Pau2019 Umno Perlu Diterajui Pemimpin Bermoral Tok Mat


Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan menzahirkan kerisauan dirinya berhubung kepada siapa parti itu akan diwariskan untuk masa depan.

Katanya, kebimbangan itu ada asasnya kerana kepimpinan adalah persoalan kelangsungan dan kesejahteraan UMNO.

Jelas beliau, kerja berat parti sebagai sebuah pergerakan politik Melayu ialah untuk melahirkan kepimpinan pelapis yang benar-benar boleh memimpin tanah air ini, bukan sekadar bangsa dan parti sahaja.


“Hanya kepimpinan Melayu dengan pemikiran termaju akan menjadikan kita sebuah bangsa yang berdaya tahan. Pemikiran termaju yang saya maksudkan ialah pemimpin yang berfikir mendahului zamannya. Melihat apa yang orang lain tidak lihat. Bermimpi apa yang orang lain tidak mimpikan dan meyakini apa yang orang lain kurang yakini.

“Pemimpin yang pemikirannya adalah pencetus inspirasi dan teladan untuk bangsanya berubah, bekerja keras dan berusaha gigih agar menjadi sebuah bangsa yang besar dan mulia.




“Namun, pemimpin yang mempunyai pemikiran termaju sahaja tidak mencukupi, jika tidak diapit dengan keperibadian murni lagi terpuji,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, kualiti penting dalam kepimpinan bangsa Melayu ialah moral dan pemikiran terhebat, kepetahan berpidato atau karisma luar biasa dapat mengatasi kepentingan moral serta akhlak murni.

Kata beliau lagi, negara dan bangsa yang berjaya mesti diketuai pemimpin yang mempunyai kewibawaan moral yang tiada ada tolok bandingnya.

“Bila kita mengangkat pemimpin yang bermoral, kita melakukan perkara betul dan benar untuk bangsa dan negara kerana pemimpin bermoral adalah pemimpin yang adil dan wibawanya unggul. Lalu kerana baik akhlaknya akan menjadi suri teladan pada bangsa dan warga,” kata beliau.

Beliau turut menyatakan, jika Malaysia ingin menjadi negara termaju, mesti menampilkan pemimpin yang mempunyai pemikiran paling bening dengan dipandu moral dan akhlak dikagumi.

Namun, ujarnya, sejak beberapa ketika kebelakangan ini, krisis moral dalam kepimpinan bangsa Melayu menjadi semakin membarah.

Negara ini, kata Mohamad, tidak boleh dipimpin walau sesaat dan sedetik oleh mereka yang wibawanya diragui malah Malaysia selayaknya memerlukan pimpinan Melayu yang lebih adil dan murni, rendah diri dan soleh.

“Kepada rakan seperjuangan saya dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, sediakanlah dari kalangan kalian pemimpin yang akan memberikan redup sejuk pada mata bangsa.

“Cungkilkanlah bakat terbaik. Ajaklah mereka yang mempunyai potensi yang mengkagumkan dalam memimpin untuk menjadi sebahagian daripada kita. Jangan rasa tercabar atau terancam dengan mereka yang lebih bijak dan lebih layak.

“Asuh pemimpin pelapis kita di pelbagai persada asuhan. Institusikan pelbagai program kepimpinan agar parti kita akan terus mempunyai pelapis pemimpin terlatih yang terdedah dan teruji minda serta nuraninya,” tegasnya.

Beliau mahu kepimpinan tiga sayap menghantar pelapis itu ke seluruh dunia untuk menimba pengalaman dan memberikan mereka tugasan yang pelbagai agar terbiasa dengan kemahiran, perspektif dan kemampuan yang tiada bandingnya.

Beliau mengakui UMNO selama ini selalu memandang enteng mengenai perihal kepimpinan dan latihannya.

“Sekarang, kita mesti mengambil serius akan hal ini kerana tanpanya parti kita dan orang Melayu akan kehilangan peluang untuk mendahului persaingan dan kebolehan mendepani cabaran,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/pau2019-umno-perlu-diterajui-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat

Pau2019 Umno Perlu Jadi Gerakan Massa Tolak Ph Yang Terbukti Gagal Jadi Kerajaan Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 340 hits
UMNO perlu menjadi pelopor usaha besar besaran rakyat negara ini sebagai satu gerakan massa untuk menolak Pakatan Harapan yang terbukti gagal menjadi kerajaan gesa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Katanya ia adalah satu gerak...
Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

Pau2019 Agenda Melayu Maju Mesti Menjadi Pemikiran Politik Baharu Umno Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 405 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Agenda Melayu Maju hendaklah dijadikan sebagai pemikiran politik baharu untuk UMNO Ini kerana katanya orang Melayu mesti maju dari segi ekonomi politik pemikiran golongan muda tahap so...
Pau2019 Jangan Sambil Lewa Pastikan Umno Kuat Susun Strategi Menang Pru 15 Tok Mat

Pau2019 Jangan Sambil Lewa Pastikan Umno Kuat Susun Strategi Menang Pru 15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 417 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang lebih sinonim dengan panggilan Tok Mat menekankan walaupun kini ada Muafakat Nasional namun pemerkasaan parti dan penyusunan strategi untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 tetap diperlu...
Tok Mat Is Umno S Best Hope Against Anwar Says Analyst

Tok Mat Is Umno S Best Hope Against Anwar Says Analyst

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 329 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan was described as Umno s best hope to lead the next general election campaign PETALING JAYA The research director of a think tank believes that Umno deputy president Mohamad Hasan is the party s best hope ...
Ph Bermasalah Besar Jika Tok Mat Kemudi Umno Bn Menjelang Pru15 Penganalisis

Ph Bermasalah Besar Jika Tok Mat Kemudi Umno Bn Menjelang Pru15 Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 359 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan KUALA LUMPUR Pakatan Harapan berhadapan masalah besar jika Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengemudi UMNO dan Barisan Nasional serta Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke 15 Ketua Penyelid...
Ahli Perlu Hayati Pesanan Dalam Ucapan Dasar Presiden Untuk Mantapkan Umno Tok Mat

Ahli Perlu Hayati Pesanan Dalam Ucapan Dasar Presiden Untuk Mantapkan Umno Tok Mat

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 375 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata seluruh ahli UMNO perlu menghayati ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ia penting untuk semua pihak memainkan peranan bagi memantapkan parti Jelas beliau...
Umno Mustn T Bank On Pakatan S Failings Says Tok Mat

Umno Mustn T Bank On Pakatan S Failings Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 319 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan cautioned Umno members against complacency PETALING JAYA Umno cannot rely on weaknesses of Pakatan Harapan if the party wishes to secure victory at the next general election deputy president Mohamad Hasan...
Pau2019 Negara Tak Boleh Dipimpin Orang Tak Kenal Jantan Betina Kata Tok Mat

Pau2019 Negara Tak Boleh Dipimpin Orang Tak Kenal Jantan Betina Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 449 hits
Malaysia tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang wibawa moralnya diragui walau sesaat kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegaskan pemikiran terhebat kepetahan berpidato atau karisma luar biasa tidak boleh mengatasi moral dan akhlak...
Pemimpin Umno Saran Dr Mahathir Bentuk Kerajaan Perpaduan

Pemimpin Umno Saran Dr Mahathir Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 310 hits
Umno mencadangkan supaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membentuk kerajaan perpaduan dengan pembangkang khususnya Umno sekiranya ingin terus menguasai Putrajaya Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim berkata ini susul...
Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

May 17 2025

Janji Dengan Cikgu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Need And Want

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Sahabat Sejati Permata Yang Sukar Dicari Tapi Sentiasa Ada Ketika Diperlukan

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang