Panduan Untuk Anak Anak Cara Bantu Ayah Dalam Kubur
Soal :
Macamana nak tolong ayah dalam kvbur?
Jawab :
Sebagai anak sebaiknya selalu mendoakan kebaikkan dan memohon keampunan Allah untuk ayah yang telah men1nggal dvnia, selalu bersedekah dan menderma dan dan banyakkan amal solih niatkan untuk ayah, mematuhi hukum syarak dalam segenap aspek kehidupan supaya ayah turut mendapat menafaatnya walau pun sudah men1nggal dunia. Hubungi silaturrahim dan muliakan kawan-kawan ayah.
Soal :
Hukum letak bunga atas kvbur dan siram air?
Jawab :
Hukum letak bunga di kvbur bergantung kepada niat dan tujuan . Jika bertujuan mengikut sunnah Nabi saw yang meletak pelepah kurma yang masih hidup yang bertasbih kepada Allah dan meringankan keadaan arwah di alam barzakh maka adalah elok. Kerana setiap yang hidup seperti tumbuhan bertasbih sentiasa kepada Allah. dengan sebab tasbih yang hidup kepada Allah dekat kubur maka diharapkan ringan orang yang di dalam kvbur.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Syeikh Atiyah Saqar Ketua Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar berkata :
“Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si m4ti seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada h4ram disebabkan membazir.”
Soal :
Kat kvbur nak baca apa paling bagus?
Jawab :
Sebaik tiba di kvbur bacalah ucapan salam kepada si m4ti kemudian membaca ayat Quran yang mana yang mudah bagi kita kemudian membaca doa minta kebaikkan untuk si m4ti.
Tidak dimestikan membaca ayat-ayat tertentu tetapi terpulang kepada yang ziarah surah apa yang dia mahu baca adalah harus.
Cuma setengah-setengah orang suka membaca Yaasin atau surah Baqarah atau surah lain dan ia bukanlah wajib atau menjadi syarat.
Imam Nawawi berkata :
وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها
Ertinya: “Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi dengan sanad yg hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkvburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.” (Kitab Al-Azkar)
Soal :
Hukum ziarah kvbur?
Jawab :
Hadith Nabi saw :
فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة
artinya : “Ziarahlah kamu semua akan kvbur kerana ziarah kvbur itu mengingatkan kamu akan negeri akh1rat.”
Sunat bagi kaum lelaki ziarah kvbur dan ia adalah sunnah Nabi saw.
Adapun bagi kaum wanita maka harus hukumnya ziarah kvbur dengan syarat menjaga adab-adab keluar rumah yaitu menutup aurat dengan sempurna dan tidak mengiringi jen4zah pada masa memanam mayat. Ziarahlah pada masa tidak ramai dengan ditemani mahram atau suami dan tidak duduk lama di kvbur.
Soal :
Arwah gembira ke kalau kita ziarah kvbur?
Jawab :
Orang yang telah m4ti atau penghuni kubur memang merasa senang dengan datangnya orang yang ziarah dan mengenalinya.
Berkata Imam Ibnu Qayim :
والسلف مجمعون على هذا ، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به
Artinya : “Para salaf telah ijmak atas ini dan sungguhnya telah menjadi mutawatir dari para salaf dengan bahawasanya m4yat mengenali orang hidup yang ziarah akan m4yat dan suka m4yat dengannya.” (Kitab Ar-Ruuh)
Soal :
Dulu syurga ibu bawah tapak kaki ayah. Sekarang ayah dah tak ada. Syurga ibu macamana? Balik ke ibu dia ke?
Jawab :
Ketika bernama isteri maka wajib ia taat kepada suaminya kerana jika ia derh4ka kepada suami maka tertutup baginya pintu syurga. Maka apabila suami telah men1nggal dunia dan kembali ia kepada ibu bapanya maka wajib pula ia taat kepada ibu bapanya.
Soal :
Betul ke r0h akan balik ke rumah dalam 44 hari?
Jawab :
Tidak ada dalil yang menunjukkan perkara ini. R0h orang beriman dinaikkan ke langit setelah berpisah dari badan menurut hadith-hadith yang sahih dan dikembalikan kepada jasadnya untuk menjawab soalan mal4ikat mungkar dan nakir.
Dan diriwayatkan juga r0h dikembalikanuntuk menjawab salam orang yang ziarah. Tiada hadith sahih yang memberitahu r0h balik ke rumah pada hari yang 44 sekalipun jika Allah kehendaki bolih berlaku.
Soal :
Doa anak soleh sampai ke 4rwah. Macamana nak tahu kita anak soleh ke tidak?
Jawab :
Anak yang solih artinya anak yang beriman yang benar aqidahnya dan beramal dengan suruhan agama. Olih itu selalulah hadir majlis ilmu supaya dapat mengetahui cara beraqidah yang benar dan cara beramal yang betul supaya termasuk dalam kalangan anak yang solih.
Jika kita hidup dengan mematuhi segala peraturan agama maka sudah pasti kita menjadi seorang anak yang solih.
Soal :
Boleh ke doa supaya r0h arwah datang melawat dalam mimpi sebab rindu sangat?
Jawab :
Tidak salah berdoa untuk dapat jumpa si m4ti dalam mimpi. Sementara itu selalulah amalkan amal solih sebanyak mungkin kerana ibu bapa yang telah men1nggal dunia mendapat saham yang baik dari amal solih yang dilakukan olih anak-anak.
Wallahua’lam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://depalmasp.com/cara-bantu-ayah-dalam-kubur/