Panduan Solat Fardu



Ini adalah panduan solat lengkap.
Panduan ini ditulis khas secara lengkap dan mudah untuk menunjukkan cara mengerjakan solat fardu.
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan ibadah solat juga turut disertakan bagi memudahkan urusan ibadah anda.
Setiap bacaan arab juga akan dipermudahkan dengan tulisan rumi dan bantuan audio.
Oleh itu, panduan ini amat sesuai bagi mereka yang ingin belajar solat.
Jika anda memerlukan manual panduan solat, jom kita mulakan..

Panduan ini mengandungi: 1. Pengenalan Tentang Solat
2. Apa Itu Solat?
3. Kenapa Kita Semua Perlu Solat?
4. Syarat-Syarat Wajib Solat
5. Syarat-Syarat Sah Solat
6. Panduan Solat Fardu 5 Waktu
Solat Fardu Zohor Solat Fardu Asar Solat Fardu Maghrib Solat Fardu Isyak Solat Fardu Subuh  
Pengenalan Tentang Solat
Solat adalah tiang agama.
Kedudukan solat di dalam agama diibaratkan sebagai kepala kepada jasad.
Jasad manusia jika tidak bertangan, masih boleh hidup.
Jasad manusia, jika tidak berkaki, masih boleh meneruskan hidup.
Akan tetapi jika jasad manusia itu tidak berkepala, maka jasad itu sendiri tidak bermakna lagi kerana jasad itu mati.
Biar sempurna mana pun jasad itu, jika tidak berkepala, jasad tadi tidak dipandang pun.
Begitu jugalah perihal solat..
Jika seseorang itu tidak solat, maka amalan lain tidak ada gunanya.
Puasanya, zakatnya dan hajinya tidak dipandang di sisi Allah Taala.
Beginilah yang difahami dari mafhum hadis Nabi yang bermaksud:
Yang pertama dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya
– Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah
Solat juga dikira tiada jika kesempurnaan solat itu tidak dijaga.
Tamakninahnya wajib dijaga.
Peristiwa ini dirakamkan dalam hadis teguran Nabi terhadap seorang sahabat yang solatnya tiada tamakninah.
Semoga panduan solat ini dapat membantu para pembaca untuk menunaikan solat dengan baik dan sempurna.
InsyaaAllah.
 
Apa Itu Solat? Dari segi bahasa, solat adalah doa.
Apabila seseorang hamba Allah mendirikan solat, bererti dia berdoa kepada Allah SWT.
Dari segi syarak, solat ialah amalan yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
Ketika solat, seluruh jasad dihadapkan kepada Allah SWT. Lidah memuji-muji dan memohon kepadaNya.
Akal mengingati Allah, selari dengan ucapan lidah.
Hati pula berasa kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah.
 
Kenapa Kita Semua Perlu Solat? Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada Solat ialah rukun Islam yang kedua.
Ia menjadi amalan praktikal yang pertama sebagai bukti keislaman seseorang.
Selepas mengerjakan rukun Islam yang pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah, seorang muslim mesti mendirikan solat.
Kemudian, baru diikuti dengan mengerjakan amalan-amalan yang lain.
Solat menjadi penghubung secara langsung antara manusia dengan Allah SWT.
Tidak ada ibadah lain yang lebih utama daripada solat dalam menghubungkan hamba dengan Tuhannya.
Melalui solat, hamba itu mengagungkan Allah, sekaligus memohon rahmatNya.
Apabila solat ditinggalkan, hubungan dengan Allah akan terputus.
Apabila hubungan dengan Allah SWT terputus, seolah-olah kita tidak memerlukan Allah dan tidak mengharapkan rahmatNya.
Sedangkan setiap manusia amat memerlukan rahmat Allah SWT dalam setiap detik kehidupannya.
Kesannya, manusia dapat hidup dengan selamat di dunia dan di akhirat.
Dan, rahmat Allah hanya diberikan kepada orang yang mengerjakan solat.
Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran:
Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat
— Surah an-Nur 24:56
 
Syarat-Syarat Wajib Solat
Allah SWT memerintahkan supaya solat didirikan mengikut syarat dan kaedah (kaifiat) yang tertentu.
Namun Allah SWT memberi kelonggaran dalam keadaan tertentu supaya umat Islam tetap dapat mendirikan solat dalam sebarang keadaan.
Syarat-Syarat Wajib Solat Islam Baligh Berakal Suci daripada haid dan nifas Sempurna pendengaran dan penglihatan.  
Syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu solat ialah: 1. Islam Orang Islam wajib menunaikan solat.
Tidak ada kewajipan solat kepada orang yang belum Islam.
Mereka juga tidak perlu menggantikan solat semasa belum Islam sekiranya masuk Islam.
2. Baligh Dari segi bahasa bermaksud “telah mencapai”.
Daripada segi istilah, bermaksud seseorang yang mencapai tahap kematangan daripada segi umur.
Baligh ialah sampai umur untuk seseorang itu menanggung kewajipan syarak iaitu peraturan syariat Islam.
Mereka akan mendapat pahala apabila melakukannya dan berdosa apabila meninggalkannya.

LELAKI
PEREMPUAN
Bermimpi sehingga membuatkan dirinya keluar air mani. Apabila tidak bermimpi, dia dikira baligh apabila usianya genap 15 tahun Qamariyah (kiraan tahun hijrah) Keluar darah haid seawal-awalnya pada usia sembilan tahun. Apabila belum keluar darah haid, dia dikira baligh apabila usianya genap 15 tahun Qamariyah 3. Berakal Orang yang berakal wajib menunaikan solat.
Walau bagaimana pun, kewajipan solat gugur ke atas orang yang hilang akal disebabkan gila, terencat akal, pitam dan pengsan.
Menurut jumhur ulama, solat tidak wajib kepada orang gila, terencat akal dan seumpamanya.
Begitu juga orang yang pengsan atau koma, kecuali sekiranya dia sedar dan masih ada lagi waktu solat.
Hal ini disebabkan berakal adalah tanda (mukalaf), sebagaimana hadis Rasulullah SAW.
Terangkat qalam (catatan) dalam tiga keadaan: Orang yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurnya, kanak-kanak sehingga dia mimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia kembali berakal.
— Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim.
4. Suci Daripada Haid & Nifas Wanita yang berada dalam keadaan haid atau nifas diharamkan solat dalam tempoh berkenaan.
Mereka juga tidak perlu menggantikan semula solat yang ditinggalkan.
5. Sempurna Pendengaran & Penglihatan Orang yang buta dan pekak sejak lahir atau sebelum mumaiyiz tidak wajib menunaikan solat.
Hal ini disebabkan mereka tidak mampu menerima ilmu dan seruan dakwah, sama ada dengan mendengar pengajaran atau melihat contoh solat yang diajar.
Sekiranya hanya mengalami kecacatan pada salah satu daripadanya sama ada cacat pendengaran atau cacat penglihatan, solat tetap wajib dilaksanakan kerana masih ada kemampuan untuk menerima tunjuk ajar.
 
NOTA Apabila hilang semua sebab yang menjadi penghalang kepada kewajipan menunaikan solat seperti yang telah dijelaskan, maka wajib untuk mereka menunaikan solat sebagaimana biasa. Sunat bagi orang yang gila, pengsan dan mabuk untuk qada solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh mereka hilang akal. Bagaimana pun, apabila mereka gila, mabuk atau pengsan semasa murtad, wajib bagi mereka menggantikan solat selama mereka hilang akal dalam keadaan murtad. Tidak ada dosa untuk orang yang tertidur sebelum masuk waktu solat hingga terlepas satu atau lebih waktu solat. Bagaimana pun, solat itu wajib diqada apabila bangun daripada tidur. Menurut sebahagian ulama, menggantikan solat yang ditinggalkan kerana haid dan nifas hukumnya adalah makruh. Bahkan berdosa apabila menyesali takdir kerana tidak dibolehkan solat pada waktu tersebut.  
Syarat-Syarat Sah Solat
Sebelum mendirikan solat, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi supaya solat sah dan menjadi sebab solat diterima oleh Allah SWT.
Syarat-Syarat Tersebut Adalah: Suci daripada hadas Suci daripada najis Menghadap kiblat Menutup aurat Mengetahui masuk waktu solat Di bawah ini saya jelaskan secara ringkas setiap syarat-syarat yang dinyatakan di atas:
» Suci Daripada Hadas Hadas terbahagi kepada dua; hadas kecil dan hadas besar.
Hadas kecil ialah perkara yang membatalkan wuduk.
Cara menyucikan diri daripada hadas kecil adalah dengan berwuduk.
Apabila tidak ada air, diganti dengan tayamum.
Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk. Dan tidak sempurna wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah Taala atasnya 
— Riwayat Abu Dawud
» Suci Daripada Najis Suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
Pengertian najis daripada sudut bahasa ialah sesuatu yang cemar, kotor dan jijik.
Pengertian najis dari sudut hukum syarak pula ialah kekotoran yang menghalang daripada sah solat.
Terdapat tiga jenis najis, iaitu:
Najis Mukhaffafah (najis ringan) Najis Mughallazah (najis berat) Najis Mutawassitah (najis pertengahan) Penjelasan lanjut mengenai topik najis ini akan dibahaskan dalam artikel ini:
» Menutup Aurat Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain.
Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah Taala.
Bagi lelaki, aurat wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut.
Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat berasal daripada perkataan arab yang bermaksud keaiban.
Menurut istilah fekah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan.
Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.
» Mengetahui Arah Kiblat Arah kiblat ialah arah terletaknya Kaabah di Mekah.
Orang yang hendak solat, wajib mengetahui arah kiblat terlebih dahulu.
Semasa mengerjakan solat, dada wajib dihadapkan ke arah kiblat.
Mereka yang bersolat berdekatan Kaabah, diwajibkan menghadap tepat ke bangunan Kaabah.
Manakala mereka yang jauh dari Kaabah, memadai dia yakin mengadap ke arah Kaabah dengan mengambil kira ilmu, pengalaman atau maklumat semasa.
Baca lanjut panduan mengenai kaedah menentukan arah kiblat pada artikel ini:
» Mengetahui Masuk Waktu Solat Solat perlu dilakukan setelah yakin masuk waktunya.
Tidak sah solat yang ditunaikan selain pada waktunya.
Masuknya waktu solat fardu dapat diketahui dengan cara:
Mendengar azan dari masjid berdekatan atau melalui siaran radio dan televisyen tempatan. Menggunakan jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan agama Islam negeri. Melihat tanda-tanda alam yang menunjukkan masuknya waktu solat fardu  
Panduan Solat Fardu Lima Waktu Di bawah adalah panduan lengkap bagi setiap solat fardu yang dipecahkan mengikut waktu.
Saya menyarankan anda mengikuti setiap panduan agar anda memahami dengan jelas kaedah perlaksanaan dan perbezaan diantara setiap solat.
Solat Fardu Zohor Solat Zohor dilakukan pada waktu tengah hari. Waktu Zohor bermula daripada gelincir matahari dari kedudukan tengah langit hingga bayang-bayang suatu benda menyamai panjangnya.
Secara umumnya, zohor bermula apabila bayang-bayang sudah cenderung ke arah barat.
Baca panduan ini Solat Fardu Asar Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut.
Baca panduan ini Solat Fardu Maghrib Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi matahari senja; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), yang bermaksud “terbenam”; “akan disembunyikan”.
Solat ini terdiri daripada 3 rakaat dan dilakukan ketika senja.
Baca panduan ini Solat Fardu Isyak Waktu Isyak bermula apabila hilang cahaya merah di kaki langit hingga terbit fajar sadiq.
Waktu isya adalah waktu solat yang paling lama iaitu sepanjang malam.
Baca panduan ini Solat Fardu Subuh Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat.
Waktu Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq:
— iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.
Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.
Baca panduan ini Solat fardu di atas wajib ditunaikan oleh seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.
Jika tertinggal, kita mesti qada solat.
 
Panduan Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”
— HR Bukhari dan Muslim
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.
Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam.
Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Menurut Imam As-Syafi’e, orang yang bersolat mendapat pahala berjemaah walaupun hanya sempat mengikut imam seketika iaitu ketika selesai mengangkat takbir, imam memberi salam.
Orang yang bersolat mendapat pahala yang sempurna apabila dia dapat mengikut imam daripada takbiratulihram sehingga salam.
Pahala atau darjatnya 27 kali ganda daripada solat bersendirian.
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Solat jemaah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda 
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Ikuti panduan solat berjemaah ini pada pautan ini: Panduan Lengkap Solat Berjemaah
The post Panduan Solat Fardu (Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/panduan-solat-fardu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 509 hits
Cara Solat JenazahApabila ada kematian akan dilakukan solat jenazah untuk si mati Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan sepatutnya kita sama sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk...
Panduan Solat Dalam Kenderaan Darat

Panduan Solat Dalam Kenderaan Darat

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 445 hits
Bagaimanakah cara solat dalam kenderaan darat seperti kereta api Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat dalam kenderaan darat secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang istimewa Anda akan dibimbing langkah d...
Fadhilat Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah

Fadhilat Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 3399 hits
Fadhilat Solat Isyak dan Subuh Berjemaah Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Emai...
Solat Sunat Tolak Bala

Solat Sunat Tolak Bala

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1965 hits
Bagaimana cara solat sunat tolak bala Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat tolak bala Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami Bacaan doa juga turut disediak...
Solat Sunat Fajar

Solat Sunat Fajar

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 1551 hits
Bagaimana cara solat sunat fajar Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat fajar Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami Bacaan doa juga turut disediakan Apa yan...
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 391 hits
Muslim praying in Sujud posture Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal ...
Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 515 hits
Semalam dilaporkan bahawa seorang lelaki warga emas telah dijumpai mati tertimbus selepas rumahnya di Kampung Teras Ijok dekat Baru Kurau dihempap tanah runtuh dalam kejadian kira kira pukul 6 petang Menurut Ketua Polis Daerah Selama DSP Mo...
5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Mahu Khusyuk Di Dalam Solat

5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Mahu Khusyuk Di Dalam Solat

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 407 hits
Artikel ini sesuai bagi individu yang memerlukan suntikan untuk menambah baik kenikmatan solat supaya solat mereka ada roh yang membuatkan mereka khusyuk setiap kali bertemu dengan Allah Insya Allah Ia adalah tip yang diberikan oleh mekanik...
Program Geng Masjid Pupuk Minat Anak Solat Jemaah

Program Geng Masjid Pupuk Minat Anak Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 291 hits
Oleh Mustaqim AfandiKota Putera 28 Oktober Program Geng Masjid memupuk minat kanak kanak untuk solat berjemaah di masjid Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata sema...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding