Patutlah Sedap Ayam Goreng Ting Tong Ini Rahsianya
Rahsia Ting Tong Ayam Goreng Terbongkar
Ayam goreng yang sedap adalah ayam goreng yang rangup di bahagian luarnya dan isi ayam yang berjus. Satu kepuasan jika makan ayam goreng dan terasa manis isinya. Kalau kau orang peminat ayam goreng memang perlu cuba Ting Tong Ayam Goreng.
Pemilik Ting Tong Ayam Goreng tak segan silu mendedahkan rahsia mengapa pelanggan suka sangat ayam goreng mereka. Untuk kekalkan kemanisan isi daging ayam mereka hanya guna ayam-ayam yang segar. Semua ayam-ayam yang dijual adalah ayam yang baru disembelih dan mereka tidak sesekali menggunakan ayam sejuk beku.
Memang puas hati bila makan bahagian ayam kegemaran aku, tak lain tak bukan bahagian “drumstick”. Serius besar weh. Bila makan ayam goreng ni memang mengimbau betul kenangan masa kecil.
Kalau dekat kampung, dulu-dulu setiap kali pergi pasar malam, ayam goreng memang jadi menu wajib beli. Aku akan beli kaki ayam dan juga rangka ayam. Weh nikmatnya Tuhan je tahu.
Ting Tong Ayam Goreng Bersih, Halal, Sedap dan Segar
Salute kepada Ting Tong Ayam Goreng kerana berpegang kepada 4 prinsip dalam memastikan pelanggan berpuas hati iaitu bersih, halal, sedap dan juga segar. Ting Tong Ayam mencampurkan 10 jenis bahan / rempah yang diadun menjadi 1 rasa yang disukai semua orang.
Selain itu, mereka amat menitik beratkan proses menggoreng ayam dengan teknik yang betul supaya ayam yang terhasil rangup, tidak hangit, dan betul-betul masak. Selalu sangat kalau beli ayam goreng pasti bahagian tengah isi ayam masih merah berdarah. Terus tak lalu makan ok.
Ting Tong Ayam Goreng juga tidak menggunakan minyak “recycle” apabila goreng ayam ya, sebab ianya akan menjejaskan rasa ayam tersebut. Perkara-perkara sebegini yang akan pastikan kualiti terjaga dan pelanggan akan datang semula.
Semua Ada Di Ting Tong Ayam Goreng
Selain daripada bahagian ayam yang biasa dijual, dibawah merupakan senarai menu yang ditawarkan:
Peha, Kepak, Leher, Pedal, Rangka, Kulit Ayam, Kaki Ayam, Tauhu Goreng dan juga Kentang Goreng.
Kau orang boleh duduk lepak makan ayam goreng panas-panas dekat gerai atau kalau malas nak keluar kau orang boleh request ayam goreng dihantar terus ke depan pintu okeh. Sekarang jadi lebih mudah sebab Ting Tong ayam boleh di pesan melalui Grab Food dan juga FoodPanda.
Tambah Pendapatan Jual Ayam Goreng
Sambutan yang diterima juga amat menggalakkan dan Ting Tong Ayam Goreng baru sahaja dibuka 2 bulan dan kini sudah mempunyai 3 cawangan dan khabarnya nak tambah cawangan lagi tau. Waze je alamat di bawah.
Cawangan Wangsamaju:
AB Corner Wangsa Maju
62 Jalan 2/27a,
Seksyen 1 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur.
Cawangan Medan Niaga:
Medan Niaga (bersebelahan Klinik Kesihatan)
Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai,
The Trillium, Lake Field,
Sungai Besi, Belakong,
Selangor.
Cawangan Cheras:
Abang Besar
Jalan Sri Cheras,
Taman Kota Cheras,
Cheras Selangor.
Menurut pemiliknya, Encik Rosdi lew dan Puan Yenty berbesar hati membuka peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik dan juga golongan suri rumah yang terjejas dengan menawarkan peluang berniaga.
Prihatin dengan keadaan semasa, TingTong Ayam Goreng berhasrat untuk membantu golongan yang kehilangan punca pendapatan dan menjadi sebahagian pasukan mereka. Segala perbincangan tentang modal, supply bahan mentah akan ditentukan melalui perbincangan kerjasama. Mereka yang berminat boleh hubungi Puan Yenty di talian 012-2597711 (jam 3.30 petang – 11.30 malam).
Untuk update boleh follow sosial media akaun Ting Tong Ayam Goreng:
Facebook | Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/12/patutlah-sedap-ayam-goreng-ting-tongini.html