Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati


Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat-tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut, Terengganu. Ramai kawan-kawan cakap Terengganu banyak tempat menarik tapi kadang-kadang Sha masih kabur apa yang menarik di tanah tumpah darahku ini, biasalah kita membesar di sini kita sudah biasa dengan persekitaran yang ada jadi tak terasa unik mungkin. Tapi bila sudah keluar daripada daerah sendiri dan berhijrah barulah kita tahu keistimewaan yang ada melalui rasa rindu. Pada kali ini Sha nak kongsikan apa yang menarik untuk korang kujungi terutamanya alam semulajadi yang sesuai untuk korang jadikan destinasi percutian korang

Senarai Tempat Menarik Di Besut Terengganu.

1. Pantai Bukit Keluang Besut
Pantai Bukit Keluang Besut adalah tarikan utama yang boleh korang kunjungi jika berkunjung ke Besut Terengganu. Jika korang nak tahu, semasa zaman budak-budak remaja Sha sekeluarga kerap berkelah di sini kerana mak dan ayah suka makan ramai-ramai di pantai dan sama-sama buat bbq. Pantai Bukit Keluang Besut amat sesuai untuk korang berkelah kerana berhampiran persisir pantai banyak pokok rhu yang boleh dijadikan tempat berteduh, pasir pantai yang terdampar juga amat lapang untuk beriadah bersama anak-anak kecil. Ketika Sha masih bertugas di daerah sendiri, Sha sempat beriadah bersama rakan sekerja dengan aktiviti hiking di Bukit Keluang , memang sangat menarik kerana di puncak Bukit Keluang korang boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik dan segar. Pantai Bukit Keluang Besut juga kini meriah dengan aktiviti air seperti menaiki bot laju dan banana boat


Kemudahan Yang Ada Di Pantai Bukit Keluang Besut
Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Awam BesutTandas & Bilik Persalinan PakaianRestoranTaman PermainanGerai makananSurauParkir kereta


2. Pulau Rhu Besut Terengganu

Tarikan baru pada Sha kerana Sha baru sahaja berpeluang menjejakan kaki ke Pulau Rhu ini semasa pulang bercuti ke kampung baru-baru ini. Peluang ke Pulau Rhu Besut ini selepas adanya aktiviti bot laju dan banana bot yang membawa penumpang mengelilingi Pulau Rhu dan boleh mandi-manda di sana paling lambat sehingga jam 6.30 petang. Pulau yang boleh disifatkan masih dara ini amatlah disarankan untuk pengunjung menjaga kebersihannya, di sana disediakan guni untuk korang membuang sampah. Mungkin persekitarannya yang mempunyai banyak pokok rhu maka dipanggil Pulau Rhu


3. Pulau Perhentian Besut Terengganu

Siapa tak pernah dengar tentang Pulau Perhentian bukan? Antara pulau yang cantik ada di Negeri Terengganu. Agak lama Sha tidak menjejak kaki ke sana, tetapi kenangan masih segar dalam ingatan. Pulau Perhentian tidak seperti pulau-pulau lain seperti Pangkot Pangkor yang kita boleh pusing-pusing dengan motorsikal atau kereta. Pulau ini sesuai untuk orang yang mencintai alam dan untuk lari jauh dari kesesakan kota dan hutan konkrit. Nikmatilah air laut yang jernih, chalet yang menarik (hati-hati pilih pakej) dan keindahan dasar laut


4. Kolam Air Panas La Hot Spring Besut
Sumber : Google
Besut bukan sahaja kaya dengan pantai dan laut tetapi juga alam semulajadi lain seperti lata dan air terjun juga kolam air panas. Agak lama juga Sha tidak berendam di kolam air panas semulajadi La Hot Spring ini. Jika ke sini korang jangan risau jika bawa anak-anak, maklumlah tak kan nak bagi anak-anak berendam air panas kan? Selain kolam air panas, di sini juga ada sungai yang sejuk airnya. Ibu bapa boleh berendam bersama anak-anak dan ahli keluarga lain. Sha pun biasanya akan bawa makanan dari rumah dan berkelah di sini beramai-ramai, boleh bawa tikar dan duduk di pondok jika masih ada kosong. Sha pernah menyertai program di sini, kami menerokai Lata Berangin yang agak tersorok dan perlu hiking untuk sampai ke sana

Kolam Air Panas Di Besut Terengganu
5. Lata Kolam Air Deru Ecopark
Sumber : Facebook Lata Kolam Air Deru Ecopark
Sha belum berpeluang sampai ke sini kerana ianya agak jauh dari rumah berbanding ke pantai tetapi memang agak menarik dengan kemudahan yang ada di sini. Antara kemudahan yang ada di sini adalah chalet, tapak perkhemahan dan aktiviti seperti memanah, ATV dan lain-lain

6. Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Besut Terengganu
Sumber : Facebook Kota Putera Paragliding Park
Sha ingatkan aktiviti sudah tidak wujud tetapi semasa berada dalam bot perjalanan pulang dari Pulau Rhu ke Pantai Bukit Keluang Sha dapat melihat payung terjun sedang turun barulah Sha sedar aktiviti itu masih ada. Korang boleh layari facebook Kota Putera Paragliding Park untuk menghubungi mereka


7. Lata Belatan Besut, Terengganu
Sumber : Facebook
Antara lata yang Sha suka bila balik kampung adalah Lata Belatan Besut Terengganu. Lata ini terletak di kaki Gunung Tebu. Jika ke sini juga sesuai untuk keluarga yang punya anak-anak untuk bersantai bermain air sungai kerana bahagian bawahnya juga jernih itdak terlalu berbatu, manakala orang dewasa bolehlah mendaki ke atas untuk lebih mencabar dan air lebih dalam. Lata Belatan juga selalu menjadi pilihan untuk sekolah mengadakan aktiviti perkhemahan

8. Desa Ukir Kayu Besut Terengganu

Selain mandi manda di Besut juga korang boleh mengunjungi Pusat Desa Ukir Kayu. Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) adalah manifestasi kepada "Besut Daerah Ukiran Kayu" Yang Telah Di Istiharkan Pada 12 Ogos 1999 Iaitu Sebagai Pengiktirafan Ke Atas Pengukir - Pengukir Kayu Yang Tersohor Di Daerah Besut Seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin

Desa Ukiran Kayu Di Bina Di Kawasan Istana Tengku Long Yang Di Bina Oleh Tengku Chik Haji Bin Tengku Hitam , Raja Besut Ke Empat Pada Tahun 1875. Istana Ini Di Bina Dengan Di Hiasi Oleh Ukiran Kayu Yang Menarik Dan Mengagumkan. Sha memang kagum dengan persekitaran sini kerana Sha kerap juga ke Istana Tengku Long semasa zaman kanak-kanak kerana arwah ayah berkawan baik dengan keturunan istana yang masih ada

Desa Ukiran Kayu Ini Merupakan Senibina Rumah - Rumah Baru Dan Lama Yang Mengekalkan Senibina Tradisional Untuk Pusat Dinamik Perusahaan Kraftangan Terutamanya Seni Ukiran.Desa Ukiran Kayu Ini Di Bina Pada Awal Tahun 2005 Dan Siap Pada Bulan Jun 2007 Serta Dibuka Dengan Rasminya Pada 21 Februari 2008


Apa lagi? Jika korang berkunjung ke Besut Terengganu bolehlah korang ke tempat-tempat berikut. Besut sebuah daerah yang terletak di Negeri Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi dari sini korang juga boleh ke Kelantan  atau mengunjungi Negeri Terengganu sendiri kerana ianya bersebelahan. Baru-baru ini kawan pejabat mahu ke Pulau Perhentian jadi Sha syorkan kepada mereka untuk ke Kelantan dahulu sebelum ke Pulau Perhentian jadi dia bolehlah mengenali kedua-dua negeri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/09/senarai-tempat-menarik-di-besut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019

Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 687 hits
Tempat tempat menarik di Setiu Marang dan Kuala Terengganu Hah kita tapaw tiga sekaligus daripada lapan daerah yang ada di Terengganu Walaupun bukan semua masuk percuma tetapi berbaloi dari segi sejarah penghayatan dan pengalaman Negeri Ter...
Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 410 hits
Tahukah anda Singapura atau Singapore ialah salah satu negara yang terbersih dan paling selamat di dunia ini Setahu admin nak makan chewing gum pun tak boleh Memang respect dengan negara Singapore ni Untuk pengetahuan anda Singapore ni dulu...
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 773 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 848 hits
Melaka yang terkenal dengan slogan bandaraya bersejarah merupakan salah satu destinasi perlancongan menarik di Malaysia Terdapat lebih daripada 14 Tempat Menarik Di Melaka anda boleh kunjung sesuai seisi keluarga Datang Melaka tapi tak tahu...
Menarik Di Sekitar Negeri Terengganu

Menarik Di Sekitar Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 444 hits
Negeri terengganu cukup popular dengan keindahan budaya dan tempat menariknya Walaupun sudah berpuluh kali saya ke sini ianya tetap fresh dan tidak membosankan Menerusi program You ll love Terengganu and forever Saya akan kongsikan kepada k...
Tempat Hiking Di Terengganu Bukit Besar Dan Bukit Sekitarnya

Tempat Hiking Di Terengganu Bukit Besar Dan Bukit Sekitarnya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 850 hits
Bagi penggemar aktiviti hiking yang berada di sekitar Kuala Terengganu pastinya tidak asing dengan nama Bukit Besar Selain menjadi pusat tumpuan aktiviti hiking bagi penduduk sekitar lokasi ini juga menjadi lokasi jungle trekking bagi pelaj...
17 Tempat Menarik Di Tawau Fuh Banyak Betul Tempat Rare Di Sini

17 Tempat Menarik Di Tawau Fuh Banyak Betul Tempat Rare Di Sini

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 662 hits
Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan Selain daripada alam semula jadi yang menjadi tempat menarik yang terdapat di Sabah anda juga mesti teruja untuk shopping di sini memandangkan Tawau berkongs...
Politik Kalau Bukan Bisnes Memang Tidak Menarik

Politik Kalau Bukan Bisnes Memang Tidak Menarik

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 284 hits
Kalau sekadar perjuangan lama lama membosankan Bagaimana pemimpin mahu dikenang Juara racist Cash is King Jual ugama
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii