Pau2019 Ph Terbukti Gagal Urus Ekonomi Negara Bukan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dr Zahid




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menjamin masa depan yang gemilang bagi rakyat dan mungkin dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa yang singkat berikutan kepincangan pentadbirannya.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia kini hilang kepercayaan banyak negara yang dahulunya menjadi pelabur utama negara berikutan ketidaktentuan dasar fiskal dan pengurusannya.
“Kerajaan dilihat mentadbir ekonomi negara secara terbalik atau ke belakang, dan dalam tempoh 18 bulan ia sudah menjual aset serta kepentingan negara berjumlah kira-kira RM33 bilion.
“Sungguhpun kelembapan ekonomi dunia dipersalahkan, kita masih tidak boleh menerima alasan ini sebagai sebab mereka menjual harta negara, lebih-lebih lagi unit amanah milik Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Berucap ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung ke-73 UMNO di sini, hari ini, Dr Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata taraf hidup golongan B40 dan M40 makin meruncing disebabkan kepincangan ekonomi sebegini.
“Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST yang menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama sekali gagal menurunkan harga barangan keperluan harian, dan rakyat tidak langsung mendapat apa-apa manfaat daaripadanya.
“Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pula dikurangkan kepada kira-kira 5 juta orang berbanding 7 juta di bawah BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) manakala peruntukannya pula dipotong daripada RM6.8 bilion kepada RM5 bilion sahaja.”
Bagi petani, penternak dan nelayan, beliau berkata harga minyak sawit mentah pada bulan Mei 2018 adalah RM600 satu tan tetapi kini ia merosot kepada RM280, satu kos yang menjejaskan pendapatan 650,000 pengusaha kecil dan kira-kira 112,000 peneroka Felda di seluruh negara.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga katanya, pernah membuat bayaran bulanan sebanyak RM300 kepada golongan nelayan tetapi ia diturunkan kepada RM250 oleh PH, dan ramai yang kehilangan hak itu.
“Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pula terhimpit apabila bantuan bulanan mereka dikurangkan daripada RM350 kepada RM300. Guru KAFA pula pernah menerima agihan sekaligus sebanyak RM1,500 setahun kini hanya menerima RM1,200.
“Bayaran yang sama kepada imam, bilal dan siak turut dipotong daripada RM1,500 kepada RM1,200 setahun,” ujar beliau, sambil menambah bahawa kerajaan menggunakan alasan ‘tidak ada wang’ atau menyalahkan kerajaan silam untuk menutup segala pembohongan dan tipu dayanya.
“Apakah ini yang rakyat mahukan selepas mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Adakah ini kerajaan berjiwa rakyat hari ini?”, katanya lagi.
UMNO katanya, tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat selama 61 tahun pemerintahannya, malah segala keluh-kesah mereka diperhalusi dan dipertimbangkan untuk penyelesaian.
“UMNO juga menghargai golongan muda dan simpati dengan nasib 10.8 peratus belia yang terpaksa menganggur walaupun dijanjikan sejuta jawatan baru. Ribuan pekerja kontrak kerajaan ditamatkan tugas manakala perkhidmatan awam dikecilkan saiznya.
“Inilah dilema kakitangan awam sekarang. Memang ada antara mereka mengundi PH pada pilihan raya umum lalu tetapi biarlah ia membawa kepada kesedaran untuk berpaling semula kepada BN pada PRU akan datang,” ujarnya lagi.
Dr Zahid turut menyebut bahawa kadar pengangguran sebanyak 10.8 peratus di Malaysia adalah lebih tinggi daripada 5.9 peratus di Thailand dan 7.9 peratus di Vietnam.
Menurut Jabatan Statistik, seramai 516,000 rakyat Malaysia menganggur dalam suku pertama 2019.
“Jadi, bagaimana hendak kita sandarkan harapan jika kepincangan serupa ini bakal menjerumuskan negara dan rakyat ke kancah yang lebih sukar.
“Ekonomi negara makin merudum saban hari. Hutang negara bertambah dan kerajaan menggunakan alasan untuk membayar hutang bagi menyembunyikan segala kelemahan dan kepincangannya,” bidasnya. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/06/pau2019-ph-terbukti-gagal-urus-ekonomi-negara-bukan-kerajaan-berjiwa-rakyat-dr-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat

Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 296 hits
UMNO perlu menjadi pelopor usaha besar besaran rakyat negara ini sebagai satu gerakan massa untuk menolak Pakatan Harapan yang terbukti gagal menjadi kerajaan gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Katanya ia adalah satu gerak...
Ph Kerajaan Hiburan Politik Domestik Bergolak Ekonomi Pun Gagal

Ph Kerajaan Hiburan Politik Domestik Bergolak Ekonomi Pun Gagal

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 304 hits
Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris secara sinis menggelarkan kerajaan hari ini sebagai kerajaan hiburan setelah melihatkan kepada beberapa perkara yang berlaku sejak akhir akhir ini Dalam satu kenyataan di Facebook jel...
Rakyat Undi Pkr Untuk Baiki Negara Bukan Bergaduh Kata Wan Azizah

Rakyat Undi Pkr Untuk Baiki Negara Bukan Bergaduh Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 300 hits
Rakyat undi PKR untuk baiki negara bukan bergaduh kata Wan Azizah Dikemas kini 20 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Dec 20
Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

Chin Peng Rakyat Perhati Tindakan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 332 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Kredibiliti Tommy Thomas diragui kerana pernah wakili pengkhianatBANGI Sikap tidak telus dan berintegriti terhadap kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohamad Kassim menyebabkan rakyat semakin sangsi dengan kred...
Auta Fakta Ekonomi Negara Merudum

Auta Fakta Ekonomi Negara Merudum

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 266 hits
Moh Shah RimSebenar benarnya pembangkang berjaya dalam perang persepsi tahap AAA kenapa aku tulis macam tu Huraiannya dibawah ini AUTA FAKTAEKONOMI NEGARA MERUDUM Pertumbuhan ekonomi negara pada jajaran 4 7 4 9 adalah sihat walaupun hadir t...
Sri Mulyani Tiap Hari Urus Uang Negara Tiap Detik Ada Godaan Korupsi

Sri Mulyani Tiap Hari Urus Uang Negara Tiap Detik Ada Godaan Korupsi

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 352 hits
Sri Mulyani mengatakan untuk menghadapi godaan korupsi pihaknya selalu menggencarkan pentingnya meningkatkan integritas Selain itu pihaknya juga membuat tiga lapisan pertahanan penting untuk membentengi pegawai dari korupsi
Ph Bukan Urus Negara Tapi Sibuk Siapa Mahu Jadi Pm Tok Mat

Ph Bukan Urus Negara Tapi Sibuk Siapa Mahu Jadi Pm Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 394 hits
Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan kepada kepemimpinan tiga sayap UMNO mengenai perlunya mereka menggagalkan Pakatan Harapan daripada terus menerajui kerajaan Timbalan Presiden UMNO berkata semua ahli mesti menjadi pelopor dan berusaha ...
Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

Zahid Isteri Belanja Rm1 3 Juta Beli Barang Mewah Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 654 hits
Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Hamidah Khamis masing masing mempunyai 2 kad kredit KUALA LUMPUR Ahmad Zahid Hamidi membayar hampir RM1 3 juta bagi 4 kad kreditnya antara Januari 2014 dan Januari 2016 yang digunakannya termasuk untuk membe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah