politik yang berhasil dan mempunyai keampuhan. – UMNO ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/pau2019-umno-perlu-jadi-gerakan-massa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau2019 Umno Perlu Diterajui Pemimpin Bermoral Tok Mat

Pau2019 Umno Perlu Diterajui Pemimpin Bermoral Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 421 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menzahirkan kerisauan dirinya berhubung kepada siapa parti itu akan diwariskan untuk masa depan Katanya kebimbangan itu ada asasnya kerana kepimpinan adalah persoalan kelangsungan dan kesejah...
Pau2019 Ph Terbukti Gagal Urus Ekonomi Negara Bukan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dr Zahid

Pau2019 Ph Terbukti Gagal Urus Ekonomi Negara Bukan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dr Zahid

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 340 hits
Kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat menjamin masa depan yang gemilang bagi rakyat dan mungkin dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa yang singkat berikutan kepincangan pentadbirannya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berka...
Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 367 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Agenda Melayu Maju hendaklah dijadikan sebagai pemikiran politik baharu untuk UMNO Ini kerana katanya orang Melayu mesti maju dari segi ekonomi politik pemikiran golongan muda tahap so...
Pau2019 Jangan Sambil Lewa Pastikan Umno Kuat Susun Strategi Menang Pru 15 Tok Mat

Pau2019 Jangan Sambil Lewa Pastikan Umno Kuat Susun Strategi Menang Pru 15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 396 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang lebih sinonim dengan panggilan Tok Mat menekankan walaupun kini ada Muafakat Nasional namun pemerkasaan parti dan penyusunan strategi untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 tetap diperlu...
Ph Bermasalah Besar Jika Tok Mat Kemudi Umno Bn Menjelang Pru15 Penganalisis

Ph Bermasalah Besar Jika Tok Mat Kemudi Umno Bn Menjelang Pru15 Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 326 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan KUALA LUMPUR Pakatan Harapan berhadapan masalah besar jika Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudi UMNO dan Barisan Nasional serta Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penyelid...
Tok Mat Is Umno S Best Hope Against Anwar Says Analyst

Tok Mat Is Umno S Best Hope Against Anwar Says Analyst

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 291 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan was described as Umno s best hope to lead the next general election campaign PETALING JAYA The research director of a think tank believes that Umno deputy president Mohamad Hasan is the party s best hope ...
Ahli Perlu Hayati Pesanan Dalam Ucapan Dasar Presiden Untuk Mantapkan Umno Tok Mat

Ahli Perlu Hayati Pesanan Dalam Ucapan Dasar Presiden Untuk Mantapkan Umno Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 301 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata seluruh ahli UMNO perlu menghayati ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ia penting untuk semua pihak memainkan peranan bagi memantapkan parti Jelas beliau...
Pau2019 Negara Tak Boleh Dipimpin Orang Tak Kenal Jantan Betina Kata Tok Mat

Pau2019 Negara Tak Boleh Dipimpin Orang Tak Kenal Jantan Betina Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 426 hits
Malaysia tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang wibawa moralnya diragui walau sesaat kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan pemikiran terhebat kepetahan berpidato atau karisma luar biasa tidak boleh mengatasi moral dan akhlak...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation