Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu


Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut, Terengganu | Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua. Alhamdulillah cuti merdeka baru-baru ini Sha balik kampung di Besut, Terengganu. Kalau korang nak tahu apa yang paling seronok balik kampung adalah dapat menikmati angin pantai  yang menjadi tarikan pelancong ke Negeri Terengganu. Daerah Besut juga tidak ketinggalan memiliki pantai yang cantik untuk diterokai dalam hal pelancongan iaitu Pantai Bukit Keluang.


Jika dahulunya Pantai Bukit Keluang tidak punya apa-apa cuma hanya ada pantai dan ada laluan diperbuat daripada kayu di tepi Bukit Keluang sendiri tapi kini semuanya sudah roboh mungkin kerana dipukul ombak setelah bertahun-tahun. Tahukah tarikan terbaru di Pantai Bukit Keluang ? Daerah Besut yang sememangnya terkenal dengan Pulau Perhentian yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri tapi kini melalui perkhidmatan bot di Pantai Bukit Keluang korang berpeluang menikmati sebuah yang masih bebas daripada pembangunan iaitu Pulau Rhu yang mengambil masa hanya sekitar 7 minit dari Bukit Keluang.

Tempat Menarik Di Besut : Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu, Besut Terengganu
Kalau korang nak tahu, semasa kecil Sha dan keluarga kerap juga berkelah di persisiran Pantai Bukit Keluang ini, sambil bakar-bakar ayam boleh mandi-manda. Sehingga kini masih ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak mereka beriadah di Pantai Bukit Keluang tambah pula dengan penambahan prasarana di sini. Tapi kali ini Sha ingin berkongsi tentang perkhidmatan bot dari Pantai Bukit Keluang ke Pulau Rhu. Untuk ke Pulau Rhu selain menaiki bot laju biasa  kita juga boleh menaiki Banana Boat. Jika korang mahu membawa anak-anak seperti Sha sendiri, Sha mengambil perkhidmatan bot laju kerana umur mereka belum sesuai untuk menaiki Banana Boat. Korang faham-faham jela macam mana rupa Banana Boat kan?



Bayaran Sewa Bot Laju Dan Banana Boat Di Pantai Bukit Keluang, Besut TerengganuJika korang teringin nak ke Pulau Rhu untuk bawa anak-anak merasai pengalaman naik boat korang boleh sembang-sembang dengan abang kakak yang menyediakan perkhidmatan ini, mereka ada menanti pelanggan di pondok-pondok kecil diperbuat daripada kayu di persisiran pantai. Pondok mereka hanya bersebelahan dengan Menara Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam Pantai Bukit Keluang sendiri. Harga untuk menaiki bot dan banana bot adalah RM 15.00 setiap orang dewasa dan RM 10.00 untuk kanak-kanak.


Persediaan Untuk Ke Pulau Rhu, Besut Terengganu
1. Sebelum ke Bukit Pantai Keluang korang pastikan korang memakai pakaian yang sesuai kerana korang mungkin basah semasa menaiki dan menuruni bot kerana di sini tidak ada jeti, jadi korang perlu berjalan dalam air untuk menaiki dan menuruni bot.

2. Jika korang ada nak bawa beg, pastikan beg korang kalis air adalah lebih baik. Sha sendiri belajar kerana Sha bawa beg tak kalis air jadi kena angkat tinggi-tinggi, ahahaha.. maklumlah kita tidak tahu keadaan air macam mana.

3. Jika korang ke Pulau Rhu pastikan korang jangan membuang sampah merata-rata, sama-samalah menjaga kebersihan. Di sana telah disediakan guni-guni untuk membuang sampah di persisiran pantai, sayangilah alam semulajadi kita.

4. Boleh berpakat dengan rakan-rakan korang jika ingin merakam gambar di Pulau Rhu bolehlah letakkan rakan korang yang penakut nak naik banana boat untuk menjadi jurugambar korang di atas bot yang tarik banana boat korang. Dalam perjalanan mengelilingi Pulau Rhu, pemandu bot akan berhenti di satu lokasi cantik untuk bergambar dengan pemandangan cantik, air kebiruan sebelum korang ditinggalkan di Pulau Rhu untuk mandi manda atau berkelah.

5. Kalau dah basah jangan lupa bawa baju tukar, jangan risau tandas dan bilik persalinan di sediakan di Pantai Bukit Keluang, bersebelahan parkir kenderaan.



Apa macam? Pada yang dah lama tak balik kampung tu nanti balik jangan lupa berkunjung ke Pantai Bukit Keluang kerana di sana korang bukan hanya boleh hiking, bergambar dengan mural dan berkelah sahaja sekali sekala bolehlah lepaskan tekanan menikmati lonjakan dalam bot laju. Paling seronok Abang Zaryth dan Adik Nur yang tak menunjukkan ketakutan langsung! Memang anak ibu..aahhahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/09/pantai-bukit-keluang-ke-pulau-rhu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Selama Ni Kita Salah Kupas Delima Lelaki Tunjuk Cara Potong Delima Ekspres Jadi Bualan Satu Dunia

Rupanya Selama Ni Kita Salah Kupas Delima Lelaki Tunjuk Cara Potong Delima Ekspres Jadi Bualan Satu Dunia

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 740 hits
Buah delima pada waktu ini semakin dikenali oleh ramai orang berikutan permintaan tinggi terhadap buah yang mempunyai pelbagai khasiat ini Antara khasiat yang dimaksudkan ialah buah delima dapat membantu untuk menghilangkan obesiti lemak ba...
Bj Habibie Di Mata Bcl Salah Satu Pria Paling Luar Biasa Yang Pernah Saya Kenal

Bj Habibie Di Mata Bcl Salah Satu Pria Paling Luar Biasa Yang Pernah Saya Kenal

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 259 hits
Wafatnya Presiden Ketiga Republik Indonesia BJ Habibie meninggalkan duka mendalam bagi para artis yang mengenal dekat dengannya Salah satunya dirasakan penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL
Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1261 hits
Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut Terengganu Ramai kawan kawan cakap Ter...
Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini

Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 903 hits
Sunny Seaview Icon Residence Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah hari ini berakhir sudah percutian Sha sekeluarga di ka...
Tingkatkan Inklusi Keuangan Salah Satu Cara Paling Efektif Dengan Dompet Digital

Tingkatkan Inklusi Keuangan Salah Satu Cara Paling Efektif Dengan Dompet Digital

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 350 hits
CEO DANA Vincent Iswara menyebut transaksi nontunai menggunakan dompet digital bisa berdampak positif dalam meningkatkan literasi dan inklusi keuangan masyarakat
Rasulullah Saw Mengajar Kita Cara Sujud Sahwi Sebagai Salah Satu Cara Menutup Kekurangan Kita

Rasulullah Saw Mengajar Kita Cara Sujud Sahwi Sebagai Salah Satu Cara Menutup Kekurangan Kita

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 304 hits
Kita sebagai hamba Allah yang lemah memiliki banyak kekurangan Kita tak akan terlepas dari sifat lupa atau leka walaupun ketika beribadah kepadaNya Sujud sahwi adalah cara untuk menutup kekurangan dalam solat fardhu HUKUM SUJUD SAHWI Sahwi ...
Salah Satu Rekaan Terbaik Dari Huawei Ini Yang Perlu Anda Tahu

Salah Satu Rekaan Terbaik Dari Huawei Ini Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 252 hits
Jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia semakin hari semakin meningkat tanpa mengira batas umur hatta seawal 5 tahun pun sudah memiliki peranti mereka sendiri Jikalau meneliti statistik daripada Statista pada tahun lalu sahaja seramai 17...
Confession Cinta Monyet Bahagian Satu

Confession Cinta Monyet Bahagian Satu

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 354 hits
Confession Cinta Monyet Bahagian Satu Cinta Monyet selalu dikaitkan dengan dengan budak budak sekolah Yelah bercinta waktu umur setahun jagung itulah gelaran yang diberi Cinta monyet a k a puppy love Masa alam persekolahan zaman aku belajar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025