Ting Tong Ayam Goreng Bersih Halal Segar Dan Pastinya Sedap


Hi Korang, 
Ayam goreng memang di antara makanan kegemaran rakyat Malaysia terutama sekali bila tak tau nak makan apa. Sebab ianya senang, di mana pun boleh kita dapati cuma samaada sedap ataupun tidak jer kan. 
Kebetulan ktorang hujung minggu ni tak de buat apa so jalan-jalanlah ke Lake Field Sg Besi, di samping Mr Big nak tengok helmet motor, kak lily ada janji jugak dengan bebudak ni ajak lepak petang minum hah sebab lama tak jumpa kan. 

Lepak kat food court area sini, tup-tup ternampaklah Ting Tong ayam goreng ni kan. 
Gilerlah nama ko Ting Tong kan, mesti ownernya gila-gila kan sebab tuh letak nama Ting Tong ni. Kebetulan owner Ms Yenti ada di kedai so apa lagi teruslah ktorang sembang-sembang sket mengenai Ting Tong ayam goreng ni. 


Kalau korang nak tau yang jenama Ting Tong Ayam Goreng memang baru di pasaran. Di mana ianya Mempertengahkan konsep ala-ala 'street-food', melalui jualan di gerai membolehkan penggemar ayam goreng mendapatkan makanan kegemaran mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk pengetahuan semua, Tong Tong Ayam Goreng berpegang kepada 4 prinsip dalam pengendalian makanan iaitu bersih, halal, sedap dan segar, 
Latar Belakang Ting Tong Ayam Goreng 
Ting Tong Ayam Goreng diusahakan oleh pengusaha bumiputera iaitu pasangan suami isteri Puan Yenti dan Encik Rosdi Lew. Menurut Puan Yenti, beliau begitu semangat ini menjalankan bisnes dengan membuka gerai Ting Tong Ayam Goreng adalah inspirasi daripada arwah ibunya yang memang hebat dalam memasak. Bahkan rahsia tepung gorengan juga dari arwah ibunya sendiri. 


Puan Yenti juga berkata dalam perniagaan makanan beliau memang mengambil berat terutama dari segi keenakkan rasa, kebersihan dan kualiti yang mana perlulah setanding dengan kita masak untuk keluarga sendiri. Ianya perlu dari keikhlasan hati untuk memberikan dan menawarkan yang terbaik untuk pelanggan. 
Cara Penyediaan Ayam Goreng Ting Tong 
Ayam-ayam adalah disembelih mengikut syarat agama Islam. 
siap sijil halal semua yer
Diambil dari terus daripada pembekal-pembekal yang mempunyai sijil halal dalam pemprosesan ayam mentah. Ini juga antara rahsia kesedapan Ting Tong Ayam Goreng iaitu menggunakan ayam-ayam yang segar bagi mengekalkan kemanisan isi daging ayam itu sendiri. 
Rahsia ramuan tepung gorengan adalah dari 10 bahan istimewa yang dicampur menggunakan sukatan yang betul. Ini adalah rahsia keenakan Ting Tong Ayam Goreng yang mana keranggupannya boleh bertahan berjam lamanya. Gabungan bersama penggunaan ayam segar dan rahsia tepung gorengan turun temurun menjadikan Ting Tong Ayam Goreng begitu istimewa. 


Tambahan pula, minyak gorengan juga diambil kira dari segi kualitinya. Minyak sudah hitam atau berkeladak tidak akan digunakan sama sekali, ini kerana ianya boleh menjejaskan dari segi rasa dan rupa. Suhu kepanasan gorengan juga perlu betul bagi memastikan ayam dimasak sekata. Tidak hangit di luar dan mentah didalam. Ini bagi memastikan pelanggan berpuas hati setiap kali membeli Ting Tong Ayam Goreng, 

Antara yang ditawarkan di Ting Tong Ayam Goreng adalah seperti berikut:- 
· Peha Ayam - RM4.50/1 ketul 
· Thigh Ayam - RM4.50/1 ketul 
· Kepak Ayam - RM3.50/1 ketul 
· Leher Ayam - RM3/5 ketul 
· Pedal Ayam - RM3/ 8 ketul 
· Rangka Ayam - RM3.50/1 ketul rangka 
· Kulit Ayam - RM3/ 8 ketul 
· Kaki Ayam - RM3 / 5 ketul 
· Tauhu Goreng - RM3/6 ketul 
· Kentang Goreng - RM2.50/1 set 

Rangka Ayam 
Peha dan Thigh Ayam 
Kepak Ayam 
Pedal Ayam 
Kulit Ayam 
Kaki Ayam
Leher Ayam
Menu sampingan lain : 
Kentang Goreng 
Tauhu Goreng
Kemain banyak lagi menu ayam ni kan, boleh di katakan kesemua bahagian ayam boleh di makan kecuali kepala dan bulu ayam kan hehehe 
Harga pula tidaklah terlalu mahal just nice mengikut pasaran tempatan ayam-ayam goreng di luar sana kan. 
Ting Tong Ayam Goreng kini mempunyai 3 outlet iaitu :- 
AB Corner Wangsa Maju 62 Jalan 2/27a, Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 
Medan Niaga (bersebelahan Klinik Kesihatan) Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, The Trillium, Lake Field, Sungai Besi, Belakong, Selangor. 
Abang Besar Food CourtJalan Sri Cheras, Taman Kota Cheras, Cheras Selangor. 
Akan datang satu lagi outlet akan dibuka iaitu iaitu di kawasan Melawati. Ting Tong Ayam Goreng dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang sehingga 11.30 malam. Untuk setiap 2 minggu, Ting Tong Ayam Goreng akan cuti sehari iaitu pada hari Isnin. 

Jika tidak berkesempatan membeli di gerai, korang boleh juga order melalui Grab Food, Food Panda dan terkini adalah MyGO. 
Peluang Jana Pendapatan 
Ting Tong Ayam Goreng juga sedang membuka peluang buat mereka yang terkesan di musim PKP mahupun surirumah yang ingin mendapatkan pendapatan bagi membantu ekonomi keluarga. Di mana jika berminat untuk berniaga Ting Tong Ayam Goreng, bolehlah hubungi Puan Yenty di talian 012-2597711. Segala tepung gorengan dan ayam mentah akan dibekalkan sepenuhnya oleh pihak syarikat. Modal adalah melalui perbincangan mengikut kesesuaian dan situasi. Ini kerana matlamat Puan Yenty sendiri bertujuan membuka peluang buat mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan. 
Baguskan Ting Tong ayam goreng ni membuka peluang kepada mereka yang memerlukan ketika ini. 

Kalau kak lily ada peluang pun, mahu jugak menjana pendapatan menjual ayam goreng kan, sambil jual sambil makan hehehhe sudahnya ahkak ko makan je lebih sebab sedap bak hang!! 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Facebook Page: https://www.facebook.com/Ting-Tong-Ayam-Goreng
Instagram : https://www.instagram.com/tingtongayam/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/12/ting-tong-ayam-goreng-bersih-halal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ting Tong Ayam Goreng Wangsa Maju Ayam Goreng Yang Sedap Halal Bersih Dan Segar

Ting Tong Ayam Goreng Wangsa Maju Ayam Goreng Yang Sedap Halal Bersih Dan Segar

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 386 hits
Siapa lah tak suka makan ayam goreng kan Dari kanak kanak sampai lah yang berusia kilauan emas tetap suka ayam goreng Ada orang suka makan kepak ayam goreng peha ayam goreng atau pun dada ayam goreng Ada pula yang menggemari bahagian bahagi...
Patutlah Sedap Ayam Goreng Ting Tong Ini Rahsianya

Patutlah Sedap Ayam Goreng Ting Tong Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 263 hits
Rahsia Ting Tong Ayam Goreng Terbongkar Ayam goreng yang sedap adalah ayam goreng yang rangup di bahagian luarnya dan isi ayam yang berjus Satu kepuasan jika makan ayam goreng dan terasa manis isinya Kalau kau orang peminat ayam goreng mema...
Ayam Goreng Ting Tong Makanan Halal Berkonspekan Ala Ala Food Street

Ayam Goreng Ting Tong Makanan Halal Berkonspekan Ala Ala Food Street

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 589 hits
Hi Korang Untuk entry kali ni aku nak share dengan korang satu brand ayam goreng yang baru lah di dalam pasaran Kalau tak silap baru lagi beroperasi lebih kurang dalam 4 bulan tapi sudah memiliki 3 outlet di sekitar Kuala Lumpur Perkenalkan...
Hidup Lebih Fun Dengan Ting Tong Ayam Goreng

Hidup Lebih Fun Dengan Ting Tong Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 341 hits
Hidup Lebih Fun dengan Ting Tong Ayam Goreng Dah agak lama aku tak menulis in BM Bukan la berlagak tapi lebih selesa menulis in BI But this time around I will write in bahasa rojak Malaysia agar aku tak tercari cari perkataan yang sesuai da...
Ting Tong Ayam Goreng Rangup Sampai Kegigitan Terakhir

Ting Tong Ayam Goreng Rangup Sampai Kegigitan Terakhir

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 399 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Musim pandemik ni ramai orang terjejas dari segi pendapatan malah juga untuk menyara kehidupan Makan ramai yang mencari pelbagai alter...
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Mudah Je Rupanya

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 349 hits
Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali Anak anak pun suka lauk sebegini Untuk lebih enak sediakan kicap sambal belacan dan telur dadar Mem...
Nasi Goreng Ayam Goreng

Nasi Goreng Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 377 hits
ayam goreng tu beli jer sedap sos pencicahnya tu Alhamdulillah balik rumah goreng nasik bodo bodo untuk digandingkan dengan ayam goreng ni
Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 290 hits
Soto Ayam agak sama dengan sup ayam tapi ada beberapa kelainan terhadap bahan bahan apa pun hidangan sangat popular di nusantara Resepi juga telah banyak di tokok tambah mengikut citarasa tempatan tapi dalam artikel ini saya kongsikan resep...
Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera

Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 369 hits
Ayam kalau digoreng begitu sahaja pun sedap juga Tapi lebih sedap kalau berkuah Tidaklah kering sangat Masak ayam nib oleh dipelbagaikan Ada yang suka cara melayu boleh buah ayam masak tomato Kalau suka cara India ayam vanggey pun tak kuran...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Iced Butterscotch Latte Zus Coffee

Deko Raya Yang Simple Je Alhamdulillah Tahun Pertama Raya Di Rumah Baru Ni

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Subkontrator Gagal Siapkan

15 Breathtaking Diy Outdoor Furniture Ideas For Your Garden

Innovative Painting Techniques For Modern Homes

Limited Kelana Jaya Lrt Service Due To Lightning Strike

Deja Vu For Ringgit As It Heads Towards Dreaded 4 80 Level

Ministry Probing Alleged Threats Abuse Against Homeless Couple